Negara Berkebajikan: PAS hapus curiga bukan Islam
Hazayani Zakaria, | 16 Sep 2012 |
"Dalam perjuangan Rasulullah SAW sendiri tak ada istilah yang lengkap memperincikan negara Islam tetapi kandungannya menjurus kepada satu perubahan negara yang diredai Allah yang mendapat pengampunan Ilahi," katanya.
Tambah beliau, dengan slogan Negara Berkebajikan, PAS sudah berjaya menghapuskan rasa curiga orang bukan Islam terhadap Islam yang disifatkannya sebagai halangan psikologi.
Namun katanya, PAS menghadapi cabaran besar untuk menterjemahkan idealisme yang terkadung dalam dokumen Negara Berkebajikan.
"Ini cabaran yang besar sama ada di Kelantan, Selangor, Kedah dan sebagainya dan yang penting kita buang istilah yang menakutkan sehinggalah halangan psikologi tadi dapat diatasi dan bagaimana (PAS) dapat menterjemahkan (Negara Berkebajikan) menjadi peradaban sehingga orang tersentuh dengan Islam," katanya lagi.
Transformasi biar ikhlas
Sementara itu beliau juga berkata, kerajaan yang berkuasa seharusnya mengambil berat soal keikhlasan dalam menjaga kebajikan rakyat.
Merujuk kepada transformasi yang disebut seorang lagi ahli panel, Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr. Puad Zarkashi, Mohamad berkata, Umno BN harus ikhlas dalam memenuhi permintaan rakyat, bukan sekadar untuk memancing undi dalam pilihan raya umum.
"Benar kata Dr. Fuad tadi dalam program transformasi banyak beri deviden itu ini tapi apakah itu ikhlas atau adakah kerana Umno makin lemah, rakyat makin diperkasa maka Umno jadi takut kepada rakyat maka ikut sahaja apa yang diminta rakyat.
"Apakah kerana takut kepada rakyat maka perdana menteri harus tunduk dan memberi apa sahaja yang diminta sampai ke Sabah dan Sarawak?
"Kita harap ada keikhlasan pada pemimpin Umno dalam mengkebajikan program-programnya," katanya.
Turut menjadi panel forum sempena Konvensyen Fiqh Politik itu ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkely Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli manakala ahli akademik, Dr. Maszlee Malik sebagai moderator.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan