Siasat MUSA HASAN dan RAMLI YUSUF Posted on Tuesday, December 11 @ 19:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh lararatu |
Oleh: mohdnoorawang
"Kemelut dan cabar mencabar bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan dan bekas ketua pengarah siasatan jenayah komersial Datuk Ramli Yusuf mengambarkan PDRM dilanda krisis kepercayaan dan moral sebuah badan keselamatan negara.
Musa Hasan menuduh Ramli Yusuf mengumpul kekayaan semasa berkhidmat dengan PDRM. Ramli Yusuf pula menuduh Musa Hasan salahguna kuasa lindungi ketua kongsi gelap Johor "Tengku Goh" @ Goh Cheng Poh.
Kedua duanya adalah pegawai tertinggi di PDRM, mencabar secara terbuka didada akhbar selepas bersara dari PDRM. Paling kehadapan ialah Musa Hasan kritik PDRM secara terbuka dan menuduh menterinya campur tangan dalam urusan PDRM.
Dicadangkan kepada kerajaan Malaysia menyiasat secara terbuka kedua dua bekas polis tersebut agar kepercayaan polis Malaysia (PDRM) dimata rakyat baik dan bagus.
Mungkin Musa dan Ramli boleh disiasat dengan akta polis, akta hasutan, akta rahsia dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) bagi menghilang keraguan badan kepolisian Malaysia.
Untuk rekod Musa Hasan adalah watak utama dalam kes Liwat 1 arahan Tun Mahathir sehingga membawa DS Anwar Ibrahim tertidur dipenjara.
jika nak dibandingkan Musa dan Ramli bekas polis dan menikmati pencen yang lumayan. Agak siapa yang lebih baik?. Dari sudut pandan kami Ramli baik sikit jika dibandingkan dengan Musa Hasan. Ramli bijak dan pintar mencari habuan dunia semasa bergelar pegawai polis. Ramli mencari habuan syurga dunia yang sementara.
Sebaliknya Musa Hasan lagi parah jika diambil kira apa yang diperkatakan oleh Ramli Yusuf . Keselamatan negera tergugat dan berkerjasama membuat fitnah besar terhadap insan yang bernama Anwar Ibrahim.
Bagi menyelesaikan kemelut Musa Hasan dan Ramli Yusuf dan menteri yang menjaga PDRM perlu ada satu badan penyiasatan terbuka. Beranikah menteri berkenaan menubuhkan badan siasatan?."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan