Kes Sg Petani: Pergaduhan biasa antara remaja
Harakahdaily, | 21 Dis 2012 |
"Cumanya ianya melibatkan dua kaum," kata Johari, ahli Majlis Tertinggi PKR, dalam kenyataannya.
Menurut beliau, ada pihak yang mengambil kesempatan menyalakan api perkauman dan meyebarkan berita yang direka dan khabar angin.
"Tiada kematian dan tiada rusuhan di Sungai Petani. Polis mengawal keadaan sepenuhnya malah sudah ada tangkapan oleh polis terhadap penyebar khabar angin dan berita palsu," kata Johari dalam kenyataannya.
"Saya amat-amat berharap teman-teman membantu saya dan polis memadamkan berita yang tidak betul ini dan meyakinkan rakyat yang keadaan sudah kembali normal," katanya.
Baru-baru ini, khabar angin disebarkan melalui facebook dan blog kononnya berlaku pergaduhan antara kaum berlaku di Sungai Petani.
Ia menyebabkan pelbagai spekulasi berlaku dan melahirkan ketakutan di kalangan orang ramai.
Katanya semua tahanan yang berumur antara 18 hingga 30-an itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di Sungai Petani.
Beliau berkata tangkapan terakhir dibuat pada 4.30 pagi tadi di sekitar Sungai Petani dan akan menahan beberapa lagi suspek berdasarkan maklumat yang diperoleh menerusi soal siasat ke atas tahanan.
"Kita tangkap semua yang terlibat. Polis tak akan berkompromi dengan sesiapa yang melakukan provokasi sehingga mencetuskan keadaan hura-hara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di Alor Setar hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan