ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Rabu, 12 Disember 2012


Musa Hasan mahu baiki polis

Subky Latif,12 Dis 2012
TAN Sri Musa Hasan, bekas Ketua Polis Negara sudah beberapa kali tampil dalam akhbar secara terbuka mendakwa adanya campur tangan orang politik termasuk seorang timbalan menteri  dalam tugas polis.

Apa yang Musa Hasan sebut itu seperti mengesahkan persepsi pembangkang sejak sekian lama betapa profesional itu dipersoal.

Banyak yang boleh dibukti betapa polis tidak bebas menjalankan tugas terutama yang melibatkan perkara politik. Banyak ceramah PAS yang sudah mendapat permit polis di seluruh negara dibatalkan di saat terakkhir disebabkan bantahan JKKK dan ketua cawangan UMNO.

Ketua cawangan UMNO boleh memaksa Ketua Polis Daerah bertindak membatalkan keputusannya. Maka orang pun bertanya siapa lebih berkuasa antara Ketua Polis Daerah dan anggota  JKKK dalam pengeluaran permit?

JKKK dan ketua cawangan UMNO itu bukanlah besar sangat, tetapi  dia boleh mengadukan kepada wakil rakyat atau Menteri Besar atau menteri-menteri tentang ketua polis itu. Nescaya payahlah buntut ketua polis itu.

Dakwaan Musa  Hasan tentang seorang timbalan menteri yang mencampuri urusan polis yang dibantahnya, tidak perlu dibukti siapa timbalan menteri itu  dan apa campur tangan yang dikatakan itu. Semua orang percaya apa yang Musa katakan itu.

Betapa teruknya persepsi orang terhadap campur tangan politk itu, mungkin Musa Hasan mereka-rekanya, tetapi kalau dia  reka pun orang percaya. Apa lagi orang tidak fikir Musa Hasan sengaja mengada-ngada dalam apa yang dipangkitkannya itu.

Apa tujuan Musa berbuat begitu?

Mungkin juga mahu membersihkan namanya tentang persepsi orang terhadap perkhidmatannya dan bagaimana dia boleh jadi Ketua Polis Negara. Persepsi belum tentu betul, tetapi ada persepsi buruk orang terhadapnya. Mungkin mahu persepsi tentangnya itu dibetulkan.

Tetapi dia pun sedar, dengan persepsi buruk pada perkhidmatan polis sejak sekian lama, adalah sukar untuk membetulkannya. Seperti yang dijelaskannya, dia membuat teguran itu buat membaiki nama baik polis yang profesionalismanya begitu teruk dan sukar untuk dibaiki.

Tujuan utamanya membuat teguran hanya satu supaya imej polis tidak dianggap kuda tunggangan kepada orang politik. Niatnya itu baik. Jika dia ikhlas, ada nilai jihad dalam penampilannya.

Pada saya kita tidak usah persoal sangat mengapa Musa berkali-kali selepas bersara ini membangitkan dakwaannya itu. Dia benar mahu membebaskan perkhidmatan polis itu dari belenggu diperkuda oleh orang politik yang tidak profesional  dan tidak bermaruah. Tidak usah fikir sangat apa yang dia hendak dapat untuk dirinya dari dakwaannya itu.

Tidak usah ditanya mengapa dulu semasa berkhidmat, orang tak tahu apa yang dia buat untuk membebaskan polis dari belenggu itu. Sesudah dia bersara baru dia berkata-kata. Jangan persoal sangat akan kelemahannya dulu. Tetapi perhatikan tentang kebaikan dari pendedahannya itu.

Beberapa orang pegawai polis yang bersara akhir-akhir menyertai PAS dan menceritakan tentang  belenggu polis terpaksa hadapi dari tekanan orang politik adalah keterangan yang dapat menyokong sungutan Musa itu.

Apa yang Musa kata sekarang orang dapat terima. Betullah polis kita dibelenggu oleh orang politik sejak sekian lama, sebabnya sistem politik terlalu lama  dalam kekuasaan sudah menyamai      sistem feudal beraja seperti zaman silam.

Bukan polis saja terbelenggu begitu. Jabatan Peguam Negara, jabatan kehakiman dan kaki tangan awam yang tinggi pun menikus pada ketua cawangan UMNO.

Musa dilihat lebih elok dari ketua-ketua polis yang terdahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan