ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Isnin, 4 Mac 2013



Sandiwara atau tidak, kerajaan tetap bertanggungjawab

Edy Noor Reduan,04 Mac 2013
Dua hari lepas, dua orang anggota komando VAT69 telah terkorban di Lahad Datu ketika Kerajaan Malaysia terus mengambil sikap 'berunding' sedangkan dalam mana-mana negara berdaulat tidak akan berkompromi dengan pencerobohan bersenjata. Tanggal 2 Mac, enam lagi anggota keselamatan negara terkorban dan kali ini di Semporna.

Saya ucap takziah dan tidak dapat sembunyi perasaan sedih berbaur kemarahan. Sedih kerana peristiwa kematian ini mampu dielak jika kerajaan bertindak lebih awal sebelum melarat seperti yang diberitakan. Sesungguhnya, membenarkan kependudukkan yang berminggu kepada anggota pengganas Sulu ini merupakan satu langkah malang buat negara, menjadikan kedudukan mereka yang lebih sedia untuk menyusun gerakan - Ini harus diakui.

Pagi ini saya terkejut membaca laporan media yang mengatakan Perdana Menteri Malaysia memberikan kata dua kepada penceroboh ini atau hadapi tindakkan pihak berkuasa.

Pertama, mereka bukan lagi sekadar penceroboh tetapi musuh negara pengganas bersenjata yang telah membunuh anggota keselamatan Malaysia.

Kedua, mengapa perlu memberi kata dua? Bukankah sudah ada yang terkorban? Di atas dua perkara ini, saya simpulkan bahawa Perdana Menteri Malaysia adalah bangsat dan tidak layak lagi meneraju negara.

Inilah nasib Malaysia, mempunyai seorang Perdana Menteri yang lemah segala bidang, dari sudut ekonomi, sudut pentadbiran, sudut integriti, sudut kepimpinan, sudut menangani kirsis, sudut menjawab persoalan dan juga hingga sudut mempertahankan kedaulatan negara - semua gagal. Mungkin kerana 'ia' hadir dari pilihan kelompok manusia yang tidak punya jatidiri serta mengamalkan rasuah dan tidak mustahil sanggup menjual negara demi untuk terus berkuasa.

Apakah keterlaluan jika saya katakan, ini semua sandiwara untuk mengubah haluan sokongan rakyat kononnya 'agar bersatu di bawah kerajaan' bagi menghadapi krisis Lahad Datu dan seterusnya menguntum simpati?
Bagaimana timbul persoalan 'sandiwara'? Bila ada perasaan sangsi maka timbullah soal sandiwara. Salahkah jika rakyat yang terlalu banyak memendam 'curious mind' saling bertanya "Apakah ini sandiwara?" bila banyak perkara pelik berlaku.

Pelik, apabila memikirkan bagaimana ratusan musuh negara yang bersenjata boleh mendarat di Tanjung Labian dengan skala ratusan anggota tanpa disedari.

Lebih pelik, saya berkongsi persoalan bekas Jeneral TLDM, bagaimana perairan negara yang dikawal oleh 4 agensi maritim dengan memiliki 12 radar pengesan bot sejauh 100km dan bot laju kombat CB90, masih boleh ditembusi? Saya tidak mahu kira bab kapal selam Scorpene menyedari kapal selam ini serba tempang tidak bersenjata (torpedo) dan tidak mampu menyelam.

Lagi pelik, bila mana seramai 400-500 sentinel bersenjata Sulu bergerak dari Tanjung Labian ke Kg Tandou dengan berjalan kaki melalui denai perkampungan, apakah ia tidak disedari, apakah polis, tentera dan orang kampung tidak perasan? Tidakkah negara mempunyai perisik? Ini pelik.

Saya faham negara ini terlalu banyak 'Special Branch' yang mengekori kebanyakkan pemimpin PR, turun ke ceramah dan sebagainya. Namun apakah mustahil tiada SB yang memerhati gerakan bersenjata Sulu?

Saya berani mengatakan, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah gerakan anak muda yang menuntut perubahan negara menjadi perhatian kepada SB dan juga Majlis Keselamatan Negara. Kerana apa setiap gerakan SAMM diperhatikan dengan teliti?
Kerana SAMM adalah ancaman kepada Umno dan Barisan Nasional. Tetapi bagaimana pula dengan gerakan yang mengancam rakyat dan negara khususnya rakyat Sabah di perbatasan sana, tidakkah ada SB atau intel yang memerhatikan mereka? Ini pelik dan sudah tentu memperagakan lebih banyak persoalan.

Berbalik kepada isu pengganas Sulu pasca pertempuran. Kepelikkan menjadi lebih serius selepas tamat pertempuran di Lahad Datu apabila memikirkan bagaimana ratusan anggota bersenjata Sulu ini boleh lolos dari kepungan pihak berkuasa?

Kita semua telah dimaklum dengan jelas bahawa perkampungan Tandou telah dikepung, maka di manakah ketua mereka? Apakah mati atau ditahan? Berapa ramai yang ditahan? Apakah mereka punya magika boleh hilang sekelip mata? Apakah mereka ini 'orang minyak'? Pelik, pelik dan pelik!

Dengan banyaknya persoalan pelik seperti yang saya sebut di atas, salahkah rakyat berdepan 'curious mind' setelah banyak perkara berlaku susah diterima akal?

Sandiwara atau tidak, saya berani katakan yang bangsat di atas sana sanggup buat apa saja, jual negara, korbankan nyawa, you name it! Asalkan masih pegang tampuk kuasa. Saya jamin Umno dan Barisan Nasional akan tumbang PRU-13, apa cara pun mereka akan kalah kerana semua rakyat, profesional, penjawat awam, pekerja sendiri dan orang atas pagar telah tekad untuk bersama arus perubahan.

Malah mungkin kali ini kalau Umno/BN menipu PRU pun akan tetap hadapi kekalahan. Difahamkan, pengundi hantu yang terdiri daripada warga asing juga tidak berani keluar membahayakan nyawa mereka untuk mengundi Umno/BN di atas ketegasan rakyat kali ini. Justeru, apa lagi cara yang mereka ada?

Sandiwara atau tidak, pertempuran sudah berlaku dan anggota keselamatan sudah terkorban. Pertempuran dan kematian adalah sahih, manakala sandiwara adalah persoalan dari peristiwa yang berlaku.

Harus dilekatkan dalam kepala kita, menimbulkan persoalan (sandiwara) dan mensahihkan sesuatu adalah dua perkara berbeza. Sahihnya sekarang ialah, saya tetap menegaskan Kerajaan pimpinan Umno dan BN harus bertanggungjawab, Najib dan Hishamuddin harus bertanggungjawab di atas kematian semalam hari ini dan esok. Namun dalam masa sama rakyat tetap persoal mengapa begitu dan begini, seolah ia satu sandiwara meminta simpati telah berlaku.

Akhir sekali saya menyimpulkan, tidak keterlaluan jika saya katakan demi kemenangan Umno/BN di Sabah dulu dan kini, sanggup Umno dan Barisan Nasional penuhkan Sabah dengan warga asing termasuk warga sulu yang akhirnya membawa kepada beraninya warga Sulu bersatu dan memberontak menuntut sabah! Percayalah, mereka tidak akan berani bertindak sekiranya tidak punya asas atau kekuatan yang cukup untuk mengancam negara.

Apakah suatu masa nanti, di atas ketergamakkan Umno menjual negara melalui skim pemberian kad pengenalan dan beri ruang kepada warga asing mengundi demi untuk terus kekal berkuasa, akan sampai ketikanya Indonesia pula menuntut negara ini kerana telah berjuta warga mereka di sini. Ia bukan mustahil sepertimana yang kita fikirkan tidak mustahil akan berlaku krisis peperangan di Sabah.

* Penulis adalah aktivis blogger dan Pengarah Propaganda SAMM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan