Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara ke atas aktivis pelajar Umar Mohd Azmi selepas menghabiskan hujung minggunya di Penjara Kajang.

NONEDalam membenarkan rayuan untuk penangguhan hukuman itu, 
Hakim Amelia Tee mengenakan beberapa syarat ikatjamin yang ditambah daripada RM1,000 kepada RM5,000.

Tee juga mengarahkan Umar (kanan) menghadiri prosiding rayuan mahkamah berikutnya dan mengelak terlibat dalam kesalahan yang serupa.

"Jika dia didapati berbuat demikian (terlibat dalam kesalahan yang sama), pihak pendakwaan hendaklah memohon membatalkan serta-merta ikat jaminya. Kemudian dia (Umar) hendaklah menjalani hukumannya serta-merta," katanya.

Bercakap di luar bilik mahkamah kemudian, bapa Umar, Mohd Azmi Mohd Amin berkata keluarga akan membayar ikatjamin hari ini.

Katanya, beliau ber bersyukur hukuman anaknya telah ditangguhkan dan mereka akan ke Penjara Kajang untuk mengambil Umar.