ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Selasa, 18 Disember 2012



Boleh kata apa saja tentang DAP tetapi jauhi BN

Harakahdaily,17 Dis 2012
KUALA LUMPUR: “Kita tidak boleh dibuai oleh permainan media perdana sejak dua hari yang lepas kerana seperti biasa media perdana itu tugasnya sekarang ialah untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat,” tulis Aspan Alias.


Menulis di dalam blognyahttp://aspanaliasnet.blogspot.com/, beliau menyatakan ini kerana Pakatan Rakyat memang sudah semakin hampir untuk menghampiri Putrajaya yang tidak mungkin mampu dipertahankan oleh BN sekarang ini.

Berikut tulisan penuh beliau.

Media perdana sekarang memainkan isu DAP parti chauvinis dan sebagainya. Media arus perdana memainkan isu DAP sebagai parti Cina kerana tidak ada seorang pun calon Melayu  yang bertanding memenangi walau satu kerusi pun. Hanya yang perlu kita ketahui yang DAP tidak seperti UMNO yang telah membentuk mentaliti ‘quota’ dalam mana Melayu mesti diberikan segala keistimewaan dalam semua hal kerana Melayu yang mempunyai negara ini.

Bangsa lain kononnya hanyalah bangsa yang menumpang sahaja sedangkan sekarang ini seorang kaum Cina itu merupakan generasi keempat berada di dalam negara ini. Bangsa Cina yang lahir sekarang ini tidak tahu pun yang mereka itu bukan bangsa Malaysia (seperti yang di katakan oleh pemimpin UMNO) kerana mereka lahir di sini. Mereka (kaum Cina) tidak ada negeri lain seperti juga orang Melayu yang tidak ada negeri lain selain dari Malaysia ini.

Itu sebabnya kita rakyat semua kaum ingin melakukan perubahan kerana jika tidak dilakukan perubahan itu satu-satunya negara yang kita ada ini akan hanyut ditelan masa kerana tidak berkemampuan untuk wujud mengikut kehendak masa dan zamannya. Kita tidak ada negara lain dari negara ini. Bagi mereka yang telah mengaut kekayaan melalui kuasa yang ada kepada mereka boleh duduk dan mendiami negeri lain kerana mereka adalah kaum yang mewah dan boleh hidup di mana-mana sahaja hasil dari rompakan harta rakyat yang telah berlaku sebegitu lama tanpa had itu.

Baik DAP mahu pun PAS dan PKR, mereka mewakili semua kaum yang menuntut perubahan ini. Dalam usaha menuntut perubahan sememangnya satu usaha yang sangat susah tetapi apa pilihan yang ada kepada rakyat ini. Jika tidak diubah rakyat negara kita sendiri akan berubah menjadi rakyat yang hina di sisi rakyat dan masyarakat antarabangsa yang sedang berubah mengikut kehendak zamannya.

Merata-rata di dunia ini rasuah sudah menjadi perkara yang jelek di sisi mereka. Itulah sebabnya banyak negara dalam dunia sekarang ini telah menolak parti-parti yang memerintah kerana tidak mahu lagi pimpinan yang rasuah. Hanya di negara ini sahaja pemimpin yang rasuah bercakap besar dan menjanjikan kehidupan yang baik di dunia dan akhirat.

Parti Liberal Demokrat Jepun telah disungkurkan oleh rakyat negara itu kerana rasuah. LDP telah menjadi pembangkang dan baru-baru ini LDP telah kembali berkuasa setelah belajar dari pengalaman sendiri Setelah berubah semasa berada di petak pembangkang di parlimennya beberapa tahun baru-baru ini LDP telah kembali memerintah setelah belajar betapa buruk dan hinanya rasuah yang mereka lakukan semasa memerintah selama 50 tahun dahulu.

Jika di Jepun rakyatnya boleh berubah tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh melakukan perubahan itu. Jika LDP telah belajar yang rasuah itu buruk dan hina semasa dalam pembangkang dahulu, UMNO juga akan belajar perkara yang sama jika kita paksa UMNO belajar seperti pelajaran yang di lalui oleh LDP Jepun itu.

Parti Kongres India tersungkur di hadapan parti Jenata dahulu, kini Kongress India telah kembali berkuasa dengan kepimpinan yang lebih baik. Lama juga tempoh Kongres berada di pihak pembangkang tetapi akhirnya parti Kongres India telah belajar pengajaran yang baik dan kini kembali menerajui pimpinan negara yang mempunyai demokrasi yang terbesar di Asia ini.

DAP bersama dengan PAS serta PKR sedang memainkan peranan memberikan pelajaran kepada kepimpinan UMNO dengan memberikan pimpinan alternatif seperti apa yang diberikan oleh parti Janata kepada rakyat India dahulu. Rakyat terpaksa melakukan ini kerana itu sahaja yang boleh membuktikan kepada kepimpinan yang rasuah dan lalai itu yang rasuah dan menyalahgunakan kuasa itu adalah kerja hina di sisi masyarakat, apatah lagi di sisi agama suci kita.

Kesalahan rasuah yang keterlaluan ini tidak boleh ditutupi dengan BRIM. PRIM atau apa-apa yang ‘RIM’ yang lain. Masakan rakyat boleh terpikat dengan imbuhan-imbuhan yang diberikan sejemput itu berbanding dengan berkepuk-kepuk wang mereka (rakyat) yang telah di larikan oleh pimpinan kita untuk kepentingan mereka dan kroni serta keluarga mereka dengan tidak ada segan silu itu.

Isu Melayu kalah dalam pertandingan merebut CEC DAP menjadi isu oleh pimpinan BN termasuk oleh Perdana Menteri sendiri. Melayu baru hendak bertunas di dalam DAP dan dengan kehadiran beberapa orang Melayu dan Bumiputera yang dilantik untuk bersama-sama dalam CEC itu menunjukkan yang DAP serius dalam membawa parti itu menjadi parti ‘multi-racial’. MCA yang begitu lama usianya masih tidak ada seorang pun Melayu atau Bumiputera di dalamnya dan parti yang uzur itu merupakan parti yang sebenar-benarnya ‘chauvinistic’ dengan pandangan anti melayu dan Islamnya yang begitu mendalam.

Baik dari sudut mana pun kita pandang DAP itu ia tetap parti yang lebih ‘multiracial’ jika dibandingkan dengam MCA, rakan kongsi BN yang kedua terbesar itu. Oleh kerana saya belum lagi sampai usia keahlian saya selama 2 tahun maka saya tidak dapat untuk menawarkan apa-apa dalam pemilihan CEC baru-baru ini. Jika kalau perlembagaan parti itu sudah membolehkan saya bertanding saya akan menawarkan untuk bertanding dalam pemilihan itu.

Kita tidak boleh dibuai oleh permainan media perdana sejak dua hari yang lepas kerana seperti biasa media perdana itu tugasnya sekarang ialah untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat kerana Pakatan Rakyat memang sudah semakin hampir untuk menghampiri Putrajaya yang tidak mungkin mampu dipertahankan oleh BN sekarang ini.

Tetapi apa yang saya perkatakan ini hanya mengikut kemampuan kita berfikir kerana yang penentu terakhirnya tetap Tuhan yang Maha Kuasa. Itulah sebabnya setiap tindakan kita mesti diiringi dengan doa dan munajat kepada Tuhan kerana Tuhan sahaja yang akan memberikan keputusannya.

Tuhan telah memberikan pesan dan kenyataan kepada kita, ‘apa yang Ku berikan kepada mu itu, adalah yang terbaik bagi mu’. Kita terima sahaja apa-apa ketentuan Tuhan. Itu sebabnya Pakatan Rakyat jangan mengambil alih kerja Tuhan seperti yang dilakukan oleh BN. BN dan pimpinannya selalu berkata  “hanya BN dan UMNO sahaja yang boleh menentukan masa depan kamu semua. Kalau kamu pilih Pakatan Rakyat kamu semua termasuk agama kamu akan terhakis dan Melayu akan hilang di dunia ini”.

Tetapi mereka (pimpinan BN) tidak menyedari Melayu telah mula hilang dunianya walaupun mereka (melayu) telah memerintah selama lebih dari 5 dekad. Jangan terpengaruh dengan ungkapan yang merugikan kita dari pimpinan BN kerana kita tidak boleh menerima kata-kata pimpinan yang fasik semata-mata untuk kebaikan kita semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan