Secara umumnya yang berada dalam ranking pertama PR kini ialah
DSAI
Tok Guru Nik Aziz
Tuan Guru Haji Hadi
YB Lim Kit Siang
YB Karpal Singh
YAB Lim Guan Eng
Haji Mat Sabu
di level kedua lebih ramai lagi
Rakyat tak perlu risau dan takut dengan kepimpinan PR.
Syabas Mad - BN pula jadikan saudara hero |
BN khususnya UMNO benar-benar mengelabah kerana Mohamad Sabu. Dendam mereka terhadap Mohamad Sabu tidak ada kesudahan dan batas dan ianya membayangkan rasa terhimpit kerana kemungjkinan hilang kuasa bertambah nyata. Mohamad Sabu ini hebat orangnya. Sepatah beliau berkata mengelabah habis pihak pemerintah dan tidak sudah-sudah UMNO bercakap mengenai isu Mat Indera.
Baru sahaja PM Najib berjanji yang tidak akan ada sesiapa yang akan ditahan atau dituduh kerana perbezaan ideologi dan sebagainya dalam pembaharuan politik yang dilakukannya. Belum habis pun dengungan kata-kata beliau itu, nah, Mohamd Sabu sudah dituduh di Mahkamah kerana ucapan beliau di Pulau Pinang bulan lepas.
Itulah sebabnya saya meminta semua pihak jangan terlalu gembira dengan pengumuman PM baru-baru ini, kerana yang berjanji ini ialah pemimpin UMNO. Pemimpin UMNO memang susah untuk mengotakan janji kerana keadaan mereka yang sudah lemah. Orang yang lemah memang susah untuk membuat keputusan dengan baik. Orang lemah bila bercakap jangan kita mudah percaya kerana pemikiran mereka tidak berapa mantap.
Tetapi bagaimana pun saya tidak merasakan itu menjadi masalah kerana dengan tindakan itu ianya memberikan bukti kuat yang PAS pimpinan Mohamad Sabu itu sememangnya diakui sebagai sebuah parti yang ber ‘consequence’ besar. Tindakan itu hanya memberikan persepsi bahawa PAS pada pandangan UMNO sudah menjadi gergasi yang susah untuk dilawan dalam pilihanraya.
Maka jalan yang terbaik dan satu-satunya jalan yang tinggal bagi UMNO ialah dengan menggunakan pengaruh dan kuasa yang sementara ini masih bersamanya untuk menuduh Mohamad Sabu di Mahkamah. Maka tuduhan rakyat dan masyarakat antarabangsa yang memandang badan kehakiman dan undang-undang negara kita masih menjadi alat kepada pihak eksekutif dan isu pengasingan kuasa yang menjadi ‘attribute’ sebuah negara demokrasi berpelembagaan itu masih jauh dari kenyataan.
Tindakan kerajaan ini hanya satu tindakan ‘self defeating’ bagi parti yang memerintah. Entah apa sebabnya parti pemerintah sentiasa melakukan tindakan yang memakan diri sendiri akhir-akhir ini. Tetapi yang mereka salahkan ialah parti-parti pembangkang. Sudah menjadi tabiat pemimpin BN yang segala kelemahan yang mereka alami itu adalah di sebabkan parti-parti pembangkang.
Mereka yang melemahkan diri mereka mereka salahkan parti pembangkang pula. Selepas ini tidak tahu pula apa yang akan dilakukan terhadap pembangkang yang akan memakan diri mereka sendiri. Akhirnya parti-parti pembangkang tidak payah berkempen lagi kerana parti pemerintah sendiri yang menempah ‘maut’ politik mereka.
Apa tidaknya; Utusan, rangkaian TV RTM serta TV3 dan saluran-saluran TV kumpulan Media Prima semuanya melakukan tindakan yang ‘counter productive’ bagi UMNO dan BN. Media massa sekarang ini masih berfikir yang rakyat semuanya masih bodoh-bodoh alang dan mempercayai propaganda mereka. Media massa ini tidak menyedari yang tindakan ‘over killing’ Mohamad Sabu ini akhirnya memudharatkan UMNO dan BN keseluruhannya.
Saya meminta Mohamad Sabu bersabar dengan tindakan pihak pemerintah ini kerana segala apa yang buruk terjadi kepada saudara itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Setidak-tidaknya petanda awal yang kita nampak sekarang ini rata-rata orang ramai sudah menunjukan sokongan kepada beliau dan PAS walaupun mungkin sekadar rasa simpati terhadap Mohamad Sabu itu.
Mohamad Sabu sendiri sekarang seolah-olah telah dijadikan hero oleh musuh-musuh politik beliau. Orang ramai bukan bodoh seperti anggapan pihak pemerintah pada hari ini.
Syabas Mad! Walaupun saudara tidak memintanya, BN menjadikan saudara seorang hero.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan