ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Jumaat, 8 Mac 2013



Di mana tahap iman anda?

Dr Juanda Jaya,08 Mac 2013
Manusia dinilai dengan kualiti imannya yang terbaik di sisi Allah SWT. Tidak kira siapakah dia di mata masyarakat, hal itu tidak bermanfaat sama sekali melainkan siapakah dia pada pandangan Tuhannya. Orang ramai boleh memuji kita sebagai seorang yang dermawan, baik budi, warak dan alim. Tetapi mereka tidak mengetahui sepertimana Allah Yang Maha Mengetahui rahsia keburukan dan kekejian yang kita sorokkan daripada pandangan mereka. Andai setiap perbuatan itu dibukakan untuk pengetahuan umum dan manusia saling melihat secara terang keaiban satu sama lain, rosak binasalah dunia ini. Sesungguhnya perkara ini tidak mungkin terjadi kerana Allah Taala Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Namun jika ada seorang hamba yang sengaja dibukakan aibnya di khalayak ramai, itu semua mengandungi pengajaran dan rahmat baginya supaya tidak menzalimi diri sendiri. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan kami uji mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk supaya mereka kembali (bertaubat).” (Surah al-A’raf : ayat 168)

Di kala tahun berganti tahun, azam yang lalu pun tidak sempat lagi dikotakan menjadi bukti. Hanya rahsia-rahsia kekejian dalam peribadi kita tetap dipelihara dengan rapi, Namun kuasa Allah Taala menggariskan setiap nasib anak Adam menurut qadak dan qadar-Nya yang mengandungi hikmah supaya kita sedar dan faham bahawa hidup ini tidaklah indah jika tiada matlamat yang menuju kepada Allah semata-mata. Dari mana kita datang dan hendak ke mana kita menuju? Kita berjalan tertatih-tatih membawa dosa umpama seorang pengemis yang membusuk oleh nanah dan darah di seluruh badannya. Bayangkanlah bagaimana seorang insan menghadap Tuhan dengan aib dan cela pada jasadnya. Kehinaan apakah yang paling dahsyat ditimpakan kepada diri kita selain menghadap Allah SWT sambil membawa dosa-dosa?

Kita hendaklah membawa kualiti kemuliaan dan kesempurnaan ketika hidup dan apabila pulang kepada Allah nanti. Pada hakikatnya manusia seperti sebuah kereta, ada enjin, stering, tayar, lampu, kerusi yang nyaman, penghawa dingin, besi badan yang kuat, warna cat yang cantik dan radio yang menyenangkan telinga. Begitulah kualiti manusia, ada yang berilmu tetapi tidak beramal seperti kereta yang mempunyai enjin tetapi tidak ada tayar. Ada pula yang suka menderma tetapi tidak sembahyang, mungkin dia hanya sebuah kereta yang cantik tanpa brek. Yang beriman dan ahli ibadat tetapi kedekut dan tamak pada harta orang lain seperti kereta yang remuk dan tak sejuk. Yang berjaya dalam hidupnya tetapi melupakan orang tua yang banyak berjasa umpama kereta hilang steringnya. Begitulah keadaan manusia yang tidak sempurna, segala puji hanya milik Allah Taala.

Betapa ramai mereka yang memburu kecemerlangan dunia dan akhirat tetapi sayang ada yang sempurna pada satu bahagian tetapi rosak pada bahagian yang lain. Rasulullah SAW menggambarkan kesempurnaan kualiti iman seseorang melalui sabdanya yang bermaksud: 

“Iman mempunyai 60 atau 70 lebih cabang, yang tertinggi ialah kalimah Lailahaillallah dan terendah ialah menyingkirkan sesuatu gangguan dari jalan, dan sifat malu merupakan cabang iman.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Bolehkah kita sampai kepada tahap iman yang 70 lebih cabangnya? Sempurna zahir dan batin, baik dalam hati dan amal perbuatan? Semua kesempurnaan memerlukan proses yang panjang untuk dicapai, jalan-jalan bagi mendapatkan kualiti iman terbaik telah diajarkan oleh baginda SAW kepada umatnya melalui petunjuk al-Quran dan Hadis. Ada yang mengambil petunjuk itu untuk bekalan hidupnya dan ada pula yang meninggalkannya. Firman Allah Taala yang bermaksud:

“Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang kami pilih di antara hamba-hamba Kami, di antara mereka ada yang menganiaya diri sendiri, ada pula yang pertengahan dan ada yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah.” (Surah al-Fathir : ayat 32)


Tiga peringkat iman pada diri seseorang telah dijelaskan dalam ayat tersebut, yang menganiaya diri sendiri, yang pertengahan dan yang paling terkedepan dalam berbuat kebaikan. Kita tinggal memilih di mana diri ini harus diletakkan. Jalannya telah pun jelas dan terang, hanya hamba yang mendapat pertolongan Allah SWT saja yang menduduki peringkat teratas dalam carta iman tersebut.

Dahulu, para sahabat amat suka bertanya tentang sesuatu amalan yang paling utama. Hadis-hadis yang menceritakan tentang apa-apa yang utama atau yang paling dikasihi Allah, atau yang paling baik dan dekat kepada Allah Taala menjadi pertanyaan yang paling ditunggu-tunggu oleh para sahabat sebagai tips iman yang boleh mereka ambil setiap kali beramal. Rasulullah SAW melihat keadaan orang yang bertanya dan memberi jawapan yang sesuai dengan keadaan orang tersebut. Jika yang datang bertanya seorang yang tua dan lemah badannya, baginda memberi tips terbaik untuk meningkatkan iman dengan banyak berzikir. Berlainan dengan seorang yang gagah, maka Nabi SAW menyuruhnya untuk berjihad meninggikan kalimah Allah SWT dengan kekuatannya.

Sebenarnya kita juga boleh merasa apakah kekurangan yang belum kita perbaiki dalam amalan kita sehari-hari. Hanya diri sendiri yang boleh menjawab setiap persoalan yang ditanya oleh hati kita. Mengapa orang membenci kita? Mungkin ada aib-aib yang perlu dihapuskan dalam pergaulan dengan orang lain. Atau mengapa hati berasa risau, sedih dan tidak tenang? Kerana hati tidak mendapat suplemen yang diperlukannya untuk hidup dengan sihat. Rupanya telah lama kita tinggalkan zikrullah, tidak seronok ketika solat, al-Quran pun tak tersentuh oleh kedua tangan apatah lagi hati kita. Lupa bersyukur dan banyak komplen dengan ketentuan Allah Taala ke atas diri kita. Malas dan tidak berperancangan dalam menguruskan harta dan kehidupan keluarga. Keras dan menakutkan bagi anak-anak kita yang memerlukan sentuhan kasih sayang. meninggalkan majlis-majlis ilmu dan membiarkan diri bangga dengan amalan yang sedikit dan riak yang banyak. Semua itu perlu diperbaiki dan menjadi azam terpenting dalam kehidupan seorang mukmin.

http://drjuanda.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan