ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Khamis, 17 Februari 2011

Wajib Baca!! Kisah Ustaz Kazim

Dalam isu doa dulu di TV dia menamakan dirinya KAZAM.

5:30 AM with 13 ulasan » https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSqIuaU6apU4KYhxEPAdnE-ahIBw3lsQPAVFbqBabJrh4vmXlMFwp_tYnUGY_zRhQiV0WdThHkBfJYB0t8p4G1SqXezFcdZhlOcSODoHTLYiKP28rx_L-TUxmNJtba4IaCmrATx1XIM8Hp/s1600/ustaz+kazim.jpg

Saya menerima maklum balas tentang Ustaz Kazim di posting sebelum ini (
klik sini) Ada seorang memberi komen tentang Ustaz Kazim ini. Dan merasakan orang lain perlu mengetahui tentang cerita ini. Memang ramai yang tidak berpuas hati dengan beliau. Banyak masjid masjid, surau-surau dan tempat pengajian menamatkan khidmatnya dan tidak memanggilnya berceramah.. Ramai sudah tahu siapa beliau.

mari kita baca komen ini..

Assalamualaikum...
Saya dh lama ikut ceramah ustaz kazim ni..kekadang terasa juga bila dia lebihkan soal melayu dari bicara tentang islam dlm ceramahnya..

Tapi baru baru ni..setelah ada 2-3 surau menamatkan khidmatnya..beliau seolah-olah sangat tidak berpuas hati..disana sini ceramah beliau mesti dimasukkan rasa tidak puas hati beliau kerana ditamatkan khidmatnya..ahli politik dan ajk surau diperkatakan guna kuasa dan tentang ajaran Allah..saya jadi pelik..kenapa begini ustaz yg saya puji dahulu bertukar perwatakannya sekarang..bukan kah menuduh AJK surau menggunakan kuasa utk menamatkan khidmat beliau itu juga berunsur fitnah??menuduh org lain tentang ajaran allah itu juga fitnah jika tidak terbukti??dahulu beliau marah jika org lain menabur fitnah...

Apakah beliau rasa hanya beliau saja kah yg layak untuk memberi kuliah diMalaysia ini...sepengetahuan saya..khidmat beliau ditamatkan dan khidmat ustaz lain pula digunakan untuk menyambung kuliah beliau..jadi..saya rasa, kuliah agama islam ini tidak terhenti...memberi pelajaran tentang AGAMA ISLAM tidak akan terhenti..mereka BEBAS dan BERHAK utk memilih siapa saja ahli agama yg mereka rasa sesuai utk memberi kuliah kepada mereka...ramai lagi ustaz-ustaz yg berkelayakan selain dari beliau..


Didalam kuliah beliau selalu menegur supaya kita redha dgn apa yg Allah beri..kalau tidak redha maka kita tolak hukum Allah..tolak rukun iman..dia kata orang yg redha akan disayangi Allah..tinggi peluang utk ke syurga..

Tapi bila terkena pada beliau..lain pula jadinya..apakah benar beliau ini punya agenda lain dlm kuliah beliau??

katanya beliau bukan ahli politik..
kalau bukan politik..maka tujuan kuliah adalah tentang agama..kami ni kurang agama..ingin tambah ilmu agama..bukan ilmu sejarah melayu..kalau nk cerita tentang melayu..naiklah pentas politik..bukan di KULIAH AGAMA..lupakah beliau ada pendengar ceramah beliau bukan saja dari keturunan melayu..cina muslim..india muslim..islam tidak akan bersatu kerana melayu...islam cuma akan bersatu jika semua umat islam bersatu...

Bila kita yakin pada Allah dan agamanya..bila semua umat bersatu kerana allah dan agamanya..maka itu lebih kuat dari ketuanan melayu..apakah beliau tidak tahu perkara ini??apakah mesti disebutkan melayu mesti bersatu baru islam itu bersatu??

Ya Allah ya tuhan kami..kami mohon agar kamu beri petunjuk kepada kami dan beliau...kerana kami masih lagi memerlukan khidmat beliau..yg baik kami ambil dan laksanakan..yg kurang kami tinggalkan..kami mahukan islam..bukan melayu..bantulah kami Ya Allah....

harap beliau atau sesapa saja orang2 beliau baca komen ni..tk tau nk komen kt mana tentang beliau ni..Wallahu alam..

2 ulasan:

  1. Salam. maafkan saya. saya selalu mengikuti kuliah ustaz kazim daripada internet, cuma belum pernah mendekati ustaz kazim. tapi dari apa yg sy dengar tentang berhentikan perkhidmatan beliau adalah kerana ustaz kazim menegur pada orang2 yg mempunyai sentimen politik, dari apa yang sy dengar dan nampak, ustaz kazim bukan mempunyai niat tidak puas hati kerana ditamatkan perkhidmatan, ttapi hanyalah sebab sedih atas sentimen politik oleh orang2 ajk surau dijadikan sebab penamatan perkhidmatan beliau. tujuan ustaz kazim hanyalah tentang islam, bukan politik, tapi dihentikan perkhidmatan atas sebab politik. ustaz kazim cuma sebut secara umum, bukan khusus kepada surau2 yg terlibat atas sebab sbg pemberitahuan agar kejadian ini tidak berulang lagi. bukan kerana wang, tapi ustaz kazim hanya risau akan kelemahan umat islam didalam agama, tetapi sanggup buang perkhidmatan beliau hanya semata2 politik.

    BalasPadam
  2. saya setuju dengan komen penyuarabebas. yg tak puas hati ni hanya la puak-puak fanatik yg terkena sindiran kepada partinya. ini la masalahnya umat Islam akhir zaman tak boleh ditegur dia rasa dia je yg betul. tu sebab umat Islam sekarang berpecah belah dan berperang sesama sendiri dan yg untungnya puak kafir seperti israel, amerika dan dap. SAYA SOKONG USTAZ KAZIM 1,000,000 PERATUS!!! TERUSKAN BERJUANG USTAZ KAZIM!!!

    BalasPadam