ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Selasa, 18 Disember 2012



AKUAN BERSUMPAH 2 BALA!!! Seorang peguam kanan dan SPRM mula panas punggung…..

0
0
  

- PASPB

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diheret dengan skandal seks, wang dan pembunuhan penuh dengan persoalan panel operasi yang dikaitkan dengan firma undang-undang dalam akuan bersumpah kedua P Balasubramaniam mengenai kematian Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.
Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim (gambar) hari ini berkata, lima orang ahli dalam SPRM bertanggungjawab dalam menutup fail tersebut mungkin mempunyai campurtangan secara langsung untuk melakukan sedemikian, menimbulkan persoalan sama ada terdapat percubaan melindungi jenayah tersebut melibatkan dua orang polis komando yang bakal menghadapi hukuman mati dan penyiasat persendirian itu hidup dalam buangan.
Peguam yang kemudiannya menjadi ahli politik itu dalam blognya hari ini mengatakan Peguam Negara dan SPRM menolak untuk menyiasat dakwaan penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang mendapat maklumat dari Abdul Razak Baginda yang telah didakwa telah bersama dengan peniaga permaidani Deepak Jaikishan.
Beliau berkata Balasubramaniam — yang dikenali sebagai PI Bala — membuat kenyataan bersumpah kedua dengan membatalkan akuan bersumpah pertama sehari sebelumnya, bahawa polis telah menekan saksi utama untuk melindungi pemimpin utama politik, termasuk perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dalam skandal pembunuhan ini.
“Dalam akuan bersumpah kedua (yang) telah disediakan oleh peguam yang dikenali tetapi beliau (sendiri) tidak kenal. Deepak menamakan nama peguam ini dalam temuramah di Harakah.
“Jika siasatan ini diteliti lebih lanjut, kita akan dapat melihat bahawa peguam yang sama juga menjadi ahli panel operasi SPRM,” kata Zaid yang merupakan menteri de-facto undang-undang ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Bagaimanapun, beliau tidak menamakan peguam tersebut.
“Panel inilah yang menentukan tidak ada bukti untuk menyiasat dakwaan yang dilakukan oleh Bala atau Deepak,” kata Zaid.
Peguam Americk Singh Sidhu, yang mewakili penyiasat persendirian itu yang kini menyembunyikan diri, memberitahu The Malaysian Insider, ketika berhubung dengan Balasubramaniam, beliau tidak pernah mendedahkan identiti peguam kerana tidak menyedari pekerjaan individu terbabit. Bagaimanapun, beliau menyatakan identiti peguam tersebut boleh didapati di laman web SPRM, yangm menyenaraikan lapan orang sebagai ahli panel operasi semakan.
Salah seorang dari lapan orang tersebut ialah peguam,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.
Dakwaan Zaid bermula dari kenyataan aktivis politik, Haris Ibrahim, yang semalam berkata beliau akan melobi Majlis Peguam untuk mendedahkan identiti peguam senior yang menurut beliau menulis akuan bersumpah kedua Balasubramaniam.
Haris, yang tidak lagi menjadi peguam, berkata beliau akan memfailkan permohonan kepada majlis tersebut, untuk mendedahkan peguam senior yang telah “kesalahan serius” dengan mereka-reka akuan bersumpah tanpa berbincang dengan Balasubramaniam.
“Terdapat banyak bukti untuk Majlis Peguam untuk menyiasat perkara ini, jika pandangan Majlis Peguam sama seperti saya dan peguam-peguam lain, mereka akan menyiasat dan menyelesaikan perkara ini,” kata Haris yang dihubungi The Malaysian Insider.
Haris menjelaskan bahawa pada masa lalu, identiti peguam dibelakang akuan bersumpah kedua tersebut kekal “misteri”, tetapi telah didedahkan oleh Deepak sendiri, ketika temurama bersama lidah rasmi PAS, Harakah.
Dalam temuramah tersebut, yang telah dirakamkan dan dimuatnaik oleh Harakah dalam ruangan TVPAS di Youtube, peniaga permaidani itu telah menyebut nama peguam tersebut dalam menerangkan penglibatan beliau dalam akuan bersumpah kedua Bala, tetapi pada minit 14:39 klip tersebut, nama itu telah dipadamkan.
NONE
“Adakah ramai orang mengenali identiti peguam ini? Deepak, PAS TV, dan pastinya editor-editor mereka. Kita mungkin boleh menyiasat dan mendedahkan individu ini,” kata Haris lagi.
Dalam blog aktivis tersebut Jumaat lalu, Haris telah menerangkan niatnya kepada Majlis Peguam dan mengugut akan mendedahkan nama peguam terbabit jika permintaannya tidak ditunaikan selepas 14 hari.
Beliau berkata, beliau mengetahui identiti peguam yang bergelar “Tan Sri” dari tiga sumber bebas dan boleh dipercayai, dan tidak teragak-agak untuk mendedahkannya jika perlu.
Akuan bersumpah kedua Balasubramaniam dikeluarkan sehari selepas yang pertama pada 3 Julai, 2008, berkenaan dengan pembunuhan Altantuya pada tahun 2006, dimana dua orang polis komando elit telah didapati bersalah dan menghadapi hukuman mati.
Dalam sidang medianya yang kemudian, Balasubramaniam, ditemani oleh peguam M. Arulampalam telah menarik balik akuan bersumpah pertamanya, yang mengatakan beliau dipaksa untuk menandatanganinya.
Beliau kemudian membuat akuan bersumpah kedua, yang kemudiannya didakwa beliau pada 2009 dilakukan oleh peguam lain tanpa persetujuannya.
Deepak menjadi sebutan apabila blogger Raja Petra Kamaruddin mendedahkan peranannya dalam penyiasat persendirian itu menarik akuan bersumpah pertamanya.-malaysian insider

Senior lawyer and son in spotlight over Bala’s SD2…
A senior lawyer and his son, also a lawyer, has been dragged into the limelight in the latest expose by carpet trader Deepak Jaikishan on what allegedly took place over former private-eye P Balasubramaniam’s second statutory declaration (SD) saga.
NONE
This was revealed in a series of explosive revelations by Deepak (left), who claimed to be personally involved in the “flipping” of PI Bala who had just signed an SD earlier linking Prime Minister Najib Abdul Razak with murdered Mongolian national Altantuya Shaariibuu.
The lawyer’s name was supposedly mentioned by Deepak in a video interview with PAS organ Harakah which was posted on YouTube, with the name edited out.
In the interview, the businessperson had related how the senior lawyer had drafted and prepared the document along with the latter’s son, though only his son came to see the other parties involved at a hotel in Kuala Lumpur where the former PI was allegedly “kept”.
The senior lawyer was fingered, though not named, by human rights activist Harris Ibrahim on his blog post three days ago.
The latter has proceeded to lodge a report with the Malaysian Bar earlier today.
Harris, in his letter to the Bar, “formally put this matter before the Bar Council and to ask that an investigation be launched forthwith: to identify the solicitor(s) concerned; and ascertain if there was any impropriety in the preparation of SD2″.
NONE
Bar Council president Lim Chee Wee is expected to issue an official statement tomorrow.
Today, former federal minister Zaid Ibrahim (right) did the same, pointing out that the senior lawyer in question was the same one who sits on one of five Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) panels.
PI Bala had claimed in an interview with Malaysiakini that he signed the second SD out of fear.
However, Deepak’s recent series of revelations painted a different picture, alleging that Bala signed it for money.
Malaysiakini is withholding the name of the senior lawyer and his son pending their response to our inquiries.- malaysiakini


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.net/2012/12/18/akuan-bersumpah-2-bala-seorang-peguam-kanan-dan-sprm-mula-panas-punggung/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan