ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Isnin, 4 Mac 2013




04 MAC 2013

PANAS ! KETUA PENCEROBOH PERNAH BERKHIDMAT PEMBANTU PEGAWAI DAERAH KUDAT


Kesultanan Sulu sedia berunding, mahu tuntutan ke atas Sabah diiktiraf

INSIDEN KEGANASAN DI SABAH YANG TELAH MENYEBABKAN 22 KEMATIAN HANYA AKAN TAMAT SECARA AMAN SEKIRANYA MANILA BERSETUJU DENGAN TUNTUTAN PENGIKUT KIRAM YANG MENDAKWA NEGERI UTARA BORNEO ITU ADALAH MILIK KETURUNAN SULTAN SULU, LAPOR AKHBAR FILIPINA HARI INI.

SULTAN SULU, SULTAN JAMALUL KIRAM III BERKATA KEPADA PHILIPPINE DAILY INQUIRER, BELIAU MASIH LAGI MEMBUKA PINTU RUNDINGAN DENGAN PENTADBIRAN AQUINO WALAUPUN KERAJAAN FILIPINA ITU MENYEBELAHI KERAJAAN MALAYSIA.

“RUNDINGAN MASIH BELUM TERLAMBAT KERANA SAYA MENGATAKAN SEMUANYA MASIH TERBUKA,” KATA JAMALUL DIPETIK MEDIA FILIPINA DI KEDIAMANNYA DI SANA PETANG TADI.

JAMALUL YANG MENDAKWA BERKETURUNAN DIRAJA SULU YANG MEMILIKI NEGERI BORNEO ITU — YANG SEKARANG MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA MALAYSIA — DILAPORKAN BERKATA KELUARGANYA HANYA MENUNTUT TANAH MEREKA.

ADIK KEPADA JAMALUL, AGBIMUDDIN KIRAM, DILAPORKAN MENGETUAI SEKUMPULAN LELAKI BERSENJATA SEKITAR 100 HINGGA 200 ORANG TELAH MENCEROBOH LAHAD DATU, SABAH, PADA 9 FEBRUARI DAN BERAKHIR DENGAN PERTEMPURAN DENGAN PIHAK BERKUASA MALAYSIA DI TIGA KAWASAN.


PORTAL BORNEO INSIDER YANG BARU BERUSIA TIGA BULAN DILAPORKAN BERKATA AGBIMUDDIN PERNAH BERKHIDMAT SEBAGAI PEMBANTU PEGAWAI DAERAH KUDAT KETIKA TUN MUSTAPHA HARUN MENJADI KETUA MENTERI SABAH.

PUTRAJAYA JUGA TELAH MENGHANTAR DUA BATALION TENTERA UNTUK MEMBANTU PASUKAN KESELAMATAN KE NEGERI BERKENAAN SELEPAS LAPAN ANGGOTA POLIS TERBUNUH SEJAK HUJUNG MINGGU LALU.

MANAKALA14 ANGGOTA MILITAN FILIPINA ITU TERBUNUH.

POLIS MALAYSIA DILAPORKAN BEKERJASAMA DENGAN PASUKAN TENTERA UNTUK MENJEJAKI 10 LELAKI YANG DIDAKWA BERKAITAN DENGAN KUMPULAN TERSEBUT.

JAMALUL BERKATA KEPADA PEMBERITA BELIAU PELIK KENAPA FILIPINA MENYEBELAHI MALAYSIA.

“KENAPA TIDAK MENYOKONG KAMI? KAMI RAKYAT FILIPINA TETAPI MEREKA MENYOKONG MALAYSIA,” KATANYA.

DIA DILAPORKAN BERKATA PENYOKONGNYA MENYELUDUP KE SABAH HANYA MAHUKAN PENYELESAIAN TERHADAP TANAH YANG DIDAKWA MENJADI MILIK MEREKA.

“INI BUKAN BAHAN JENAKA. MALAKING GULO ITO, MALAKING GULO ITO (INI MASALAH BESAR),” KATANYA KEPADA PEMBERITA.

JAMALUL BERKATA LAGI BANGSA TAUSUGS DAN FILIPINA JUGA SEDIA MATI UNTUK TUJUAN ITU.

ANAK PEREMPUANNYA, JACEL KIRAM, DILAPORKAN BERKATA KELUARGANYA MAHU BERJUMPA DENGAN WAKIL DARI PRESIDEN FILIPINA, PRESIDEN BENIGNO AQUINO III, YANG MENJADI JURUCAKAP KERAJAAN.

“JIKA MEREKA SERIUS, MEREKA PATUT DUDUK DAN BERBINCANG DENGAN KAMI TANPA MELALUI ORANG TENGAH,” KATANYA. “INI ISU NASIONAL, MALAH ISU ANTARABANGSA. KENAPA TIDAK KERAJAAN BERJUMPA KAMI?”

JACEL MENGAITKAN LAPORAN FILIPINA BAHAWA PENTADBIRAN AQUINO MENAFIKAN DI TV NASIONAL FILIPINA MEREKA TELAH MENGHANTAR WAKIL UNTUK BERBINCANG DENGAN KELUARGA BERKENAAN DAN MEREKA BERCAKAP DENGAN MUJIV HATAMAN, YANG MENJADI PEGAWAI BERTUGAS DALAM WILAYAH AUTONOMI MUSLIM MINDANAO.

DIA TURUT MENGGESA PENGIKUT KELUARGA BERKENAAN UNTUK BERTENANG DAN TIDAK MELEPASKAN KEMARAHAN MEREKA KEPADA KERAJAAN MALAYSIA YANG MENGANGGAP MEREKA DI SABAH SEBAGAI “MUSUH”.

DIA TURUT MENGINGATKAN MUSLIM FILIPINA BAHAWA RAKYAT MALAYSIA DI NEGARA BERKENAAN JUGA BUKAN MUSUH.

PRESIDEN AQUINO TELAH MENGINGATKAN KUMPULAN BERKENAAN DUA KALI UNTUK MENGIUT ARAHANNYA UNTUK KELUAR DARI SABAH DAN KEMBALI KE KAMPUNG HALAMAN.

JABATAN KEHAKIMAN FILIPINA JUGA BERCADANG MEMBAWA KES ITU KE MAHKAMAH DUNIA.

PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK YANG TIDAK MENGENDAHKAN TUNTUTAN KUMPULAN BERKENAAN SEJAK TIGA MINGGU, TELAH MEMBERI KATA DUA KEPADA MILITAN BERKENAAN, MENYERAH ATAU MENERIMA TINDAKAN YANG DRASTIK.- TMI

PUAK PENGGANAS DENGAN PENUH BERGAYA BERGAMBAR SEBELUM KEJADIAN TEMBAK MENENBAK BERLAKU DI SIMUNUL DAN SEKITAR DAERAH SEMPORNA HASIL GAMBAR RISIKAN DI BUAT....( ADMIN PUN PENING MCM MNA GAMBAR NI PEROLEHI TAPI BILA DI SIASAT GAMBAR NI PEROLEHI DARI TELEFON BIMBIT PENGGANAS YANG MATI DI TEMBAK DI SEMPORNA )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan