ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Ahad, 4 Disember 2011

Muhyiddin Yasin yang berjihat


Dia ingin nak sembunyikan kejahilannya.


KUALA LUMPUR, 3 Dis: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kononnya pemimpin-pemimpin PAS tidak tahu tentang konsep Negara Berkebajikan, jelas bertujuan untuk menyembunyikan kejahilannya sendiri yang sebenarnya tidak tahu perkara itu. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, realiti itu tidak perlu disembunyikan lagi oleh Muhyiddin kerana dakwaan beliau itu ternyata tidak berasas. Menurut beliau, para pemimpin PAS telah pun menunjukkan contoh konsep Negara Berkebajikan sejak PAS berjaya memerintah Kelantan 21 tahun lalu yang kini turut diikuti di negeri-negeri lain yang berada di bawah Pakatan Rakyat. Katanya, sekiranya pemimpin-pemimpin PAS tidak tahu tentang konsep Negara Berkebajikan, tidak mungkin mereka bercakap mengenainya dan berkemampuan melaksanakannya seperti yang telah ditunjukkan di Kelantan. "Dia yang tak reti. Bukan pemimpin-pemimpin PAS yang tak tahu. Kalau pemimpin pemimpin-pemimpin PAS tak tahu macam mana boleh dilaksanakan di Kelantan," katanya ketika ditemui di sini. Muhyiddin ketika berucap merasmikan perhimpunan agung Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Malaysia pada perhimpunan agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, 29 November lalu berkata, pemimpin-pemimpin PAS hanya sekadar tahu menyebut tentang Negara Berkebajikan tetapi sebenarnya tidak tahu tentang konsep sebenar Negara Berkebajikan. Realiti itu didakwa berbeza dengan pemimpin-pemimpin Umno yang bukan sekadar tahu perkara itu, tetapi telah melaksanakannya sejak memerintah negara berpuluh tahun lalu. Menurut Mohamad Sabu, kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dibuat oleh Muhyiddin kerana ia tidak mungkin berkemampuan mempengaruhi orang ramai, melainkan hanya akan memalukan dirinya sendiri sahaja yang terbukti jahil tentang konsep Negara Berkebajikan yang sebenar. Sebelum ini, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, katanya, pernah membuat kenyataan seperti itu dan membandingkannya dengan langkah-langkah yang telah dilakukan oleh Kerajaan BN tentang sekelumit bantuan kebajikan yang diberikan kepada rakyat menerusi agensi-agensi kerajaan. "Tetapi langkah-langkah yang dibuat oleh Kerajaan BN itu masih jauh dengan konsep Negara Berkebajikan sebenar. Untuk mengetahuinya, Muhyiddin perlu menelitinya dengan mendalam dengan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan PAS di Kelantan," katanya. Antaranya contoh yang telah ditunjukkan di Kelantan, tambahnya, dengan memberikan cuti 2 hari kepada kakitangan kerajaan yang kemudiannya turut diikuti di negeri-negeri Pakatan Rakyat. "Langkah Kerajaan PAS Kelantan memberikan cuti 2 hari kepada kakitangan kerajaan itu pada mulanya dikritik dan ditentang hebat oleh Umno BN, tetapi kemudian Kerajaan BN sendiri juga turut mengikutinya. "Selain itu, di Kelantan juga turut dilaksanakan skim takaful, bantuan kepada ibu tunggal dan lain-lain bantuan kepada rakyat, manakala segala urusan kerajaan dengan rakyat pula dipermudahkan," katanya. Itu, katanya, hanyalah sebahagian sahaja dari langkah yang telah dilaksanakan di Kelantan, manakala sebahagian contoh di Selangor pula dengan sebahagian pemberian bekalan air percuma. "Di Pulau Pinang pula, diberikan RM100 kepada setiap anak negeri itu yang baru lahir sebagai sebahagian bantuan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kepada rakyat di negeri itu," jelasnya. Kerajaan PAS Kelantan, tegasnya, walaupun miskin, tetapi tetap berkemampuan melaksanakan segala tanggungjawabnya dengan baik, ekoran kefahaman para pemimpin PAS sendiri tentang konsep Negara Berkebajikan. "Kini, banyak langkah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan itu yang pada mulanya dikritik dan ditentang hebat oleh Umno BN, tetapi telah ditiru satu demi satu oleh Kerajaan BN. "Jadi siapa sebenarnya yang tak tahu tentang konsep Negara Berkebajikan? Ternyata bukan para pemimpin PAS yang tak tahu, tetapi Muhyiddin dan pemimpin-pemimpin Umno sendiri yang jahil mengenainya," ujar beliau.

Datuk Seri Muhyidin bin Mohd. Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia Malaysia dan Timbalan Presiden UMNO amat berbangga dengan kejayaan anaknya yang dianugerahkan Artis Baru Terbaik serta Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Got To Go) Anugerah Industri Muzik Malaysia 2011 ke-18 (AIM18) baru ini. Najwa berkata, dia tidak percaya dengan badi yang sering dikaitkan dengan anugerah itu bila dikaitkan menang atas populariti bapanya. "Saya tak percaya pada badi anugerah ini. Apa yang penting, kita kena melipatgandakan usaha dan tidak membiarkan hasil kerja kita terhenti setakat ini saja,” katanya.
"Bagi saya, anugerah itu lebih kepada pembakar semangat untuk saya meneruskan perjuangan dalam bidang ini.
Ada lagu untuk Muhyiddin yang juga bekas Menteri Besar Johor yang diilhamkan difacebook; Ayahanda di medan jihat
Anakanda di medan seni
Sama-sama berkubang
Sama-sama berbakti
Semoga tabah hati

Majulah Ayahanda maju jangan undur
Anakanda mohon doa restu
Rela sehidup semati bersamamu
Oh! Mujahidku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan