

Menurut laporan yang disiarkan dalam ABS-CBNNews.com - lamanweb berita konglomerat media Filipina ABS-CBN Jumaat lepas - Roxas memberitahu sebuah saluran TV tempatan bahawa Musa (kanan) telah menyekat ejen Biro Penyiasatan Nasional (NBI) daripada membawa Amalillo kembali ke Filipina.
"Tidak jelas mengapa pihak berkuasa Malaysia menyekat Amalilio daripada berlepas," Roxas dipetik sebagai berkata.
Beliau menambah bahawa pegawai penguatkuasa Filipina telah membawa semua dokumen yang diperlukan bersama mereka, termasuk sijil kelahiran dan pasport Filipina Amalilio, untuk membuktikan suspek penipuan itu adalah warganegara Filipina.

Amalilio, yang memiliki Futures Group, dilaporkan mendakwa sebagai warganegara Malaysia dan menggunakan nama alias Mohammad Suffian Saaid.
Roxas berkata itu mungkin menjadi punca konflik tersebut.
Menurut laporan berita itu, Amalilio ditangkap oleh polis imigresen Malaysia pada 22 Januari kerana menggunakan pasport Malaysia dan kad pengenalan palsu.
Roxas berkata, Jabatan Hal Ehwal Luar, khususnya duta ke Malaysia, Ed Malay, sedang berusaha keras untuk membawa Amalilio pulang ke negara itu untuk menghadapi beberapa tuduhan terhadapnya.
Deportasi disekat pada saat akhir

Akhbar harian Filipina, The Philippine Star juga memetik De Lima (kiri) sebagai berkata bahawa pegawai Malaysia - seorang daripadanya dikenalpasti olehnya sebagai Musa - telah campurtangan dan menyekat deportasi Amalilio Khamis lepas.
"Penerbangan (Amalilio) telah disekat oleh seorang pesuruhjaya polis Malaysia atas arahan pihak atasan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan