Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 30 Julai: Dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar masing-masing telah mengambil keputusan untuk memfailkan saman terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan BN berhubung penahanan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap mereka pada 9 Julai lalu. Tindakan saman tersebut akan dilakukan menerusi syarikat peguam Faiz Fadzil & Co dan akan dikendalikan bersama peguam Zulhazmi Sharif. Menurut Salahuddin, tindakan tersebut diambil memandangkan penahanan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap mereka sempena himpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu adalah tidak sah. Katanya, penahanan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap beliau dan Mahfuz itu adalah di luar kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh mereka. "Saya dan Datuk Mahfuz ditangkap oleh pihak polis pada jam 11.50 pagi 9 Julai di sekitar KL Sentral. Kemudian saya ditahan di lokap polis di Balai Polis Jinjang dan dibebaskan pada jam 9.30 malam 9 Julai. "Sepanjang berada dalam tahanan, pihak polis pun tak ambil apa-apa keterangan daripada kami. Kami juga tak diberitahu sebab-sebab penahanan kami itu. "Tindakan pihak polis terhadap kami itu adalah tindakan yang tidak wajar dan ia ternyata satu penahanan yang tidak sah sebab itulah saya mahu mengambil tindakan sivil terhadap pihak polis, KDN dan kerajaan BN," katanya kepada Harakahdaily. Ekoran tindakan di luar undang-undang yang dilakukan oleh pihak polis ke atas beliau dan Mahfuz itu, beliau telah membuat laporan polis pada 11 Julai lalu di Balai Polis Petaling, Brickfields, Kuala Lumpur jam 1.01 petang. Dalam laporannya itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menyatakan, pada 9 Julai 2011 lalu lebih kurang pukul 11.50 pagi, beliau bersama Datuk Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berada di KL Sentral untuk menghadiri satu sidang akhbar di Hotel Hilton. Apabila tiba di KL Sentral di sebelah hentian bas ke LCCT, mereka berjalan kaki menaiki tangga ke tingkat atas KL Sentral dan setibanya di pintu masuk KL Sentral, seorang anggota polis lelaki berbangga Melayu menahan mereka. "Saya dan Datuk Mahfuz telah dibawa oleh anggota polis tersebut bertemu pegawai polis berbangsa India dan pegawai tersebut menyatakan saya dan Datuk Mahfuz ditahan," katanya. Seorang pegawai polis lelaki berbangsa Melayu, katanya, telah bertanya kepada beliau, adakah beliau tahu terdapat perintah melarang beliau memasuki Kuala Lumpur? "Saya kemudiannya telah menghubungi peguam saya memaklumkan saya telah ditahan dan ditangkap. Walau bagaimanapun, saya tidak dimaklumkan ke mana saya hendak dibawa. Saya bersama Datuk Mahfuz kemudiannya dibawa ke Lokap Polis Jinjang," ujarnya. Sepanjang ditahan, beliau tidak dibenarkan menghubungi dan bertemu peguam dan keluarganya dan ini adalah bertentangan dengan Seksyen 28A (2) Kanun Prosedur Jenayah. "Saya juga tidak diambil sebarang kenyataan oleh pihak polis sepanjang penahanan saya. Saya telah dilepaskan pada lebih kurang jam 9.30 malam. Penahanan saya oleh pihak polis adalah 'mala fide', tidak mengikut Perlembagaan dan melanggar Hak Asasi saya," katanya. Sementara itu, peguam Zulhazmi ketika ditemui menjelaskan, tindakan saman daripada anak guamnya itu akan difailkan oleh beliau minggu depan atau awal Ogos ini. Selain Salahuddin dan Mahfuz, jelasnya, tindakan saman ke atas PDRM, KDN dan kerajaan BN berhubung penahanan pada 9 Julai lalu juga akan dilakukan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria. |
ULAMA WARASATUL AMBIA
Wahyu
Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60
Peringatan Ilahi
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
Surah al-Saff ayat 10-12:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"
"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."
"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."
Pringatan
Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.
Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.
Hadis peringatan
Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.
Beriman orang yang bertaqwa
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik
Surah An-Nur : Ayat 4
Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.
Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.Doa
KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.
YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI
YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.
YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.
Fatwa
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.
Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6
AL HUJURAT: - AYAT 6
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan