Terutamanya ahli dan penyokong PR, Elak membeli 100 Plus terutama yang ada gambar PM yang mengharamjadahkan orang
KUALA LUMPUR, 10 Jun: Kenyataan 100Plus menerangkan mengapa gambar perdana menteri Datuk Seri Najib Razak muncul di air tinnya yang ditulis blog
http://darisungaiderhaka.blogspot.commerupakan artikel paling popular di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke 23.
Di tempat kedua diungguli artikel daripada blog
http://omakkau.blogspot.com mengenai keakraban kedua pemimpin Amerika Syarikat, Senator
John McCain dan Joseph Liberman yang memuji Najib ketika lawatan ke tanahair baru-baru ini dengan Yahudi.
Berita ucapan terima kaish daripada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pihak tertentu kerana telah berjaya memalukan perjuangan sendiri akibat tindakan 'tidak cerdik’ pula menduduki tempat ketiga.
Ucapan terima kasih itu diberikan Tuan Guru kepada pihak yang menyerahkan peralatan membina lebuh raya di hadapan Kompleks Kota Darulnaim yang dinamakan atas NGO Tukar seperti kereta sorong, penyodok pasir dan lain-lain lagi.
Tuan Guru juga turut menyifatkan tindakan sedemikan sebagai memalukan orang Melayu yang dilakukan dengan tujuan untuk memalukan kerajaan negeri.
Pada tangga keempat ialah artikel blog
http://greenboc.blogspot.com yang menceritakan peristiwa bersejarah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menandatangani plak Tuntutan Royalti Petroleum sebagai sokongan rakyat Kelantan menuntut royalti minyak.
Di tempat kelima ialah kecaman terhadap fitnah Umno terbaru dengan cuba mengaitkan rumah usahawan Perlis dengan Nik Aziz. Gambar yang tersebar di laman sosial Facebook Anti Semua Salah Umno - ASSU itu mendakwa Nik Aziz mahu membina rumah rakyat untuk dirinya sendiri.
Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 3 Jun hingga 9 Jun, 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan