ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Isnin, 26 November 2012


Jauhilah Golongan Yang Zalim: Peringatan Dari Imam Al Ghazali.
Posted on Monday, November 26 @ 00:03:47 MYT by paktam
Oleh: Tok Janggut
Dalam isu menghadapi golongan atau pemerintah yang melakukan kezaliman terhadap rakyat, Imam Al Ghazali telah memberikan beberapa nasihat. Antaranya ialah:-
“Janganlah kamu bergaul dengan pemimpin dan pembesar yang zalim, malahan jangan sekali-kali bertemu dengan mereka. Berjumpa dan bergaul dengan mereka banyak padahnya. Dan sekiranya kamu terpaksa, janganlah kamu memuji mereka kerana Allah sangat murka apabila orang fasik dan zalim dipuji. Sekiranya sesiap mendoakan golongan zalim ini dipanjangkan umur, maka sebenarnya mereka suka akan kezaliman itu terus berlaku dan Allah didurhakai sepanjang waktu”.



“Janganlah kamu menerima apa-apa pemberian daripada pembesar atau pemimpin yang zalim walaupun kamu tahu bahawa pemberian itu dari sumber yang halal. Sikap tamakan pemberian samada berupa hadiah, wang atau sebagainya akan merosakan agama, kerana dari pemberian itu kelak akan menimbulkan rasa simpati kamu terhadap mereka.
Maka kamu akan mula menjaga kepentingan, kekuasaan dan apa sahaja kehendak golongan zalim itu dan akan berdiam diri terhadap apa sahaja kezaliman yang dilakukan. Ini semua akan merosakan agama, masyarakat dan negara. Sekecil-kecil mudarat ialah apabila kamu menerima pemberian mereka, kamu akan menjadi sayang terhadap mereka pula. Seterusnya kamu akan mendoakan mereka agar kekal lama berkuasa dan berada terus pada kedudukan mereka.”
“Mengharapkan golongan zalim dan fasik itu kekal lama berkuasa dan berada ditempatnya adalah sama seperti mengharapkan kezaliman itu akan terus berpanjangan tanpa kesudahanya terhadap hamba-hamba Allah dan agar alam, negara dan masyarakat musnah sepenuhnya. Dan yang paling buruk ialah kemusnahan kepada Islam itu sendiri”.
“Kamu harus berwaspada agar tidak disesatkan oleh syaitan (termasuk syaitan dari kalangan manusia) melalui kata-kata manis mereka kepada kamu seperti: ‘Lebih baik kamu ambil sahaja wang, hadiah atau sebagainya yang mereka berikan itu dan kamu boleh membahagikanya kepada orang miskin, kalau kamu menolaknya, maka mereka akan menggunakan wang tersebut untuk tujuan maksiat dan mungkar’. Sesungguhnya terlalu ramai manusia disesatkan oleh syaitan (termasuk syaitan dari kalangan manusia) dengan cara ini.”
Ingatlah bahawa: Riak itu dikalungkan kepada orang yang kuat beribadah! Tamak itu dikalungkan kepada orang kaya dan banyak harta! Zalim itu dikalungkan kepada pemimpin/pembesar dan penguasa. Hanya golongan yang benar-benar ikhlas, beriman dan bertaqwa serta mendapat hidayah dari Allah sahaja yang selamat dari sifat tamak, riak dan zalim itu.
Hayatilah peringatan Allah dan Rasul kita agar kita tidak bersekongkol dan bersubahat dengan golongan yang jelas melakukan kezaliman secara terang supaya kita tidak disambar oleh api neraka kelak:
“Janganlah kamu cenderong kepada golongan yang zalim (samada menyokong/mempertahan dan bersama mereka), nescaya kamu akan disambar oleh api neraka”.(Firman Allah)
“Esok, akan ada raja, pemimpin dan penguasa yang datang mengumpulkan rakyat serta melakukan kezaliman dan berbohong kepada mereka, maka barangsiapa ikut kepada raja/pemimpin/penguasa ini dan membenarkan kezaliman dan pembohongan mereka maka mereka bukanlah dari golonganku” (Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Ya’la dan Ibnu Hibban).
“Sabda Nabi” “Terdapat seorang lelaki berpakaian yang lusuh lalu berdoa kepada Allah dengan katanya: Ya Robbi! Ya Robbi! sambil mendahkan tanganya ke langit. Bagaimanakah Allah akan mengabulkan doanya sedangkan pakainya, minumanya dan makananya adalah dari sumber yang haram” (HR Imam Muslim).
Dan inilah yang berlaku sekarang ini, ramai yang berlumba-lumba bagi lembu buat Qurban sehinggakan berpuluh ekor, bagi wang pada anak yatim , orang miskin dan masjid serta madrasah, sedangkan wang tersebut adalah dari hasil riba, rasuah, penipuan harta negara dan rakyat. Adakah Allah akan menerima semua itu sebagai ibadah? Tentu tidak sekali-kali.
Firman Allah: “Sesiapa yang tidak memutuskan sesuatu hukuman itu berdasarkan hukum Allah, maka dia adalah zalim” (Al Maidah ayat 45).
Sabda Nabi: “Allah tidak akan menerima solat seseorang pemimpin yang memutuskan sesuatu hukum/keputusan itu selain dengan cara yang diturunkan oleh Allah” (HR Hakim dari Talhah bin Ubaid”.
Dan yang terakhir untuk kita renungkan bersama Sabda Nabi: “Hamim itu ada tiga golongan. Satu golongan masuk syurga dan dua lagi masuk ke neraka. Mana-mana Hakim yang tahu akan kebenaran dan memutuskan sesuatu hukuman itu dengan benar, maka ia akan masuk syurga manakala mana-mana hakim itu tahu akan kebenaran tetapi memutuskan satu-satu hukuman itu secara curang, palsu dan penipuan secara sengaja maka dia akan masuk neraka, mana satu golongan hakim lagi yang memutuskan sesuatu hukuman itu dalam keadaan jahil maka dia akan ke neraka juga” (HR Abu Daud, At Tharmuzi dan Ibnu Hibban).
Kini kita sedar ramai hakim yang menjatuhkan hukuman bukan berdasarkan apa yang diwahyukan oleh Allah dan yang diajarkan oleh Nabi tetapi menjatuhkan hukuman atas arahan dan keputusan pemerintah yang zalim dan fasik. Oleh kerana mereka khianat dan tidak amanah dengan kerjaya mereka, apakah gaji yang mereka ambil itu halal atau haram? Begitu juga pemimpin yang menang dalam pilihanraya secara menipu, apakah gaji dan elaun mereka itu halal atau haram? Begitulah Sabda Nabi kita bahawa “Setiap yang masuk ke dalam perut itu dari sumber yang haram, maka nerakalah yang layak baginya”. Termasuklah mengambil hak rakyat dan hak negara tanpa sah.
Dalam isu MURTAD, pembaca diminta merujuk kepda Kitab Mustika Hadis keluaran Jabatan Perdana Menteri Jilid Kedua yang ditandatangani oleh bekas PM Tun Mahathir. Disana pembaca boleh mengetahui bagaimanakah seseorang itu boleh menjadi Murtad/batal iman samada melalui percakapan, melalui perbuatan dan melalui hati. Bacalah dan kemudian bandingkanlah dengan kenyataan pemimpin UMNO termasuk Tun Mahathir dan Dato Najib yang berkaitan dengan syariat Allah termasuk hudud dengan buku tersebut, kemudian fikirkanlah. Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan