ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Selasa, 29 Mei 2012


Infaq Jariah & Pelupusan Harta Haram Bagi Membina Lebuhraya di Kelantan
Posted on Monday, May 28 @ 12:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: al-bahanj

"Dalam usaha ramai ahli masyarakat mahu berhijrah kepada institusi kewangan Islami hasil dari insafnya mereka bahawa riba itu haram, riba itu dosa besar, tentu ada yang tertanya-tanya bagaimana hendak dilupuskan wang yang terhasil dari riba yang selama ini mereka telah perolehi, bukan?Sebenarnya ini adalah antara soalan-soalan yang selalu ditanya oleh kaum muslimin kita yang benar-benar sudah taubat dari terlibat dengan sistem kewangan riba.

Adakah mahu dibuang duit haram itu?  Bolehkah pula digunakan?  Atau bagaimana caranya untuk melupuskannya?

Tentu ramai sudah mendapat jawapan hasil dari diskusi dan ceramah mengenai hal ini.  Ya, wang haram yang terhasil dari ‘bunga’ atau interest dari institusi kewangan konvensional tidak boleh dimanfaatkan oleh kita.  Contohnya, jika si A memperolehi duit riba hasil dari perbankan konvensional, maka duit itu tidak boleh dimanfaatkan olehnya dan ahli keluarganya.  
 
Lalu, bagaimana?  Adakah mesti dibuang wang haram itu?  Tidak, jangan pula dibuang.  Walaupun tidak boleh dimanfaatkan oleh diri sendiri dan keluarga, namun ia masih boleh memberikan manfaat kepada masyarakat lain.  Antaranya seperti diserahkan kepada institusi baitulmal, pusat zakat atau pihak lain yang memerlukan, contohnya faqir dan miskin.

Para ilmuan agama yang membicarakan hal ini juga selalu memberikan contoh bahawa duit haram sebegitu boleh digunakan untuk pembinaan infrastruktur awam seperti membina tandas orang ramai, pagar masjid/sekolah, menambahbaik kemudahan awam, membina tempat letak kereta, membina jambatan atau jalanraya/lebuhraya.

Di dalam tulisan ini, saya ingin mewar-warkan suatu peluang atau jalan untuk anda melupuskan harta haram tuan/puan.  Selain melupuskan harta yang terbit dari institusi riba dan haram, tuan/puan juga amat digalakkan untuk berinfaq jariah melalui harta tuan/puan yang lain.  Peluang ini boleh dijadikan alternatif buat tuan/puan dalam merebut kesempatan yang diberikan ALLAH Ta`ala untuk berbuat kebaikan.

Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Kerai
 
Hari ini, 28/5/2012 satu majlis pecah tanah sempena pembinaan lebuhraya bagi menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Kerai telah diadakan melibatkan kerajaan negeri Kelantan.  Dan yang menariknya lebuhraya ini tidak dibina plaza tol di atasnya sebagaimana lebuhraya-lebuhraya yang banyak berselirat di lain-lain negeri.  Beruntunglah rakyat negeri Kelantan.  Terserlah keimanan dan keikhlasan pemimpin negeri ini yang sarat jiwanya dengan kebajikan kepada rakyat.

Pecah Tanah projek
 
 
Gambaran projek
 
Lebuhraya ini dinamakan sebagai Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Kerai.  Kos pembinaan lebuhraya tanpa tol ini dianggarkan menelan belanja RM1.8 bilion dan akan dibina sejauh 73km dengan 4 lorong 2 hala serta dilengkapi kawasan R&R.  InsyaALLAH tempoh pembinaan akan mengambil masa selama 3 tahun.  Walaupun dikatakan kononnya negeri termiskin (konon), namun mereka mampu membina lebuhraya mereka sendiri tanpa terpaksa menunggu  ’pihak lain’ yang telah banyak kali berdolak-dalih sekian lama.  Yang lebih istimewa, tidak akan ada kutipan tol.  Dan pembinaannya ditampung sebahagiannya dari sumbangan orang-ramai.

Sumbangan orang ramai

 
Semoga ALLAH terima amalan kebaikan masing-aming, amin…
 
ALLAHU AKBAR!  Saya terharu apabila mendapat tahu Tuan Guru Nik Aziz menitiskan air matanya mengharapkan keredhaan ALLAH agar usaha ini berjaya.  Dan tentunya beliau juga terharu dengan keprihatinan rakyat di dalam negeri dan di luar negeri Kelantan yang turut sama menyumbang ke arah pembinaan lebuh raya ini.

Tuan/puan boleh ikuti perkembangan berita ini di Facebook yang diwujudkan khas, iaitu:  https://www.facebook.com/lebuhrayakbkk

Sumbangan Dalam Bentuk Infaq Jariah & Pelupusan Harta Haram
 
Berikut adalah maklumat ringkas mengenai bagaimana wang anda itu boleh disalurkan:
  • Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd
  • No Akaun:  03036 01 000 3031 (Bank Islam)

Semoga ALLAH menerima sumbangan kalian sebagai hasanah di sisiNYA.  Dan semoga harta-harta haram yang kalian lupuskan kepada projek ini diterima oleh ALLAH Subhanahu wa Ta`ala sebagai permohonan maaf dan tanda taubat kalian yang sebenar.  Dan semoga harta dan kehidupan kalian dibersihkan ALLAH Ta`ala dan diberikan keberkatan, amin.  Selepas ini. jangan lagi terlibat dengan institusi kewangan riba dan apa-apa yang berkaitan dengannya ya.

Semoga apa-apa yang baik yang diniatkan dan diusahakan menjadi kenyataan, memberi kebaikan kepada rakyat teramai dan diterima ALLAH sebagai amalan-amalan soleh, amin.

Sekadar mewar-warkan,

28 Mei 2012
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan