Projek komunikasi PDRM ada kaitan dengan Israel
KUALA LUMPUR: Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dikatakan melaksanakan projek komunikasi Motorola dari sistem anal

og ke digital dengan sebuah syarikat Israel, APCO Worldwide bagi memulihkan imej Perdana Menteri dan Kerajaan Umno-BN di mata dunia. Pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tersebut menguatkan lagi dakwaan umum wujudnya kaitan antara projek berprofil tinggi negara dengan Israel.
Mantan Ketua Polis Negara itu berkata, projek komunikasi yang diperolehi pada akhir 2009 itu menerima campur tangan bekas Ahli Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang.
Katanya lagi, berlaku salahguna kuasa dan keadaan seolah-olah Phang lebih berkuasa dalam pasukan PDRM apabila boleh mengarah pegawai polis.
Dua tahun lalu, Pakatan Rakyat telah mendedahkan wujudnya perisik Israel dalam PDRM. Dilaporkan, pembongkaran tersebut turut disahkan oleh Cawangan Khas (SB) Bukit Aman dengan akhirnya menyaksikan Anwar digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat.
Projek komunikasi berkenaan disubkontrakkan kepada Asiasoft Malaysia. Dua pemegang saham dalam syarikat tersebut ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC.
Syarikat Asiasoft PLC berdaftar di Singapura dan dikuasai oleh Asiasoft Global PLC yang berpangkalan di Israel.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan