Abdullah Noor meninggal
Salmah Mat Husain, | 20 Nov 2012 |
Tuan Guru berkesempatan singgah untuk menunaikan solat berkenaan setelah selesai bermuktamar di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) Ahad kelmarin.
Allahyarham disemadikan di tanah perkuburan itu kira-kira jam 12 tengahari pada 18 November lalu yang diimamkan bekas Speaker Dun Kelantan, Datuk Hussin Awang.
Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada hari kedua Muktamar PAS Pusat Ke-58, iaitu pada 17 November lalu dipercayai masaalah jantung.
Allahyarham Abdullah (gambar)meninggal dunia kira-kira jam 10.10 malam di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.
Meninggalkan seorang balu Siti Aminah Hamzah, 59, enam orang anak serta tujuh orang cucu.
Allahyarham merupakan seorang aktivis yang istiqamah dalam perjuangan sama ada sewaktu bertugas sebagai Setiausaha Kerja PAS Terengganu atau sekembalinya ke Besut.
Sejak berusia 18 tahun lagi anak kelahiran Gong Pasir, Kerandang, Besut itu telah aktif dalam pergerakan Islam biarpun hanya ditawarkan pada ganjaran yang kecil.
Diberi tanggungjawab sebagai AJK PAS Kawasan Besut dan seterusnya Pengerusi Tetap PAS kawasan berkenaan hingga akhir hayatnya.
Sementara itu PAS Kawasan Besut menyifatkan pemergian allahyarham suatu kehilangan besar pada PAS Terengganu khususnya Besut dan jemaah seluruhnya.
Yang Dipertuanya, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, berkata allahyarham istiqamah dalam perjuangan, meletakkan kepentingan perjuangan melebihi dari peribadi.
“Kami saf pimpinan PAS Besut mengucapkan takziah pada keluarga allahyarham di atas kematian insan yang tersayang.
“Sama-samalah kita berdoa semoga allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh, insyaallah,”ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.
Sementara itu, anak kedua allahyarham Alida, 37 ketika dihubungi mengucapkan terima kasih pada saf pimpinan semua peringkat sama ada Badan Perhubungan PAS Terengganu atau PAS Besut.
Beliau yang juga Ketua Penerangan Muslimat PAS Johor Bharu seterusnya berkata, Ustaz Azhar, Setiausahanya Aminuddin Mohammad termasuk Setiausaha Kerja, Nik Hassan Azmi Nik Mat, sentiasa menziarahi arwah sama ada ketika sakit termasuk dihari kematian.
“Saya mewakili keluarga juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Tuan Guru kerana kesebukkan beliau sempat lagi singgah ke pusara ayah, terima kasih banyak pada semua yang bertanyak khabar dan menguruskan jenazah allahyarham,”ujarnya.
Menurut Alida kesihatan ayahnya tidak mengizinkan sewaktu menyambut Aidiladha yang lalu.
Bagaimanapun ianya disahkan mengidap penyakit jantung sehari sebelum meninggal dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan