ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Selasa, 20 Disember 2011

Umno tidak boleh dipakai lagi - bekas Pengarah Pendidikan


BUTTERWORTH, 20 Dis: Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Datuk Adnan Ibrahim yang juga pelakun bersiri 'Cucu Opah nak kahwin lagi' rasa terpanggil untuk bersama turun padang memberikan penjelasan kenapa perlu rakyat tolak Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 13 nanti. Jelas sekali ujarnya, Umno dan BN mempunyai kepimpinan yang sudah korup dan tidak releven lagi untuk memegang tampuk pemerintahan ekoran terlalu banyak skandal sehingga boleh membawa negara ke arah kehancuran. "Saya walaupun tidak sihat, rasa bersalah sekiranya tidak bersuara mengatakan yang hak sebab itu saya datang untuk menyampaikan apa yang terpendam dalam lubuk hati selama ini. "Umno dan BN tidak boleh pakai lagi apatah untuk kita bergantung harap membela nasib orang Melayu, " ujarnya ketika ditemui selepas program ceramah perdana di Pekan Darat, Butterworth semalam. Apa guna dirinya yang diberikan kesihatan sihat tinggal diam di rumah padahal penyelewengan terus berlaku dengan memperdayakan rakyat miskin sebagai 'kambing hitam' bagi mengaut undi, katanya. "Kerajaan BN memang begitu, mereka akan membahagikan harta kekayaan sesama kroni dengan membiarkan rakyat berputih mata terutamanya bagi mereka yang sememangnya mempolopori bidang tertentu. "Kes lembu membabitkan Menteri Wanita, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sungguh memalukan kerana ia bukan pendedahan golongan yang mencari kesempatan sebaliknya didedahkan Audit Negara yang telus dan profesional," terangnya. Tambah beliau, akibat terlalu banyak penipuan dan penyelewengan membuatkan rakyat mempertikaikan keikhlasan BN yang sanggup memberikan wang RM500 kepada setiap keluarga sedangkan negara terus dicengkam bebanan hutang yang tinggi. Jika kerajaan terlalu prihatin terhadap rakyat bukan sekarang mereka mulakan pemberian RM500 itu tetapi sejak dulu lagi sebab kemiskinan rakyat sudah lama, katanya. "Jika BN benar-benar mahu bantu rakyat kenapa hari ini baru nak bagi RM500. Mereka buat secara mendadak semata-mata dengan tujuan yang tersembunyi," tambahnya. Pemberian itu pun, bagi beliau, disebabkan timbul perasaan irihati setelah rasa tergugat dengan pemberian beberapa skim oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. "Adalah tidak lojik lagi, rakyat yang sudah matang masih tidak berani buat perubahan demi kebaikan semua pihak serta negara," kata Datuk Adnan. Menceritakan kesungguhan dirinya untuk turun berkempen di mana sahaja sekiranya dijemput beliau yang ada pertalian dengan pejuang kemerdekaan Leftenan Adnan menambah, semua itu dibuat untuk membuang perasaan bersalah dalam dirinya yang bekerja untuk kerajaan sedangkan kerajaan yang disanjung melakukan penindasan, penipuan dan penyelewengan yang ketara memalukan. Peliknya, ujar beliau, kenapa mereka yang ada jawatan tinggi dalam kabinet tidak langsung timbul perasaan bersalah atau meletakan jawatan bila gagal sebagai menteri sebaliknya terus bangga dengan kesalahan yang dibuat. Beliau bertanya apakah kapasiti mereka yang asyik melakukan penyelewengan mengaku sebagai Umat Islam sedangkan mereka memakan daging saudara sendiri. "Pesanan saya kepada rakyat gunalah otak, guna akal, guna jari, guna perasan dan gunakanlah kesempatan yang ada untuk menegakan yang hak memerangi yang batil. Jangan takut buat perubahan yang menguntungkan semua pihak," tegasnya lantang. Program anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor itu turut menyaksikan penyerahan 15 keping borang permohonan menjadi ahli PAS di sekitar kubu kuat Umno di Permatang Binjai. Kemasukan itu diketuai bekas Ketua Pemuda Umno Cawangan Permatang Binjai, Saudara Hasni. Borang diserahkan kepada Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang dijemput khas memberikan ucaptama bersama Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man dan Yang Dipertua PAS Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan