Tanah 606 ekar: Nizar tuntut penjelasan Zambry
| Muhammad Faeez Azahar, | 21 Dis 2012 |
IPOH: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memohon penjelasan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir berhubung pemberian 606 ekar tanah di Hutan Simpang Belukar Semang, Pengkalan Hulu, Gerik."Inilah syarikat yang bukan Bumiputera tetapi dinyatakan oleh Umno Hidup Melayu, Hidup Melayu.
"Mana pergi Melayu hari ini? Ini satu penganiayaan kepada Melayu kerana diberikan kepada syarikat bukan Melayu untuk menguruskan tukul besi ini," tegasnya lagi.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu memohon Dr Zambry menjelaskan kenapa tidak diberikan kepada syarikat bumiputera yang majoriti orang Melayu tinggal di situ.
Beliau ingin mengetahui apakah keistimewaan individu terbabit sehingga mudah mendapat tanah dalam jumlah yang sangat besar itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan