ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Isnin, 21 Januari 2013



Tun Fairuz juga suka laksana undang-undang Islam

Subky Latif,21 Jan 2013
TUN Ahmad Fairuz, bekas Ketua Hakim Negara telah bercakap sedap tentang keunggulan undang-undang Islam dan betapa perlunya ia menggantikan undang-undang ciptaan manusia sebagai undang-undang utama di mana-mana negara Islam.

Dia memecah kesunyian sejak sekian lama bersara di satu majlis di  Kuala Lumpur sebagai menyambut apa yang Perdana Menteri Najib sebut mengenai undang-undang itu  dalam Perhimpunan Agung UMNO yang terakhir.

Ada orang membisik kepada saya semasa desakan menghentikannya dari KHN betapa beliau tidak dihentikan kerana sudah kuat kecenderungan dan pemikirannya tentang undang-undang Islam.

Sudah tiga Ketua Hakim Negara selepasnya barulah diluahkannya tentang eloknya undang-undang Islam dijadikan undang-undang utama negara.

Ada pun dia dihentikan bukanlah ada kaitan dengan dia hendak melaksanakan undang-undang itu tetapi tersebarnya klip video Linggam tentang cara dia dikatakan hendak jadi  Ketua Hakim itu.

Tidak diketahui sejak bila beliau berfikiran tentang eloknya undang-undang itu. Memang kalau belilau tidak kata undang-undang itu elok, undang-undang tetap elok dan semua orang Islam kata ia adalah undang-undang yang paling elok.

Undang-undang itu Allah yang cipta. Siapa kata ia tidak elok cacat-binasalah akidahnya. Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri yang tidak benarkan hudud dilaksanakan di  Kelantan itupun tidak kata undang-undang itu tidak elok, Cuma dia tidak suka undang-undang itu dilaksanakan dengan berbagai-bagai alasan loyar buruk.

Tun Fairuz boleh diberi Syabas tentang kata-kata eloknya mengenai undang-undang itu, tetapi yang Allah dan orang Islam hendak tengok bukan sekadar mengatakan ia elok, sebaliknya apa yang orang kata elok itu buat untuk mendaulatkannya?

Orang ramai baru dengar pandangan Tun Fairuz itu setelah Perdana Menteri Najib mengatanya elok dan Perdana Menteri itu dengan semua Perdana  Menteri sebelumnya berkata elok tentang undang-undang tetapi apa yang  semua buat tentang undang-undang yang elok itu.

Tun Fairuz bukanlah orang berpangkat hakim berkata baik tentang undang-undang itu. Sekitar 30 tahun dulu ada hakim kanan Yeop Sana namanya kalau saya tidak silap boleh dikira beriman dengan undang-undang itu semasa beliau masih berkhidmat. Tidak disembunyikannya kemahuannya supaya undang-undang itu didaulatkan. Dipercayainya justeru itulah dia tidak mencapai kedudukan lebilh tinggi dalam perkhidmatannya.

Hakim itu bercakap demikian ketika  Perdana Menteri ketika itu tidak berminat untuk mendnajulatkannya. Tun Fairuz menyatakan pandangannya selepas lama bersara dan selepas ada Perdana Menteri berkata tentang kemungkinan ia dilaksanakan.

Pandangan adalah satu hal dan  sikap adalah yang lain. Dapat pahala bila berpandangan baik tentangnya. Tetapi lebih dari itu apa sikap kita tentang pandangan baik itu?

Perjuangan untuk mengutamakan undang-undang Islam ini sudah disuarakan oleh Dr. Burhanuddin al-Hilmy sebelum orang Tanah Melayu mengenal politik dan kemerdekaan. Ia diperjuangkan terus semasa dia memimpin PAS.

Sekalian yang menyertai PAS sejak ia ditubuhkan mahu undang-undang Islam didaulatkan selepas merdeka. Tun Fairuz belum masuk universiti lagi orang kampung sudah menyuarakan  ia didaulatkan. Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas saja yang terjun  dalam PAS bagi membantu gerakan mendaulatkannya.

Kalau Cina dan India yang menyertai Dewan Penyokong PAS sudah lebih dulu bercakap dalam ceramah suka undang-undang Islam didaulatkan, malulah orang Islam yang menjadi hakim kalau tidak berkata  elok tentang undang-undang itu.

India dan Cina bukan Islam itu telah terjun padang mahu ia dilaksanakan, hakim Melayu dan Islam baru berkata elok tentangnya. Kalau Najib tidak kata apa-apa pun orang beriman mesti tampil mendaulatkannya. Moga-moga kita mati selepas ia didaulatkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan