Minit Mesyuarat JK Fatwa P.Pinang Yang Meluluskan Larangan Guna Pembesar Suara! 
   
Saya adalah antara blogger  prihatin yang paling awal memberi ulasan menjawab isu larangan  penggunaan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran ketika subuh di  P.Pinang. Saya menyokong tindakan berani JHAIPP yang saya kira cuba  memperbetulkan apa yang selama ini difikirkan betul.
Seperti yang kita jangkakan,  UMNO melalui media putar belitnya pasti akan spin isu ini seolah-olah  merekalah yang lebih mengetahui tentang hukum syarak sedangkan apa yang  sebenarnya cuba mereka perjuangkan ialah melayu, bukannya Islam. Jadi  mereka akan berbuat apa sahaja demi melayu hingga sanggup menjual  agama. 
Jangan kita lupa bagaimana  mereka melebung umat islam 1Malaysia  dalam isu judi kuda di Pulau  Pinang tidak lama dahulu. Mereka menyembunyikan hukum sebenar mengenai  hukum mengurus kewangan negera dalam mengagih bantuan kepada fakir  miskin. 
Kali ini mereka sekali lagi  menyerang kerajaan negeri P.Pinang dengan mengakatan kononnya arahan  pengeluaran pekeliling larangan guna pembesar suara itu adalah dari DAP.  Sesungguhnya negeri Pulau Pinang cukup sinonim sebagai medan UMNO  mendagang agama demi kepentingan survivalnya. 
Atas faktor menyampaikan  kebenaran, saya tampil bersama minit mesyuarat jawatankuasa fatwa yang  membawa kepada keputusan larangan tersebut. Mesyuarat tersebut juga  telah dipengerusikan sendiri oleh Datuk Mufti Hj Hassan Hj Ahmad,  seorang ulama yang disegani. 
Bersama ini dikepilkan sekali  senarai kehadiran, dalil dan dokumen berkaitan minit mesyuarat tersebut.   (semuanya di awal entry kerana method update dari BB yg serba terhad) 
Pujian harus diberikan kepada YB  Malik selaku exco agama P.Pinang, termasuklah pegawai kerajaan negeri  Chegu Zulkifli Mohamed dan Mohd Fitri Ibrahim dan Zulkifli Hj Ibrahim  SAMM yang memainkan peranan besar dalam menangani isu yang cuba di'spin'  oleh puak regim yang tidak bertanggungjawab. Tindakkan pantas memberi  kefahaman berkaitan larangan tersebut menyelamatkan bukan sahaja JHAIPP  dan pejabat mufti, malah martabat Islam juga tidak sempat dicemari  dengan cubaan mengelirukan umat Islam.
Diharap dengan pendedahan  dokumen penting ini, tidak akan ada masyarakat yang memandang serong  terhadap keputusan yang dilakukan oleh JHAIPP, terutamanya apabila  membabitkan tuduhan keterlibatan kerajaan negeri dalam melontarkan  arahan. Apa yang kita sedia maklum, kerajaan negeri yang diketuai DAP  sangat peka dan prihatin dalam menjaga martabat Islam di P.Pinang dengan  pelbagai inisiatif dan bantuan yang melebihi kebanyakkan negeri lain.
Dalam entri ini juga, saya mengambil kesempatan memetik sepenuhnya kenyataan Dr Asri Di Bawah;
  
Oleh: Dr Asri 
Saya amat bersetuju dengan  keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara  bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang  berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat. Fatwa atau arahan ini  bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya  berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan;
1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun  selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga  mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w.  Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan  jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.
2. Walaupun bacaan al-Quran dan  zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar  bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin  membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil  yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid  atau bukan muslim dan lain-lain.
3. Ramai orang bukan muslim  keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan  menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu  adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan  Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama,  sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.
4. Sebenarnya, Nabi s.a.w  sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid  sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa'id  al-Khudri: 
"Ketika  Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar  mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi  s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir  dan bersabda: "Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan  sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara  bacaan melebihi yang lain dalam solat" (Riwayat Abu Daud dengan sanad  yang sahih).
Dalam  hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid  sehingga mengganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau  menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang  bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara  bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk  dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka  yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang  sakit dan seumpamanya.
Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:
"Realiti hari ini menyaksikan  apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang  melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara  (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling  mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini  lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak  bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka  yang berada dalam masjid..dengan itu kita berpesan kepada  saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan  ini..boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan  berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh  jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak  kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini  telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran  masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya". (Ibn  Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: 
http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).
Bayangkan kenyataan ini  dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi  Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara  yang seperti kita.
5. Ulama silam juga telah  mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid  adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd  Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:
"Antara tipu daya Iblis ialah  mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan  nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para  ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang  yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas  menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan  suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu  bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara  munkar". ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub  al-'Ilmiyyah).
Ini adalah larangan ulama pada  zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat  mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman  ini?
Maka, dengan itu memang wajar  arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar  suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal  ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan  juga menjaga Islam yang harmoni. Umat Islam Pulau Pinang sepatutnya  menyokong keputusan ini, dan saya menyokongnya.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan