Saya  diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari  2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar  negara dan isu Palestin.
Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.
Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah  hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya  berikan:
“I support all efforts to protect the security of the  state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he  would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said  remains contingent on Israel respecting the aspirations of  Palestinians.”
Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip  perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip  Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.
Selain  itu, pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis  Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif  Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua  Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.
Malahan  dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara  sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan  Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York  (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL  ASSEMBLY).
Beliau menyebut:
“..Malaysia fully supports the  legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of  Palestine, based on the two-state solution, taking into account the  security concerns of both parties (Israel and Palestine).”
Ternyata  dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia  menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan  kedamaian.
Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.
Justeru  saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar  belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya  mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.
Pendirian Parti Keadilan  Rakyat (KEADILAN) adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas  dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah  surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan