ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Khamis, 27 Disember 2012

m dalam umno menguap besor


Wednesday, December 26


7 BUKTI, bangang memang tercipta untuk Ameno
 
7 Perkara Menjadikan Momokan UMNO@BN


Ada tujuh perkara yang sering dibangkitkan oleh UBN dan ianya dijadikan momokan kepada rakyat agar menolak Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan di negara ini. Perkara ini diulang-ulang dan ditaburkan kepada rakyat dalam berbagai bentuk menerusi pelbagai saluran. 

Penyampai pula dari peringkat pemimpin tertinggi hinggalah kepada penyokong Umno di kedai-kedai kopi atau gerai canggung di kampung dan desa.

Tujuh perkara ini diasak betul-betul kepada rakyat terutamanya yang tidak begitu celik IT dan warga tua di kampung-kampung. 

Mereka yang menerima pandangan hanya dari satu lorong (one way) dan tidak mempunyai otak kreatif terus mempercayainya.

Cuba sama-sama kita renung dan kaji tujuh perkara ini sejauh manakah kebenaran dan kesahihannya. Saya akan membuat matemetik politik berhubung perkara ini dengan memberi jawaban seringkas mungkin.

Tujuh perkara itu ialah;

1. Konon sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya ke-13 ini negara akan jadi huruhara.

- Kononnya akan berlaku huruhara sekiranya Pakatan Rakyat menang. Bentuk huruhara yang diuar-uarkan kepada rakyat kononnnya akan berlaku situasi perbalahan kaum seperti 13 Mei 1969. 

Mari kita tanya siapakah yang akan mencetuskan keadaan itu kalau ia benar berlaku? Apakah orang Cina, atau orang Melayu atau orang India? 

Di pihak Pakatan Rakyat pasti tidak akan memulakan kerana mereka suka kerana menang. Jadi potensi kalau berlaku yang akan memulakan ialah pihak yang membuat momokan itu.

- Sehubungan itu disebarkan kononnya tentera akan mengambil alih kerajaan ini kalau Pakatan menang. Kenapa? Apakah tentera tidak menghormati kepada demokrasi? Sediakan tentera untuk mengambil tindakan demikain. 

Di sinilah jelas pihak yang membuat spekulasi itu hanya menuduh semata-mata bagi menakut-nakutkan rakyat dari mengundi Pakatan Rakyat. Tentera boleh mengambil alih kerajaan kalau kerajaan tidak stabil dan berlaku huruhara.

- Ternyata juga pihak yang membuat isu berfikiran jahat, dengki dan tidak boleh menerima hakikat berlaku perubahan hatta pun untuk kebaikan rakyat.

2. PAS menjadi alat kepada DAP.

- PAS menjadi sasaran dituduh sebagai alat DAP. Pihak yang membuat tuduhan itu telah merendah-rendahkan martabat para pemimpin PAS. Mereka mengira pemimpin PAS budak-budak yang tidak ada prinsip. 

Tuduhan ini asalnya datang dari beberapa pemimpin PAS sendiri yang tidak dapat 'menguah' dan popular dari kalangan ahli PAS kerana kesongsangan politik mereka.

- PAS sebagai sebuah parti berwibawa ia mempunyai perlembagaan tubuhnya. PAS berpegang kepada perlembagaan yang dikonsepkan dari ajaran al Quran, Hadith, Qias ulama dan ijtihad pemimpin. Sesiapa pun tidak boleh memperalatkan PAS kerana ia ada perlembagaan. 

Seperkara lagi yang membuat keputusan didalam PAS ialah ahlinya bukan saja segelintir pemimpin. PAS ada muktamar dan persidangannya bagi menentukan hala tujuan dan matlamatnya. PAS dipancu secara jemaah bukan individu apa lagi otokrasi.

- Tuduhan begitu adalah datang dari mereka yang tidak tahu kaedah atau memahami apa itu pertubuhan dan organisasi.

3. Anwar akan jual Malaysia kepada Yahudi atau kuasa asing.

- Kononnya kalau Pakatan Rakyat menang dan Anwar jadi PM, negara ini akan menjadi milik kuasa asing, Amerika dan Yahudi. Negara asing akan memerintah negara ini. Ini juga tuduhan dangkal dan tidak berasas. 

Mereka yang membuat tuduhan ini sekali lagi tidak tahu konsep sesebuah negara dibangunkan secara demokrasi. Kalau benar Anwar ada bermaksud begitu ia tidak semudah untuk menjual anak kucing. Dalam Pakatan Rakyat ada PAS dan DAP. Peraturan demokrasi dan semangat pakatan ini kena fahami.

- Dakyah dan fitnah itu boleh dilihat kepada perjuangan Anwar kini. Kalau Anwar ingin menjualkan negara ini kepada kuasa asing beliau tidak akan mempertahankan prinsipnya semasa dalam BN dulu. 

Beliau ikut kehendak Mahathir termasuk membenarkan wang negara dirompak dan disamun semewahnya oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Orang yang mempertahankan hak negara, prinsip bangsa dan maruah tanah air tidak akan berbuat demikian.

- Sekali lagi dinyatakan rakan Pakatan Rakyat PAS terutamanya tidak akan membenarkannya.

4. Negara akan bankrup.

- Negara ini akan bankrup sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Ini dirujukkan kepada beberapa polisi dan dasar membantu rakyat yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat seperti mana terkandung dalam Buku Jingga. 

Antara perancangan kerajaan itu termasuk, menghapuskan tol di lebuh raya, menghapuskan PTPTN, menurunkan kadar cukai harga kereta, memberi tambahan 15% royalti petroleum kepada negeri-negeri yang menghasilkan minyak dan gas.

- Penurunan kadar itu bagi meringan beban rakyat, ia dibuat dari formula dengan menghapuskan rasuah dan memansuhkan bayaran-bayaran yang tidak sepatutnya. Ironisnya kalau segala pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan hari ini tidak pula dianggap sebagai bankrup. 

Perhatikan betapa banyak wang negara dibazirkan artau pun digunakan tidak pada tempatnya. Penyelewengan, rasuah dan bayaran-bayaran tidak wajar berlaku itu semua merugikan negara.

- Jelas ia hanya tuduhan semata-mata bagi mencerminkan kelemahan dan kebobrokan kerajaan Pakatan Rakyat. Walhal yang sudah terbukti menyeleweng, samun harta rakyat dan khianat ke atas rakyat dan negara ialah pemimpin kerajaan hari ini.

- Ini boleh dirujukan kepada berbagai skandal berlaku yang melibatkan wang rakyat dan negara mengalami kerugian berbillion ringgit. Contoh paling baru ialah bagaimana projek lembu gemuk (NFC) wang rakyat dimanipulasikan untuk kepentingan individu.

5. Pembangkang tidak ada pengalaman.

- Pihak parti kerajaan selalu menguar-uarkan Pakatan Rakyat tidak boleh memerintah kerana mereka tidak ada pengalaman. Ini hujah yang cetek dan naif sekali. 

Hujah kebudak-budakan. Memang Pakatan Rakyat tidak ada pengalaman dalam soal ini kerana belum pernah menjadi kerajaan. Kalau orang yang berpendapat demikian cerdik dan tidak 'ssumbat' dan masuk air dia tidak akan tergamak memberi hujah demikian.

Macam mana Pakatan Rakyat mempunyai pengalaman sebab belum memerintah. Hal yang sama juga berlaku kepada BN dulu, sebelum tahun 1971 ia juga tidak ada pengalaman. 

Dan Umno sendiri asalnya tidak pun wujud, ia diwujudkan kemudian. Umno semasa mula menjadi kerajaan tidak ada pengalaman dan mereka dibimbing oleh British.

- Pengalaman akan ada apabila ia menjadi kerajaan. Setelah itu baru dapat diukur ada pengalaman mampu atau tidak. Pandangan atau panduan awal boleh dibuat ke atas empat kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat ketika ini; Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. 

Baru empat tahun (kecuali Kelantan) Pakatan Rakyat memerintah sudah nampak perubahan positif sekurang-kurang dari aspek kemanusian dan integriti. Ia boleh disaksi sendiri. Jangan saksi atau baca butiran dan dakyah dilemparkan menerusi media massa tetapi cuba selidik sendiri.

- Pencapaian dari segi ketelusan (integriti) kerajaan Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada kerajaan negeri-negeri lain. 

Misalnya Kelantan dalam keadaan ditekan dan dihindik namun negeri itu masih berjaya membawa rakyat selari dengan negeri-negeri lain, sebaliknya pembangunan dari segi rohanian dan kemanusiaan Kelantan mendahului negeri-negeri diperintah oleh BN. 

Hutang kerajaan Kelantan dengan federal jauh lebih rendah berbanding dengan Pahang, Johor, Melaka, Perlis dan lain-lain.

6. Pembangkang tidak tunai janji.

- Ini satu lagi tuduhan dangkal dan kurang cerik. Apabila BN melaungkan slogan "Janji ditepai" mereka menuduh pembangkang tidak menunaikan janji. Ini dirujuk kepada manifesto pilihan raya dikemukakan oleh Pakatan Rakyat. 

Contoh diambil ialah Selangor. Jikalau manifesto yang dirujuk, bukan saja Pakatan Rakyat tidak menunaikan janji tetapi BN juga banyak janji-janji yang diikrarkan dalam manifesto tidak ditunaikan.

- Orang yang sihat akan dapat berfikir kenapa janji manifesto itu tidak ditunai semuanya, sebabnya Pakatan Rakyat tidak berjaya membentuk kerajaan Pusat. 

Sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Malaysia semua janji itu akan dipenuhi kerana sebahagian besar janji perlu dilaksanakan bila kewangan mencukupi. Sesetengah bukan kerajaan Pakatan Rakya sengaja tidak mahu laksanakan tetapi terhalang disebabkan perbezaan kerajaan. 

Contohnya kerajaan Kelantan tidak dapat untuk merancakkan industeri berat kerana tidak ada kelulusan dan kerjasama dari kerajaan Pusat yang memegang atau berkuasa ke atas bidang-bidang tertentu.

7. Malaysia akan jadi seperti Singapura.

- Tuduhan ini juga merupakan imiginasi yang tidak berasas sama sekali. Kononya kalau Pakatan Rakyat memerintah Malaysia akan jadi seperti Singapura... orang Melayu tidak akan berkuasa dan Islam tidak akan berdaulat. 

Hujah yang digunakan kononnya DAP akan mengubah corak pemerintahan Malaysia ke arah republik dan liberal tanpa menjadikan bangsa dan agama sebagai asasnya. 

Tuduhan ini satu fitnah besar yang datang dari orang yang tidak mendapat pendidikan secara teratur.

- Kebimbangan seperti ini seharusnya tidak timbul kalau mereka - si penuduh mengenali sejarah bagaimana nasib dan apa yang berlaku ke atas Singapura dahulu. 

Siapa yang menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew? Apakah orang itu kini berada didalam Pakatan Rakyat? 

Tuduhan atau anggapan demikian oleh Umno seperti meludah ke muka sendiri. Apa yang menimpa ke atas Singapura tetap dijadikan azimat dan iktibar bukan saja kepada Melayu tetapi Cina juga.

- Kalau takdirlah DAP berhasrat menjadikan Malaysia seperti Singapura, apakah parti itu cukup kuat dan berkuasa? 

Dan apakah Melayu di dalam Umno akan hanya melihat saja tatkala Melayu dan Islam di dalam Pakatan Rakyat bangkit mempertahankan kehendak DAP itu? Kalau itulah berlaku maka jelas yang ada hasrat untuk menjadikan Malaysia seperti Singapura adalah Melayu di dalam Umno. 

Perlu diketahui Malaysia tidak boleh dijadikan seperti Singapura selagi perlembagaan tidak dirombak... sedangkan untuk merombak perlembagaan orang Cina memerlukan 2/3 kuasa di parlimen. 

Juga bukan semudah itu kerana ada bab-bab tertentu di dalam perlembagaan negara ianya tidak boleh diubah meskipun ada kuasa 2/3.

Itulah di antara tujuh perkara yang dijaja oleh UBN untuk mengabui mata rakyat agar tidak menyokong Pakatan Rakyat. Kesemua tuduhan itu direkacipta yang terbit dari ilusi rasa gerun dan takut UBN kepada kemampuan Pakatan Rakyat. 

Sebenarnya selain dari tujuh perkara itu ada beberapa perkara lagi yang ditimbul dan dimainkan untuk mengelirukan rakyat.

Jelas apa yang ditimbulkan bukan saja jauh dari kebenaran tetapi setengahnya sudah dapat difahami oleh rakyat ia adalah fitnah mentah.~ MSO

Shalehudin
Wednesday, December 26

Tiada ulasan:

Catat Ulasan