Awasi Dengan Fitnah, Selidiki Setiap Maklumat |
Posted on Monday, November 05 @ 06:33:24 MYT by tokdalang
Oleh Mohd Sayuti Omar
Semalam saya telah menasihati seorang rakan Fb saya agar membuang maklumat berbau fitnah ke atas Nurul Izzah yang dipostingkan ke dalam wallnya, kononnya Izzah bersetuju orangMelayu bebas memilih agama yang hendak dianutinya. Saya sudah tidak percaya kalau Nurul Izzah yang didik dengan Islam sejak kecil mengubah pegangan dengan menerima kebebasan beragama seperti dimaksudkan dari posting itu.
Sebenarnya rakan itu bebas melakukan apa saja walaupun fitnah, itu hak dia, tetapi kerana dia rakan saya menyebabkan rakan-rakan saya yang lain juga dapat membaca atau ikut sama terpalit dengan dosa fitnah itu. Sebab itu saya meminta ia membuangnya. Saya tidak pasti apakah rakan Fb saya itu - merupakan seorang kuat menyokong Ibrahim Ali bertindak seperti mana saya suruh. Saya akan mengambil tindakan melucutkan keahliannya (sebagai kawan saya) kalau rakan itu tidak berbuat demikian, atau didapati tuduhan ke atas Nurul Izzah itu fitnah. Tidak ada guna saya memelihara rakan yang tidak waras dan penuh dengan hasad dengki. Bagi saya, kalau berita itu benar dan tidak berunsur provokasi melampau dan fitnah boleh dibiarkan. Tetapi kalau ia sudah melampau saya tidak tergamak membiarkan fitnah tersebar dalam wall Fb. Saya tidak suka kalau fitnah murahan dilambakkan sama ke dalam wall saya. Saya tidak mahu bersubahat. Mungkin maklumat yang diperolehi oleh rakan Fb saya itu benar seperti mana diterimanya. Tetapi sejauh mana kebenarannya dia tidak menilai, melainkan menelannya seperti belut menelan tahi adalah salah baginya. Sepatutnya perkara-perkara melibatkan fitnah, soal agama, bangsa dan apa-apa sekali pun tidak boleh mudah diterima. Fikir dengan akal waras dan panjang terlebih dahulu. Allah memberikan kita akal fikiran untuk menilai apakah yang kita terima dan disuakan kepada kita itu benar atau tidak. Janganlah sia-siakan sesuatu anugerah yang termahal dari Allah. Kemuliaan manusia yang digezetkan oleh Tuhan itu ialah apabila dia menggunakan akal fikiran dengan sesempurnanya. Manusia tidak boleh menganggap dirinya mulia dan merupakan makhluk teragung di sisi Allah kalau ia tidak menggunakan kemuliaan itu atau pun tahu akan kegunaan kemuliaan itu. Bahkan manusia yang sebegitu hampir sama dengan haiwan-haiwan seperti katak, ular, lipan, chimpazee dan sebagainya. Apa pun sumber yang kita terima tidak boleh ditelan bulat-bulat. Ini termasuklah dari orang yang kita taksubi. Walaupun kita menyokong seseorang tetapi tidak bermakna apa sumber dan perkara diberikan kita terima begitu saja tanpa sensor oleh akal fikiran. Apa lagi kalau sumber itu ada masalah dengan pihak-pihak tertentu ia makin tidak boleh dipercayai. Sebelum kita menerimanya sebagai benar dan mengambil tindakan menyebarkan, fikir dan kaji dulu, guna logik fikiran jika tidak ia menjadi fitnah kering yang merugikan semua orang. Jangan ambil kira apakah ia baik atau tidak, setiap patah dikelaurkan dari mulutnya (orang bermasalah) hendaklah dinilai dan disemak dengan ayat-ayat al-Qur'an. Naif sangatlah kalau menerima seadanya begitu sahaja. Begitu juga dengan apa disiarkan oleh media yang selamanya dikenali sebagai musuh dan berniat jahat kepada seseorang itu. Bukan sahaja terhadap Nurul Izzah tetapi sesiapa juga. Media yang jahat akan membawa misi dan agenda kejahatan bila-bila masa sahaja. Selamanya ia akan menyembunyikan kebenaran kerana media berkenaan sudah ditunggang oleh syaitan dikenali. Dan pagi ini semasa saya minum pagi ada seorang pelanggan kedai itu membaca surat khabar Utusan Malaysia. Kebetulan ia mengangkat agak tinggi helaian yang dibaca itu menyebabkan saya tersilau berita mengenai Nurul Izzah yang maksudnya sama yang disampaikan oleh rakan Fb saya itu. Dalam hati tersebut, mungkin berita Nurul Izzah itu seperti mana yang cuba disebarluaskan oleh rakan Fb saya. Sebenatar kemudian, pembaca akhbar itu, (tentu orang Umno sebab mirip wakjah) berkata; Nurul "Izzah kata orang Melayu boleh pilih agamanya". Begitu terdengar, hati saya berdetak dan telinga terus menjadi panas. Jerat fitnah yang dilemparkan oleh akhbar itu sudah pun mengena, bisik hati saya. Walaupun saya tidak pasti apakah yang membaca itu mempercayainya atau tidak, tetapi saya dapat mengagak bila dia membaca akhabr Utusan menunjukkan dia seorang yang menjadikan Utusansebagai hadith sahiah. Alangkan malangnya. Saya terus menghubungi Nuruk Izzah untuk mendapat penjelasan terhadap apa yang ditulis oleh akhbar berkenaan. Izzah tidak sempat angkat kemudian saya menghantarsms berbunyi: Izzah komen sikit fitnah Utusa hari ni... uncle nak ulas dalam blog.. MSO. Tidak sampai dua minit Nurul Izzah call dan saya meminta dia membuat komen terhadap berita berkenaan. Mungkin kerana beliau sudah berada di parlimen, menyebabkan percakapan tidak lama dan Izzah minta email saya untuk dikirimkan komentarnya. Berikut adalah kenyataan ringkas Nurul Izzah yang dirikimkan kepada saya; Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?" sebagai seorang panelis. Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan - "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)...." - daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia. Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan. Saya kesal kerana ada usaha kalangan yang cuba memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad. Saya cenderung mendukung program pendididkan dan daawah utk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam. Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama. Nurul Izzah Anwar 4 November 2012 Itulah kenyataan Nurul Izzah yang dihantar kepada saya. Orang yang tidak begong dan ibunya tidak mengidamkan daging babi semasa mengandungkannya, akan dapat menilai apakah apakah maksud dan mesej pengucapan dan penjelasan Nurul Izzah sebenarnya. Bahawa dia memberi pendapat itu berdasarkan kebenaran dan perintah Allah di dalam al-Qur'an bahawa tidak ada paksaan ke atas seseorang untuk beragama. Agamamu untukmu agamaku untuku. Namun beliau menerima dan berpegang bila seseorang itu sudah memeluk agama Islam ia hendaklah kejap dengan agamanya, istiqamah dengan segala ajarannya; iaini berpegang kepada syariat Islam, halal haram dan sebagainya. Ini bermaksud apa-apa perbuatan si pemeluk itu ke atas agamanya yang boleh mendatangkan kecemaran kepada Islam pasti akan ditentangnya. Semisalnya kalau seseorang itu murtad hendaklah ia dikenakan hukuman kerana perbuatan itu mencemarkan kesucian Islam. Susah sangatkah untuk memahami pernyataan Nurul Izzah itu. Hanya orang yang begong berniat jahat dan ibunya semasa mengandungkan dia memakan daging babi saja akan sukar untuk memahaminya. Ia akan cenderong untuk melebarkan (elaborate) pernyataan itu ke arah songsang dan mencemarkan agama dan juga kemurinan akidah Nuruk Izzah sendiri. Kekesalan Nurul Izzah terhadap pemutarbelitan kenyataan itu tepatlah yang saya bayangkan. Bahawa saya percaya seratus peratus kenyataan jawaban Izzah itu diputar belitkan oleh jari jemari syaitan dikenali dengan harapan untuk memburukkan reputasi Izzah sebagai serorang Islam dan pemimpin masa depan negara. Saya ingin persoalkan disini, ini pun kalau ianya masih relevan, dimanakah sikap tanggungjawab dan moral pegarang akhbar berkenaan. Sepatutnya apa yang berlaku kalau dia jahil dan fasik dia bertanya kepada orang yang airf dan alim mengenainya. Namun kerana niat jahat sudah tersemin dihati, segala yang betul pun diputar apa lagi hal-hal yang kabur baginya. Yang mendapat bahana dan kecelakaannya di dalam hal ini ialah pembaca akhbar berkenaan yang tidak pernah menggunakan akal ketiga untuk menilai setiap laporan sejauh mana kebenaran dan ketapatannya. Kalau ianya ditelan berseorangan dosa itu hanya berkembang dalam dirinya dan kalau ia turut menceritakan kepada orang lain maka dosa itu menjadi lebih panjang melingkari dirinya sampai ke pintu neraka |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan