80 peratus orang Melayu derhaka kepada Sultan dan Raja? |
Oleh: amkns
"Kajian pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah mendapati 80 peratus umat Islam di Malaysia tidak menunaikan solat lima waktu. Kemungkinan besar majoriti 80 peratus ini adalah orang Melayu. Sultan serta Raja adalah merupakan Ketua Agama Islam negeri. Kita perlu taat kepada Sultan dan Raja dalam pekara kebaikan.
Dan solat adalah perkara kebaikan. Mereka yang meninggalkan solat bukan hanya berdosa kepada Allah, malahan dalam konteks Raja Berperlembagaan di Malaysia , orang Islam atau orang Melayu yang meninggalkan solat juga derhaka kepada Sultan dan Raja.
Apakah hukuman yang sewajarnya di dunia ini kepada orang Islam dan orang Melayu yang derhaka kepada Sultan dan Raja kerana meninggalkan solat?
Bagaimana pula orang Melayu yang berjudi haram (tanpa lesen) dan berjudi? Bagaimana pula orang Melayu yang mengamalkan sihir? Bagaimana pula dengan orang Melayu yang minum arak? Adakah mereka ini berdosa kepada Allah serta derhaka kepada Sultan dan Raja selaku Ketua Agama Islam?
************
Pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam masa kini.
Sumber: zaimhilmi.blogspot.com
************
Perlembagaan Persekutuan secara nyata menetapkan kewajipan penting Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, selaku Ketua Utama Negara untuk memelihara kesucian agama Islam pada setiap masa. Tanggung jawab penting tersebut didukung bersama oleh sembilan Raja Melayu di Negeri-negeri.
Sumber: agendadaily.com
**********
Hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam :-Maksudnya : Dari 'Auf bin Malik, dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Sebaik-baik pemimpin kamu ialah orang yang kamu kasihi dan pemimpin itu pula mengasihi kamu, kamu mendoakan mereka itu dan mereka pula mendoakan kamu.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah An-Nisaa’ ayat 59 :- Tafsirnya: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah dan kepada Ulul-Amri (orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu).
Raja atau kepala negara adalah termasuk sebagai Ulul-Amri, perintah ketua wajib dipatuhi, dan dilaksanakan selagi bukan perintah ke arah dosa dan maksiat.
Sebagaimana hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam :- Maksudnya : Dari Abdillah, dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sungguhnya baginda bersabda : Seorang muslim itu wajib taat dan mendengar perintah ketua atau pemimpin samada rela atau tidak, selagi ia tidak menyuruh berbuat maksiat.
Sumber: www.masjid.gov.bn"
Komentar,
Barangkali benar
barangkali juga tidak benar
kerana pakar itu tidak memberikan butiran lengkap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan