Memang Dah Betul - Apasal Tuduh Nizar Buat Fitnah?
Dari mana ? Tanya Misbah, dari IPD buat liputan Pemuda buat laporan polis mengenai isu plate Sultan Johor, jawab ku pendek.
"Sultan Johor beli plate kereta dengan harga RM520k tu betul ke tidak?” Aku bertanya kepada Misbah.
"Betullah tu, JPJ ada keluarkan rekod mengenainya,” balas Misbah.
"Kalau betul, apasal diaorang kata Nizar buat fitnah?” tanya ku lagi.
"Itulah, mereka tokok tambah, kata Nizar tuduh Sultan gunakan wang rakyat beli nombor plat itu!” mendengus bunyi Misbah.
"Padahalnya, Nizar tidak sebut pun nama Sultan . Nizar sebut secara umum sahaja. Diaorang pandai-pandai yang tokok tambah,” rungut Misbah.
"Kira-kira diaoranglah yang sepatutnya disiasat bawah Akta Hasutan,” sambung ku.
( Korang boleh lihatlah sendiri bukti-bukti tersebut yang ada bawah nih.Klik untuk besarkan)
"Hang patut tulis tu dalam blog. Hidupkan semula blog hang tu ...” pinta ku kepada Ust Misbah.
Saya katakan kepadanya, tulisan di facebook agak terhad dan tidak dapat menghuraikan sesuatu isu dengan lebih terperinci.
Dia akui dan katanya akan cuba hidupkan semula blognya itu. Harap-harap, blog beliau akan aktif semula sedikit masa nanti kerana ramai peminat blognya ternanti-nantikan tulisan beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan