ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Jumaat, 29 Mac 2013



TERHANGAT ! USTAZ AZIZAN PERLI TUN MAHATHIR...HABIS TARIKH DAH, PI MAIN JAUH-JAUH...

Faktor ‘Dr M’, perpecahan PAS bukan halangan menang PRU 13, kata MB Kedah


Azizan Razak: “Tiada langsung impak Mahathir ... dia punya ‘time is over’.” 

Datuk Seri Azizan Razak yakin Pakatan Rakyat (PR) dapat mempertahankan Kedah dalam Pilihan Raya 2013, walaupun pengaruh besar Tun Dr Mahathir Mohamad dan terdapat perpecahan dalaman PAS di negeri jelapang padi itu.

Bekas perdana menteri yang memerintah negara selama 22 tahun itu dilihat bergiat aktif berkempen membantu Barisan Nasional (BN) untuk menang dalam pilihan raya akan datang termasuk bagi merampas semula negeri Kedah dan terdapat khabar angin tentang kemungkinan BN akan meletakkan anak lelaki Dr Mahathir, Datuk Mukhriz Mahathir, sebagai calon menteri besar.


“Ingatan saya sepanjang menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah, tiada langsung impak Mahathir ini,” kata Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider minggu lalu.

“Sebab orang marah kepada dia ... Mahathir, dia punya ‘time is over’. Dah lepas. Saya tau, saya ketua Kedah,” tambah beliau lagi.

Azizan walau bagaimanapun tidak gentar jika BN Kedah meletakkan timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu sebagai calon menteri besar.


“Tak dak apa-apalah Mukhriz ni. Dia buat kerja dia, saya buat kerja saya. Benda ni macam you naik kapal dalam laut, kadang ombak besar, kadang ombak kecik, biasalah,” tambah beliau.

Azizan juga tidak menganggap isu perpecahan dalaman PAS diantara kumpulannya dan kumpulan Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, sebagai satu masalah besar yang akan menjejaskan parti tersebut.

“Semua parti ada perpecahan, Umno yang berpecah teruk sekarang ini. Berebut nak jadi MB... Kedah ni samalah, mereka cuba buat cerita,” kata Azizan.

Sebelum ini, media melaporkan timbul kemarahan bagi sesetengah pihak dalam parti tersebut kerana dikatakan PAS Kedah menghantar senarai calon baru ke Ibu Pejabat parti di Kuala Lumpur dengan mengetepikan calon-calon yang dilihat menentang Azizan termasuk mereka yang mahu menjatuhkan beliau sebagai menteri besar.

Antara yang dikatakan bakal ditukar adalah Phahrolrazi yang juga merupakan Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Ismail Salleh (Exco); Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib (Exco) dan Datuk Dr Mohd Hayati Othman (Ahli Parlimen Pendang).

Azizan Razak: Mukhriz? “Dia buat kerja dia, saya buat kerja saya.”The Malaysian Insider difahamkan Phahrolrazi akan ditukarkan dari kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kundor ke kerusi Parlimen Jerlun, manakala Ismail dan Hamdan akan digugurkan, termasuk Mohd Hayati kerana memberi laluan kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, untuk bertanding di kerusi parlimen Pendang.

Apabila ditanya kepada Azizan mengenai perkara ini, dengan bersahaja beliau menjawab: “Saya pun tidak tahu lagi, esok panel pencalonan akan keluar dari PAS Pusat,” katanya merujuk kepada senarai calon yang akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat PAS tidak lama lagi.

Sepanjang lima tahun mentadbir negeri Kedah selepas 8 Mac 2008, terdapat beberapa perkara yang dilakukan oleh kerajaan pentadbiran Azizan yang beliau dirasakan akan menjadi sebab rakyat akan terus menyokong PR untuk mentadbir negeri tersebut.

Saya menggunakan sistem ‘Kifaalah’... semua orang mati, Melayu, Cina, India semua dapat.” — Azizan Razak

“Bersih rasuah. Rasuah tak ada di Kedah, kalau ada tangkaplah. Saya bagi bantuan kepada rakyat tanpa mengira kaum, saya menggunakan sistem ‘Kifaalah’... semua orang mati, Melayu, Cina, India semua dapat,” kata beliau yang juga merupakan ADUN Sungai Limau itu.

Sistem Kifaalah merupakan skim insuran warga emas diperkenalkan untuk memberi perlindungan insuran kepada seluruh warga emas di negeri Kedah tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Sistem ini dimulakan oleh kerajaan negeri PAS di Kelantan.

“Saya bagi pendidikan, bantuan pendidikan … kemudiaan saya perkenalkan agenda pertanian Kedah.”

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi mengulangi pendiriannya baru-baru ini Azizan akan terus memimpin PAS Kedah sebagai Pesuruhjaya dan tidak ada sebarang pertukaran untuk menghadapi Pilihan Raya 2013.

“Semua pimpinan PAS negeri termasuk dewan diminta menumpukan kerja dalam menghadapi PRU13 yang bakal dihadapi dalam waktu terdekat ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Politiknya pada 24 Mac lepas.


Pilihan raya umum (PRU) ke 13 dijangka akan diadakan tidak lama lagi dan bila-bila masa dari sekarang, dengan DUN Negeri Sembilan sudah terbubar secara automatik Rabu lepas.

Dalam Pilihan Raya 2008, gabungan PKR, PAS dan DAP berjaya menafikan majoriti tradisi dua pertiga BN di parlimen dan menang di negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Perak walau bagaimanapun, kembali semula ketangan BN selepas tiga ADUN PR berpaling tadah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan