Tauke 'Sekinchan' baik jaga restorannya dari kacau Ambiga
Harakahdaily, | 24 Mei 2012 |

(Restoran Sekinchan Ikan Bakar di Jalan Pahang...hidup segan mati tak mau)
KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar diminta memberikan nasihat kepada pemilik Sekinchan Ikan Bakar agar menjaga kedainya dari terlibat dengan memperleceh Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga.
Ini kerana, sejak kebelakangan ini, banyak outlet kedai ikan bakar berkenaan mengalami masalah dan sudah hidup segan mati tak mau.

(Jamal dengan Ferarinya tetapi mengaku peniaga Jalan TAR yang terjejas kerana Bersih 3.0)
Restoran Sekinchan Ikan Bakar dikatakan satu perniagaan anak Melayu yang membantu orang Melayu untuk berjaya didalam dunia perniagaan.
Sekinchan Ikan Bakar juga adalah sebuah francais yang mempunyai lebih kurang 25 cawangan di seluruh Malaysia.
Pengasas Restoran Sekinchan Ikan Bakar ini Datuk Jamal dikatakan berhasrat untuk membantu orang Melayu terutamanya anak-anak muda dari sektor ekonomi dan memberi peluang pekerjaan kepada semua.
Namun menurut satu blog, sejak kebelakangan ini pihak restoran ini telah mendapat pelbagai keluhan dari orang ramai mengenai restoran tersebut.
Ekoran itu, pelbagai usaha promosi dibuat untuk menarik orang ramai ke restoran itu, namun belum berjaya sehingga kini.
Restorannya yang terletak berdekatan dengan pejabat Harakahdaily di Jalan Pahang juga mempunyai masalah.
Sejak dari awal pembukaannya ia tidak mendapat sambutan walaupun rekabentuk restoran ini sangat menarik.

Ini akan menyusahkan pekerja dan petugas restoran ini.
Rumah Datuk S Ambiga di Bukit Damansara dekat Kuala Lumpur hari ini menjadi tumpuan dua pihak berbeza pandangan, melibatkan penyokong dan penentang gabungan proreformasi sistem pilihan raya itu.
Selain mesyuarat jawatankuasa pemandu BERSIH berlangsung di situ, kumpulan penentangnya – peniaga jalan TAR dan Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia – dijadual berkumpul depan kediaman Ambiga.
Manakala sebuah lagi kumpulan pro-BERSIH WargaAman juga akan berkumpul awal petang ini bagi menyatakan sikap mereka.
Sejak pagi ini, pegawai daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah berada sekitar kawasan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan