Dia tak tahu sedikitpun tentang PAS.
Dah lama PAS bacakan ayat " BALDATUN TAIYIBATUN WARABBURRAFUR" sesungguhnya dia jauh sekali dari qur an. Sesungguhnya dia terlalu hampir dengan Yahudi apco.
Oleh Clara Chooi
KUALA LUMPUR, 5 Jun — Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa PAS mengorbankan prinsip-prinsip Islam demi kepentingan politik sedangkan parti itu sepatutnya menggunakan muktamar kali ini untuk mencari kebenaran di sebalik isu video seks didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan presiden Umno itu juga mengecam PAS bimbang kebenaran di sebalik video seks itu, yang didedahkan “Datuk T” Mac lalu, akan mencemar imej agama yang dibawa parti itu.
“Kemungkinan mereka sudah tahu latar belakang isu video itu . . . atau siapa orang dalam video,” kata Muhyiddin (gambar) di sini hari ini.
“Tetapi ia (seharusnya) telah dibawa ke muktamar mereka . . . sebagai parti politik yang diasaskan atas prinsip-prinsip Islam, mereka seharusnya mencari kebenaran,” kata timbalan perdana menteri ini selepas melawat ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini.
Pagi tadi muktamar 2011 PAS membincangkan usul dibawa Dewan Ulamanya, yang antara lain mengutuk sikap membisu di kalangan ulama rasmi kerajaan, yang didakwa tidak tegas dalam mengutuk tindakan penayangan video seks oleh “Datuk T”.
“Mengutuk tindakan kerajaan BN yang membenarkan video lucah dalam televisyen dan media cetak seolah-olah penayangan ini dilesenkan oleh kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan