ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Khamis, 28 Mac 2013



Terbubar Dewan Legislatif tanda BN menyerah diri

Aspan Alias,28 Mac 2013
Sesungguhnya tindakan UMNO/BN membiarkan Dewan-Dewan Undangan Negeri terbubar dengan sendirinya kali ini memberikan hikmah kepada pihak Pakatan Rakyat. Jika pilihanraya dilaksanakan secara adil, tidak mungkin BN akan bertahan.  Menanti sampai Dewan terbubar itu bermaksud untuk menangguhkan pilihanraya sehingga ke penghujung waktu kerana UMNO dan BN sudah mengetahui yang pihak mereka tidak lagi disokong dan dimandatkan rakyat dalam pilihanraya kali ini.

Tidak mungkin UMNO dan BN akan membiarkan Dewan terbubar jika mereka berkeyakinan untuk memenangi pilihanraya ini. Ini diketahui umum dan kenyataan yang UMNO takut menghadapi rakyat kali ini. Ini membuatkan rakyat lagi jauh dan takut untuk mendukung parti itu lagi. Tindakan untuk lari dan pengadilan rakyat ini sahaja sudah cukup untuk rakyat tidak berani dan menghormati parti yang sudah begitu tua dan berpenyakit ini.

Berbagai-bagai ubat dan ‘supplement’ digunakan untuk menyembuhkan penyakitnya tetapi penyakit itu tidak juga sembuh malahan lebih merebak lagi. Inilah yang membuatkan pemimpin yang melakukan banyak kesalahan bercakap tidak lagi menggunakan akal fikiran tetapi sebaliknya menggunakan emosi yang berlebih-lebihan kerana asakan rakyat sekarang ini.

Sebenarnya UMNO tidak lagi bertanding dengan parti-parti politik pembangkang tetapi sebaliknya parti itu sedang bertanding dengan rakyat. Di satu pihak UMNO dan di satu pihak lagi ialah rakyat ramai. UMNO sedang menghadapi rakyat yang sentiasa mahukan pertambah-baikan negara secara demokratik. Rakyat negara ini tidak terpengaruh dengan ‘Arab Spring’ di Timur Tengah tetapi lebih mahukan perubahan dilakukan secara demokratik. Itulah sebabnya UMNO dan BN sentiasa berusaha untuk ‘memancitkan’ demokrasi kita dengan berbagai-bagai cara.

UMNO terlalu benci dengan demokrasi sebenarnya. UMNO mahukan demokrasi acuannya sendiri seperti yang disebut oleh Mahathir sejak dari dulu. UMNO mahukan demokrasi yang membolehkan UMNO sahaja yang memenangi pilihanraya. Memilih parti selain dari UMNO itu adalah jenayah kerana mengundi parti lain itu akan menyebabkan negara huru-hara, kata mereka. Jika parti lain menang masakan huru-hara itu dilakukan oleh pihak yang menang? Selalunya yang membuat huru-hara itu adalah pihak yang kalah kerana sebelum ini mereka tidak pernah kalah.

UMNO tidak mahu memperbaiki diri mereka dari kekufuran nikmat yang mereka rasakan sebegitu lama. UMNO sudah merasakan yang berhak untuk menang ialah parti itu sahaja. Itu sebabnya pimpinan UMNO bersumpah tidak akan membiarkan Putrajaya jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Sebenarnya UMNO lah yang gilakan kuasa dan tidak pihak Pakatan Rakyat yang gila kuasa itu.  Pakatan Rakyat masih belum ada kuasa di Putrajaya, bagaimana pula UMNO menuduh Pakatan Rakyat yang gila kuasa.

Selalunya yang gila kuasa ini adalah orang yang sedang berkuasa kerana tidak sanggup untuk melepaskan kuasa walaupun mengambil alih kuasa oleh pihak lain secara demokratik itu bukannya tindakan jenayah. Ibarat seorang lelaki yang gilakan perempuan, tentulah ada perempuan yang mereka gilakan. Tetapi pihak kita tidak ada perempuan, bagaimana kita pula dituduh gila perempuan.

Kerana terlalu takut menghadapi rakyat maka Dewan Undangan Negeri Sembilan sekarang telah terbubar secara sendiri. Tidak pernah kejadian seperti ini berlaku dalam ingatan kita kepada sejarah negara merdeka kita ini. Ketakutan ini merupakan bayangan yang UMNO sendiri sudah hilang keyakinan diri. Jika parti itu sudah hilang keyakinan diri maka secara sedar atau tidak, rakyat akan hilang bersama keyakinan itu.

Kalau begitu adalah molek jika UMNO memberikan sahaja kuasa kepada pihak Pakatan Rakyat dan mintalah sedikit tempat dalam kerajaan baru itu jika ia dipersetujui oleh pihak Pakatan Rakyat. Jika UMNO melalui juga pilihanraya juga, maka yang sudah hampir pasti ialah kekalahan teruk UMNO di tangan rakyat kerana rakyat sudah mewakilkan PR untuk menerajui kerajaan bagi pihak mereka.

UMNO tidak boleh menentang kehendak rakyat. Dari berperang politik dengan rakyat elok jika UMNO ikut sahaja kehendak rakyat, ‘and swim with the flow’. UMNO perlu merehatkan diri buat sementara waktu bagi memperbaiki diri mereka dengan melakukan introspeksi yang mendalam terhadap kelemahan dan kesalahan mereka selama ini.

Hakikatnya UMNO sedang berlawanan dengan rakyat seperti yang saya sebutkan tadi. Rakyat kini meletakkan calon-calonnya melalui parti-parti dalam Pakatan Rakyat, PAS, DAP dan PKR. Ketiga-tiga parti ini adalah parti-parti yang mewakili rakyat untuk berhadapan dengan UMNO dan BN. UMNO pula dipertahankan oleh kroni-kroni dan ‘warlords-warlords’ yang besar-besar untuk menjaga kepentingan mereka sendiri.

Itulah sebabnya jika ada syarikat-syarikat yang melaksanakan perniagaan yang melibatkan rakyat, syarikat-syarikat ini perlu mempertimbangkan untuk bersama dengan rakyat yang di wakili oleh Pakatan Rakyat. Syarikat air Syabas misalnya wajar memberikan pertimbangan yang secepatnya tawaran kerajaan Negeri Selangor untuk membelinya. Tidak usah menjadikan tawaran kerajaan Selangor itu dijadikan isu politik. Ambillah tawaran kerajaan Selangor itu berpremiskan kepada keputusan perniagaan yang ‘prudent’ dan professional.

Tidak ada apa-apa yang perlu diharapkan kepada Putrajaya hari ini kerana Putrajaya jika diizin Tuhan akan berpindah tangan selepas pilihanraya jika pilihanraya itu dilaksanakan di atas ‘level playing ground’. Peralihan kuasa ini bukan tindakan jenayah. Ia adalah tindakan demokrasi.

Rakyatlah yang berkuasa dan bukannya Najib atau pun Dr Mahathir. Oleh kerana rakyat nampak kecenderungan untuk memberikan mandat kepada pihak Pakatan Rakyat maka langsungkan sahaja niat itu dengan melaksanakan keputusan itu di dalam bilik mengundi nanti tanpa was-was.

Lakukanlah perubahanan tanpa was-was. Menolak BN itu bukannya jenayah dan ia tidak mencabut nyawa kita…‘It’s now or never’. -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan