KHAMIS, 12 JANUARI 2012
PEGUAM NEGARA TIDAK RAYU KES RAZAK BAGINDA, ADAKAH KES ANWAR PEGUAM NEGARA BERTINDAK SEBALIKNYA?
SAMADA Peguam Negara mahu merayu atau tidak keputusan Perbicaraan Liwat II, rakyat sudah tidak memperdulikannya lagi. Yang nyata, kes ini sepatutnya lebih awal lagi dicampakkan ke dalam tong sampah kerana terlalu banyaknya perkara yang langsung tidak masuk akal samada dari segi lojik akal apatah lagi dari sudut perundangan dan jauh sekali dari sudut Hukum Islam.
Terkini, pihak Pendakwaan kes perbicaraan liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yangmembebaskan ketua pembangkang itu daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Isnin lalu.
Dalam laporan berita bahasa Inggeris Nightline, terbitanTV3, Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (foto) dipetik berkata keputusan membuat rayuan dibuat setelah mengkaji semua bukti berhubung kes berkenaan.
Rakyat yang mahukan keadilan dan bencikan amalan fitnah telah bersedia untuk berdepan dengan gerombolan penfitnah dan korup ini. Mereka jangan sangka dengan pembebasan DS Anwar Ibrahim pada 09 Jan yang lalu menyebabkan rakyat bersedia untuk menerima apa jua keputusan mahkamah selepas ini kerana kita telah lama sedar bahawa institusi kehakiman di negara ini masih memerlukan reformasi yang menyeluruh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan