Pegawai yang enggan namanya disiarkan itu mengakui bahawa penyelenggaraan berkenaan, seperti dinyatakan dalam laporan ketua audit, sememangnya dibuat untuk rumah yang tidak wujud.
Namun, beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak tahu menahu mengenai perkara itu kerana tidak dimaklumkan mengenainya sebelum ini.

"Tak ada siapa yang boleh jawab isu ini. Dia sahaja yang boleh jawab," katanya.

"Kita serah pada polis, SPRM dan pihak bertanggungjawab untuk siasat isu ini," katanya.
Sementara itu, Abdul Rahman ketika dihubungi pula enggan memberi kebenaran kepadaMalaysiakini untuk menyiarkan kenyataannya bagi mengulas dakwaan terbabit.
Laporan berkenaan, yang dilaporkan Malaysiakini pada hari Rabu lalu menyebut, kerajaan Kedah membayar kontraktor untuk kerja pembaikan rumah kos rendah yang tidak wujud.
Semakan audit turut mendapati lima kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan berjumlah RM2.55 juta pada tahun 2010 dan 2011 di dua Program Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) di Taman Seri Gemilang dan Flat Seberang Terus serta lima PAKR lain tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).
Menurut laporan itu lagi, pengarah bagi lima syarikat kontraktor tersebut mempunyai hubungan antara satu sama lain serta satu daripada lima kontraktor tersebut tidak wujud dalam rekod pendaftaran syarikat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan