ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Selasa, 6 Disember 2011

Perkhidmatan Awam pula nak di Swastakan

Dulunya tabung haji mahathir lantik adik iparnya, Adik iparnya buat rumah berjuta-juta.
mereka tak mengira dosa pahala.

KUALA LUMPUR, 6 Dis: PAS menolak cadangan kerajaan untuk membuka jawatan utama sektor awam iaitu Jusa dan Turus kepada pihak luar kerana bimbang ia akan diisi mengikut kepentingan politik.

PAS yakin, pegawai kerajaan di bawah perkhidmatan awam yang ada layak untuk mengisi kedua-dua kumpulan jawatan utama perkhidmatan kerajaan itu.

Kerajaan di bawah pentadbitan Najib Razak dijangka akan melasanakan dasar ini tahun depan dan PAS bimbang kemungkinan akan dijadikan pelantikan politik, selain boleh mecelarukan institusi perkhidmatan kerajaan.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, isu ini akan dibawa ke Majlis Raja-raja dan Yang Dipertuan Agung sendiri jika ia tidak ditarik balik oleh pentadbiran Najib.

“Ini kerana pelantikan jawatan-jawatan utama perkhidmatan awam juga ada kaitan dengan Perlembagaan Persekutuanm dan keperluan mendapat perkenan Majlis Raja-raja Melayu. Jika pentadbiran Najib tidak menyelesaikan segera isu ini, kami akan membawa ke peringkat atasan,” katanya lagi.

Dasar ini juga telah mendapatkan kecaman Cuepacs. Dasar membawa orang luar perkhidmatan awam ke dalam kerajaan juga sudah amat dikesali kakitangan awam sebelum ini.

Di bawah projek Pemandu, ramai tenaga-tenaga luar yang di bawa masuk dan membuat pelbagai arahan kepada kakitangan awam terhadap tugas yang selama ini dijalankan dengan baiknya oleh mereka.

Ekoran itu, fungsi-fungsi penting Unit Perancang Ekonomi misalnya sudah diambil oleh think tank yang dibentuk oleh Najib dan pentadbiran Abdullah Badawi sebelum ini.

Kelmarin, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata pihaknya tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengisi jawatan utama perkhidmatan awam iaitu JUSA dan dan Turus dengan kepakaran luar terutama dari sektor swasta.

Omar berkata, cadangan ini jika dilaksanakan, seumpama menganaktirikan penjawat awam sedia ada yang telah lama berkhidmat dan mempunyai pengalaman serta kepakaran dalam bidang tertentu.

Menurut beliau seharusnya keutamaan jawatan itu diberi kepada penjawat sedia ada terutama golongan muda yang mempunyai idea dan kebolehan agar kualiti kerja dapat ditingkatkan.

Dalam kenyataannya hari ini, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, dasar terbaru kerajaan pusat pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedikit sebanyak menunjukkan ketidakpercayaan kepada kemampuan penjawat awam sedia ada untuk mengisi jawatan-jawatan kanan berkenaan pada masa akan datang.

Katanya, jika dibuka kepada kepakaran luar bermakna sektor awam akan dipimpin oleh seseorang yang tidak punya kemahiran atau kefahaman jelas mengenai hal ehwal atau selok belok pentadbiran kerajaan.

“Dan, dalam keadaan jawatan JUSA dan Turus ini berpotensi dikontrakkan, apa pula jaminan kerahsiaan maklumat sekiranya seseorang luar yang telah dilantik, kemudiannya dipecat kerana gagal tunjukkan prestasi yang baik.

“Maklumat sulit kerajaan berpotensi bocor kepada pihak yang tidak bertanggungjawab,” kata beliau lagi yang menjelaskan bahawa dasar ini berbeza daripada pelantikan ketua hakim negara lalu dari sektor swasta.

Mahfuz menambah, beliau tidak menolak kebarangkalian lantikan politik mengisi jawatan-jawatan berkenaan termasuk mereka yang menggunakan kabel Umno, khususnya mereka yang sudah hilang ‘cahaya’ politik.

“Perkara ini berlaku pada masa-masa lalu, di mana ada pemimpin Umno dilantik mengetuai syarikat berkaitan kerajaan (GLC)... jadi, saya yakin keadaan yang sama akan berulang jika dasar ini dilaksanakan,” kata beliau lagi.

Mahfuz dasar terbaru ini akan melumpuhkan dan mencelarukan institusi perkhidmatan awam dalam jangka panjang.

Katanya, susulan daripada Perhimpunan Agung Umno yang lepas, ada pihak yang melontarkan cadangan bahawa “orang Umno terpilih mesti dipilih mengetuai GLC-GLC tertentu.”

“Melalui pelaksanaan dasar ini, kebarangkalian besar jawatan kerajaan menjadi bahan dagangan kepada mana-mana orang politik terbuang dalam arus perdana Umno untuk dilantik sebagai ketua setiausaha atau ketua-ketua jabatan tertentu selaras dengan kehendak perdana menteri.

“Untuk makluman, sekarang ini pun dua jawatan ketua pengarah dalam (Jabatan Hal Ehwal Khas) JASA dan Seranta diketuai oleh lantikan politik,” kata beliau merujuk kepada jawatan masing-masing di bawah penyeliaan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, dan Jabatan Perdana Menteri.

Oleh itu soal beliau, apa kayu ukur prestasi yang diguna pakai oleh kerajaan untuk mengukur potensi seseorang yang dilantik ke jawatan tersebut.

Katanya, antara masalah yang berpotensi berlaku ialah pertama, penjawat awam yang berpotensi tinggi tetapi tidak ada “kabel politik” akan tersekat kenaikan pangkat.

“Kedua, sektor awam akan diliberalisasikan sewenangnya ikut kehendak politikus atasan,” kata Mahfuz lagi sambil menambah, sekiranya JUSA dan Turus tertentu dikontrakkan, bermakna sesiapa saja boleh dilantik dan kalau gagal mencapai sasaran tugas akan ditamatkan kontrak.

“Ini (akan) mendatangkan persoalan, apa definisi ‘perform’ di mata pemerintah. Adakah ‘perform’ daripada aspek kerja dan integriti ataupun ‘perform’ daripada aspek ikut telunjuk menteri.

“Sekiranya ini berlaku, kelangsungan perkhidmatan awam berpotensi untuk rosak, dan hanya akan menjadi alat kepada kehendak politik semata-mata,” kata beliau yang turut menegaskan bahawa ia bercanggah dengan prinsip perkhidmatan awam yang seharusnya bebas dan berkecuali untuk berkhidmat kepada kerajaan yang memerintah.

“Membuka jawatan penting kerajaan kepada lantikan luar membuktikan bahawa perdana menteri tidak mempunyai kepercayaan kepada penjawat awam untuk melaksanakan agenda transformasi beliau sehingga terpaksa mengimport tenaga profesional luar seperti yang dilakukan melalui Pemandu di bawah (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri) Idris Jala,” katanya.

Malah kata beliau, satu hari nanti Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes, yang menjadi kontroversi dalam isu perjanjian pertukaran saham MAS, juga kemungkinan dibawa masuk selain ketua projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Mahfuz tidak menolak kemungkinan dasar terbaru akan memberi kesan ke atas sokongan bagi Umno-BN dalam pilihan raya umum ke-13.

“Kami terima banyak rungutan dan rasa tidak puas hati mengenai dasar pelantikan orang luar ini, tetapi mereka tidak berani bercakap di luar,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan