ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Rabu, 19 Disember 2012


Majlis Peguam mahu bukti kukuh tentang penglibatan peguam dalam akuan bersumpah Bala



Oleh Clara Chooi
Penolong Pengarang Berita
KUALA LUMPUR, 18 Dis — Majlis Peguam mahu bukti kukuh berkenaan penglibatan peguam yang menulis akuan bersumpah kedua P Balasubramaniam tentang pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006, berkata spekulasi tentang identiti individu ini hanya mengakibatkan “kekeliruan yang tidak perlu”.
Dalam kenyataan medianya, presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata, menurut laporan dari Haris Ibrahim semalam, terdapat keraguan terhadap permintaan aktivis politik itu untuk majlis tersebut menyiasat.
“Bagi kami, Haris Ibrahim mungkin mengetahui identiti peguam ini. Ini mencetuskan spekulasi dan kekeliruan yang tidak diperlukan,” kata Lim.
“Majlis Peguam telah melihat keadaan ini dengan serius, dan menjemput kepada mereka yang mempunyai bukti untuk datang secara terbuka.
“Jika terdapat bukti yang menunjukkan salahlaku, sila laporkan bersama bukti bersama aduan kepada Badan Disiplin,” katanya dengan menambah, Majlis Peguam akan membantu untuk perkara ini.
Dalam laporannya, Haris meminta agar siasatan terhadap seorang peguam, yang beliau mendakwa melakukan salahlaku dengan menulis akuan bersumpah kedua Balasubramaniam tanpa merujuk kepada penyiasat persendirian itu.
Tetapi The Malaysian Insider difahamkan bahawa ahli senior dalam Majlis Peguam tersebut merupakan peguam yang bergelar “Tan Sri” yang menulis akuan bersumpah itu tidak melakukan salahlaku, walaupun tidak berbincang dengan Balasubramaniam sebelum menyediakan dokumen penting itu.
“Tugas peguamnya adalah untuk anak guamnya,” kata seorang ahli Majlis Peguam, yang bersetuju jika peguam tersebut tidak melanggar peraturan profesion undang-undangnya untuk anak guamnya.
Akuan bersumpah kedua Balasubramaniam dikeluarkan sehari selepas beliau mengeluarkan akuan bersumpah pertama pada 3 Julai, 2008 berkenaan dengan kematian Altantuya pada tahun 2006, di mana dua polis komando elit telah disabitkan kesalahan dan menghadapi hukuman mati.
Dalam sidang medianya kemudian, Balasubramaniam, ditemani oleh peguamnya M Arulampalam menarik balik akuan bersumpah pertamanya dengan mendakwa ditandatangani dengan paksa.
Beliau kemudian mengeluarkan akuan bersumpah kedua, yang beliau dakwa pada 2009, disediakan oleh seorang peguam bergelar “Tan Sri” tanpa pengetahuannya.
Nama peguam tersebut baru-baru ini didedahkan oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan ketika temubual bersama lidah rasmi parti PAS, Harakah.
Dalam temuramah tersebut, yang telah dirakamkan dan dimuatnaik oleh Harakah dalam ruangan TVPAS di Youtube, peniaga permaidani itu telah menyebut nama peguam tersebut dalam menerangkan penglibatan beliau dalam akuan bersumpah kedua Bala, tetapi pada minit 14:39 klip tersebut, nama itu telah dipadamkan.
Haris melaporkan perkara ini kepada Majlis Peguam semalam, mengatakan terdapat maklumat untuk mendedahkan identiti peguam yang diketahui oleh Deepak, Harakah dan pasukan editornya itu.
Berikutan itu, bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim (gambar) semalam mencadangkan ahli yang terlibat dengan penyemakan maklumat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin terlibat dalam melakukan perkara ini.
Peguam yang menjadi ahli politik itu di dalam blognya menulis kedua-dua badan iaitu Jabatan Peguam Negara dan SPRM telah “enggan menyiasat dakwaan yang dibuat oleh Balasubramaniam, yang telah mendapat maklumat dari Abdul Razak Baginda, yang didakwa bekerjasama dengan peniaga permaidani Deepak Jaikishan.”
“Akuan bersumpah kedua telah disediakan oleh peguam yang tidak dikenalinya. Deepak mendedahkan nama peguam ini dalam temubual bersama Harakah.
“Jika siasatan ini diteruskan, kita akan menemui nama peguam yang menjadi ahli panel operasi SPRM,” kata Zaid yang pernah menjadi menteri de facto undang-undang ketika pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau bagaimanapun tidak menamakan peguam tersebut.
“Panel ini telah membuat keputusan bahawa tidak ada bukti untuk menyiasat dakwaan yang dilakukan Bala atau Deepak,” kata Zaid lagi.
Lim mahu penjelasan dari SPRM untuk menerangkan mengapa kes ini ditutup pada masa lalu.
“Kita akan menggesa SPRM untuk memberi tunjuk sebab berkenaan penutupan kes siasatan yang telah disiasat pada awalnya,” katanya lagi.
Deepak mula disebut oleh media selepas blogger Raja Petra Kamaruddin mendedahkan peranannya untuk mengadakan akuan bersumpah kedua penyiasat persendirian itu bagi beliau menarik balik akuan sumpah pertamanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan