ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Rabu, 7 November 2012


Jangan tuduh sebelum rujuk kenyataan asal

Hazayani Zakaria,07 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Semua pihak harus merujuk kenyataan asal seseorang itu sebelum membuat sebarang tuduhan khususnya isu melibatkan agama.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim dan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz tidak merujuk kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam  forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?, Sabtu lalu.

Sebaliknya beliau berkata, kedua-duanya terus membuat andaian bahawa Izzah bersetuju dengan tindakan orang Melayu memlih agama yang disukai.

"Dalam dewan ini, kenyataan yang dibuat sebenarnya tidak dirujuk kepada apa yang sebenarnya disebutkan (Ahli Parlimen) Lembah Pantai dalam forum yang dihadirinya walaupun beliau telah membuat penjelasan bahawa kenyataannya disalah erti.

"Saya meminta timbalan menteri sebelum membuat apa-apa tuduhan ke atas Yang Berhormat Lembah Pantai, merujuk dahulu secara tepat kenyataan yang dibuat oleh Lembah Pantai," kata beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum itu, Mohamad Aziz juga dalam soalan tambahannya mendakwa Izzah mengeluarkan kenyataan bahawa orang Islam berhak keluar Islam dan memilih agama yang diminati.

Istilah Kafir Harbi

Terdahulu, Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani mempersoal sikap berdiam diri kerajaan dalam isu guru pondok,
Abdullah Sa'amah yang mengeluarkan kenyataan bahawa haram bagi umat Islam menyokong DAP yang dikatakan secara terang-terangan menentang hukum Islam.

Namun Abdullah berkata, MCA yang lantang menentang hukum hudud disifatkan Abdullah sebagai "bukan kafir harbi kerana tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya".

"Kenapakah kerajaan ada double standard dalam tindakan yg diambil. Jika melibatkan Pakatan Rakyat cepat ambil tindakan.
Kalau melibatkan Umno, diam sahaja.

"Adakah benar DAP kafir harbi dan apakah tindakan yang diambil terhadap ustaz tersebut dan Utusan Malaysia yang mengeluarkan laporan itu? soalnya.

Tanpa memfokuskan mengenai kenyataan Abdullah itu, Mashitah dalam jawapannya berkata, mana-mana orang bukan ISlam boleh disifatkan sebagai kafir harbi jika secara terang-terangan menentang Islam.

"Iistilahnya senang sahaja. Sekiranya bukan Islam itu menentang kepada Islam, mengeluarkan kenyataan-kenyataan seperti mengecop bahawa syariah Islam ektsremisme dengan terang-terang menyebut tidak mahu Islam. 'Tak kiralah nak langkah mayat atau tidakkah'.

"Ataupun merasakan, mempertahankan maruah Islam itu sesuatu yang membazir dan buang masa. Maka jelas ianya sesuatu yang menentang kepada Islam.

"Tetapi mereka bukan Islam boleh patuh pada Perdana Menteri beragama Islam, patuh kepada perjanjian kontrak sosial di dalam Perlembagaan Persekutuan diboleh dikategorikan kafir zimmi yang boleh dijadikan sahabat," katanya.

Amran dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menyatakan langkah yang diambil bagi mengawal pengeluaran fatwa oleh individu yang tidak diiktiraf yang boleh mengelirukan umat Islam terutamanya istilah "kafir Harbi" tindakan undang-undang yang akan diambil bagi mengelak agar ia terus berulang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan