Pondok Gajah mati musnah terbakar
Muhammad Faizal, | 24 Feb 2013 |
Beliau yang tiba pada jam 10.30 pagi tadi sempat bertemu dengan Tuan Guru Haji Wan Mohd Izzuddin Haji Idrus yang merupakan pemilik pondok tersebut.
Kebakaran yang berlaku sekitar jam 3.30 pagi tadi telah mengakibatkan kerugian hampir RM100,000.
Wan Mohd Izzuddin (gambar kiri) yang ditemui Harakahdaily memberitahu ketika kejadian beliau sedang tidur dan tidak ada sebarang kecederaan berlaku.
Kebakaran tersebut, katanya telah memusnahkan kitab-kitab lama tulisan jawi yang sudah berumur melebihi 60 tahun yang diwarisi dari turun temurun.
"Kejadian berlaku sekitar jam 3.30 pagi, sewaktu itu saya sedang tidur tapi syukur kerana tiada sebarang kecederaan berlaku.
"Kerugian dianggarkan melebihi seratus ribu ringgit dan yang paling saya sayang adalah kitab-kitab lama tulisan tangan yang musnah berusia melebihi 60 tahun dan ia merupakan kitab turun temurun serta sukar untuk dicari ganti," jelas beliau yang kelihatan tenang.
Selain dari kitab-kitab lama, turut musnah sebuah kenderaan milik beliau.
Sementara itu, Mohamad menjelaskan kemusnahan yang berlaku terhadap kitab-kitab lama itu amat menyedihkan kerana banyak maklumat di dalamnya tentang Islam.
Malah menurut beliau keunikan kitab tersebut adalah kerana ia merupakan hasil tulisan tangan ilmuan terdahulu apatah lagi usianya sudah melebihi 60 tahun.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Pendang Dr. Mohd Hayati Othman juga turut melawat pondok tersebut.
Kepada orang ramai yang ingin menghulurkan sumbang melalui akaun bank milik menantu beliau Zulkiflie Mohamad Sohaimi di CIMB Bank no 02090004313201.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan