Itu janji Allah kepada orang yang menzalimi orang lain. Di akhirat kelak amalan mereka yang zalim itu diberi Allah kepada yang dizalimi. Jika sudah tiada pahala kebajikan maka dosa yang mereka zalimi akan Allah ambil dan diberikan(pikul oleh) penzalim itu.
Najib Moderator rampasan,
Zambry perampas.
Rakyat wajib kenang 1,000 hari ‘rampasan kuasa’ | | Print | |
Muhammad Faeez |
IPOH, 2 Nov: Esok genap 1,000 hari ‘rampasan kuasa’ yang berlaku di Perak. Peristiwa hitam itu berlaku akibat pengkhianatan 3 Adun daripada DAP dan PKR yang telah mengakibatkan tumbangnya kerajaan yang dipilih oleh Rakyat. Setiausaha Majlis Pakatan Rakyat Negeri, Dr Khairuddin Abd Malek berkata, peristiwa itu wajib dikenang dan menjadi pedoman oleh rakyat khususnya di Negeri Perak. “Rakyat wajib mengenang dan mengambil iktibar daripada peristiwa hitam dalam sejarah moden Perak. BN perlu ingat, rakyat belum lupa dengan peristiwa hitam ini,” katanya pada sidang media di Pejabat PAS Perak, di sini pagi tadi. Tambahnya lagi, setelah ‘kerajaan haram’ mengambil alih negeri Perak, negeri ini ketinggalan terutama pendapatan negeri, pengurusan negeri dan kutipan wang zakat berbanding di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang sepatutnya mampu ditandingi oleh Perak. “Kami begitu kesal kerana tidak sempat untuk mengangkat kemajuan Perak setanding dengan negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat,” ujarnya lagi. Justeru, rakyat hendaklah menjadikan peristiwa hitam itu sebagai gelombang semangat bagi menghadapi PRU 13 nanti. Sehubungan itu, Pakatan Rakyat Negeri akan mengadakan Ceramah Perdana sempena 1,000 hari ‘rampasan kuasa’ Perak yang akan diadakan di Markas PAS Chemor dan akan dihadiri oleh ikon rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan pakar undang-undang, Prof Dr Abdul Aziz Bari. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan