ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Jumaat, 22 Julai 2011

Kesian Teoh Beng Hock. Pezalim pasti menerima Azab di Akhirat.

Paksa hingga bunuh diri sama dengan membunuh'
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 Julai: DAP menyifatkan tindakan pegawai SPRM memaksa sehingga menyebabkan Teoh Beng Hock membunuh diri adalah sama sahaja dengan tindakan membunuh.

Sehubungan itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menuntut SPRM bertanggungjawab ke atas kejadian itu.

“Paksa sehingga bunuh diri turut mirip tindakan membunuh, oleh itu, SPRM bertanggungjawab berhadapan dengan kesannya,” kata Lim Kit Siang.

“Anda tidak boleh ada satu situasi ia bukan (kes) dibunuh tetapi (sebaliknya) (tekanan) paksaan (ke arah) membunuh diri,” kata beliau.

Sementara itu, ibu Teoh Beng Hock tidak boleh menerima anaknya membunuh diri walaupun dipaksa sehingga berbuat demikian.

“Saya seorang ibu, saya tidak boleh terima anak saya mati bunuh diri,” kata Teng Huw Hoi, 58 ibu kepada mendiang Teoh Beng Hock selepas menerima laporan Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang menyatakan bahawa kematian anaknya berpunca daripada bunuh diri.

Teoh Beng Hock dilaporkan membunuh diri ekoran didesak taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan keterlaluan oleh tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam laporan setebal 124 mukasurat prosiding Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang didedahkan semalam, siasatan suruhanjaya itu mendapati bahawa tiga pegawai penyiasat yang terbabit dalam menyoal siasat Teoh telah menggunakan taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan keterlaluan sehingga melanggar prosedur sedia ada.

Tiga pegawai SPRM yang dimaksudkan ialah bekas timbalan pengarah SPRM Selangor Hishammuddin Hashim, dua pegawainya Arman Alies dan Mohd Ashraf Mohd Yunus yang dicap suruhanjaya sebagai “Arman yang membuli, Ashraf salah guna (kuasa) dan HH pemimpin yang angkuh.”

Teoh didakwa membunuh diri akibat soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Setelah diseksa dengan kesukaran ini, Teoh mengalami perubahan pada keadaan mindanya. Dalam beberapa jam, perubahan ini mengubahnya daripada berada dalam kumpulan berisiko rendah untuk membunuh diri kepada kumpulan berisiko tinggi.

“Keraguan, konflik emosi yang keterlaluan, rasa bersalah yang mendalam semuanya tidak dapat diubah yang ditanggungnya. Akhirnya faktor pencetus krisis tidak dapat diubah yang berlaku kepadanya antara 3.30 pagi dengan 7 pagi pada 16 Julai 2009 telah menyebabkan keadaannya bertambah parah.

“Apabila dia tidak menemui strategi yang berkesan untuk mengatasi tuduhan-tuduhan yang dilontarkan kepadanya, dia mendapati dirinya tidak dapat keluar lagi dari keadaan dahsyat yang membelenggunya.

(Ibu Teoh Beng Hock menangis di depan wartawan dalam sidang medianya lewat petang semalam)

“Apabila dia putus harapan, Teoh berasa terjebak dan tewas kepada kekecewaan. Disebabkan tingkap di tingkat 14 telah terbuka ataupun mudah dibuka, dan ia adalah jelas dan boleh diakses dari sofa di mana dia berada di luar bilik Nadzri (Penolong Kanan Penguasa SPRM Selangor, Mohd Nadzri Ibrahim), Teoh mendapati bahawa satu-satunya cara untuk melepaskan dirinya daripada kesengsaraan yang dilaluinya adalah dengan melompat keluar dari tingkap itu, biarpun ini bermakna mengambil nyawanya sendiri,” kata lima anggota suruhanjaya sebulat suara di dalam laporan setebal 124 muka surat.

Peguam keluarga Teoh, Karpal Singh berkata memandangkan keluarga Teoh tidak bersetuju dengan hasil siasatan suruhanjaya, maka beliau akan mempertimbangkan untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi bagi mengetepikan keputusan berkenaan.

“Memandangkan keluarga ini tidak menerima keputusan suruhanjaya diraja bahawa anak lelaki mereka membunuh diri, satu daripada pilihan yang mereka ada ialah untuk membawa perkara ini ke mahkamah,” kata beliau yang dipetik Bernama.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

Sebelum ini, satu inkues telah dijalankan untuk menyiasat punca kematian Teoh, namun hasilnya tergantung apabila inkues memberikan keputusan bahawa Teoh bukan dibunuh dan juga bukan bunuh diri.

Ekoran itu, suruhanjaya diraja ditubuhkan pada 26 Januari lepas antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner Shah Alam yang mengendalikan inkues membuat keputusan terbuka berhubung kes berkenaan.

Prosiding suruhanjaya itu bersidang selama 50 hari dan membabitkan 70 saksi di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini sejak 14 Februari dan berakhir pada 10 Mei lalu.

Laporan hasil siasatan suruhanjaya itu telahpun diserah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada bulan lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan