ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Rabu, 7 Disember 2011

Skim Gaji Baru 2012 SBPA Bagi Kakitangan Awam. Apa Pilihan Anda? Skim SBPA @ Skim SSM?


Nampaknya gayanya pekeliling skim gaji baru 2012 SBPA yang bakal keluar sepenuhnya bila-bila masa daripada sekarang menunjukkan pelbagai pro dan kontra berdasarkan pendapat yang diutarakan oleh pembaca Berita Semasa sebelum ini.

Pada asalnya kami jamin ramai yang merasakan semua penjawat awam yang akan menikmati kenaikan gaji baru 2012 berdasarkan pengumuman Datuk Najib Razak semasa pembentangan Bajet 2012. Rupanya tidak. Ada pilihannya.

Skim Gaji Baru 2012 SBPA : Pilihan Kepada Kakitangan Awam Untuk Naik Gaji?

Gambaran keseluruhan mengenai skim gaji baru 2012 SBPA kali ini bukan lagi menjadi rahsia ramai kakitangan awam sekarang ini walaupun pekeliling SBPA belum dikeluarkan secara rasmi.

Ramai yang seakan bersetuju dengan skim gaji baru 2012 SBPA nanti, dan ramai juga yang kurang senang & selesa dengan berita-berita awal berkaitan pengenalan skim saraan baru perkhidmatan awam (SBPA 2012).

Yang mana masih ingat lagi, kalau ikut skim SBB dahulu, kalau dapat kurang sahaja 50%, baharulah dikira sebagai statik pergerakan gaji dan kalau dapat 3 tahun berturut, boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti dibuang kerja. Markah kurang dari 50%, itu boleh dikatakan margin yang sesuai, tapi kalau sampai 70% itu sangat menekan pekerja kerana setiap markah pencapaian mesti mendapat sekurang-kurangnya gred 7-8.

Berdasarkan maklumat yang kami terima daripada Akauntan Negara, kemungkinan besar pekeliling SBPA 2012 akan dikeluarkan secara rasmi pada esok hari 7 Disember 2011 bersamaan Hari Khamis. Walaubagaimanapun, ada yang mengatakan kemungkinan pada minggu hadapan pekeliling skim gaji baru 2012 SBPA ini akan dikeluarkan.

Walauapapun, dalam skim gaji baru 2012 SBPA ini nanti diharap boleh merangkumi aspek-aspek seperti di bawah ini :

  1. Tetapkanlah pada paras yang sesuai & munasabah bagi penilaian markah. Apatah lagi sistem yang sebelum ini sudah lama mengongkong minda sesetengah penjawat awam sehingga dilihat sukar untuk berubah dengan tabiat lama apabila muncul skim gaji baru SBPA 2012 ini kelak. Ini realitinya.
  2. Diharapkan skim gaji baru 2012 SBPA ini dapat membuang perkataan dan budaya seniority dalam perkhidmatan awam
  3. Dan yang ini paling penting sekali, biarlah yang menilai adalah bos mereka sendiri. Ini tidak ada kes yang berlaku bukannya bos sendiri yang buat penilaian tetapi pengarah di blok lain yang buat penilaian. Entah kenal, entah tidak anak buahnya.
  4. Dan kemudiannya, yang menilai elakkan seorang penilai. Sekurang-kurangnya mesti ada 3 orang penilai.
  5. Proses evaluation (penilaian) sekurang-kurangnya 3 orang supaya mengelakkan “kroni” dan “kaki kipas” mendapat markah yang tidak sepatutnya dan juga mengelakkan kakitangan awam dianiayai semasa penilai dilakukan. Harap skim gaji baru 2012 SBPA ini merangkumi terma yang lebih kurang sebegini rupa. Dengan mempunyai 3 orang penilai dapat mengurangkan masalah “monopoli” dalam permarkahan yang boleh mengundang manipulasi oleh pihak atasan contohnya.
  6. Tidak perlulah dipaksa lagi, penjawat awam yang sudah “tiada kemampuan” dan “keinginan” untuk meneruskan khidmat mereka sehingga 60 tahun semata-mata mahu mengejar skim gaji baru 2012 SBPA ini. Nanti yang dapat hanyalah kuantiti, kualitinya?

Bagi kami pada rangka asasnya, daripada maklumat-maklumat yang diperolehi setakat ini memang ada bagus dan kebaikannya. Cuma kalau ada terma-terma seperti di atas, kami akan bertambah senang dengan pelaksanaan skim gaji baru 2012 SBPA kelak.

Skim Gaji Baru SBPA 2012 : Lontarkan Pandangan & Cadangan Anda!!

Yang mana kakitangan awam nak teruskan dengan SSM, terpulang. Dalam berita sebelum ini, kami belum membuka ruang undian kepada semua. Jadi suka untuk kami buka ruang undian untuk melihat sendiri apa pandangan, penilaian skim gaji baru 2012 SBPA in…berpuas hati, kurang berpuas hati dan kurang selesa dengan skim gaji baru 2012 SBPA ini.

Setakat ini, anda boleh lontarkan cadangan dan pandangan anda ke arah penambaikan skim gaji baru 2012. Ini kerana anda semua pengguna adalah sistem tersebut. Seperti apa yang dikatakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Abu Bakar sendiri tiada yang muktamad seperti yang terkandung dalam skim gaji baru 2012 kelak. Ini kerana akan ada penambaikan di masa-masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan