Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 8 Feb: Mahkamah Tinggi menetapkan 25 Mei ini untuk mendengar kes saman yang difailkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad kerana menerbitkan kata-kata fitnah terhadapnya pada 11 September 2009. Pesuruhjaya Kehakiman, Dr Prasad Sandosham Abraham menetapkan tarikh tersebut selepas kes itu disebut di hadapannya hari ini, lapor Bernama. Dalam saman yang difailkan tahun lepas, Khalid yang juga Pesuruhjaya PAS Shah Alam, menamakan Ketua Pengarang Kumpulan akhbar Utusan Malaysia dan juga akhbar Mingguan Malaysia Datuk Aziz Ishak dan penerbit juga pencetak akhbar Utusan Malaysia dan juga Mingguan Malaysia sebagai defendan. Beliau mendakwa pada 11 September 2009, Aziz, selaku Ketua Pengarang Kumpulan akhbar Mingguan Malaysia telah dengan niat jahat membenarkan penerbitan dan pencetakan kata-kata fitnah terhadapnya di muka depan akhbar itu. Beliau berkata kata-kata dalam artikel bertajuk "Zulkifli bidas "Pak Janggut" itu adalah secara langsung atau tidak langsung merujuk kepadanya meskipun namanya tidak disebut dalam kata-kata itu. Khalid mendakwa kata-kata itu merujuk kepadanya berdasarkan beliau adalah Ahli Parlimen Shah Alam dan beliau adalah individu yang berjanggut. Beliau mendakwa kata-kata dalam makna asal dan biasa bermakna beliau sanggup memutar belit ayat-ayat Al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu diSeksyen 23, Shah Alam, beliau tidak menghormati kesucian Al-Quran dan beliau adalah seorang yang sesat kerana sanggup memutar belit ayat Al-Quran. Khalid berkata kata-kata itu adalah tidak benar dan jelas bersifat fitnah terhadapnya dan akibat penerbitan kata-kata itu, beliau telah menanggung rasa malu, dihina dan dikeji di kalangan masyarakat. Beliau mendakwa tindakan defendan-defendan menerbitkan kata-kata itu adalah suatu yang disengajakan, dibuat tanpa sebarang usul periksa dan dengan niat jahat bagi mensensasikan berita untuk melariskan jualan akhbar. Khalid memohon ganti rugi am, teladan, melampau dan kos. Defendan-defendan dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 7 Januari lepas, berkata berita itu telah diterbitkan semula oleh defendan berlandaskan satu penulisan/komentar oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin pada 9 September 2009, di dalam blog rasmi Zulkifli. Defendan mendakwa berita itu telah diterbitkan semula oleh defendan merupakan kenyataan Zulkfili yang bertujuan untuk makluman umum. |
ULAMA WARASATUL AMBIA
Wahyu
Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60
Peringatan Ilahi
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
Surah al-Saff ayat 10-12:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"
"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."
"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."
Pringatan
Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.
Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.
Hadis peringatan
Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.
Beriman orang yang bertaqwa
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik
Surah An-Nur : Ayat 4
Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.
Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.Doa
KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.
YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI
YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.
YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.
Fatwa
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.
Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6
AL HUJURAT: - AYAT 6
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan