ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Selasa, 30 April 2013

TERHOT: Pemuda Umno buang POSTER Najib..?


TUESDAY, APRIL 30

TERHOT: Pemuda Umno buang POSTER Najib..? [Saksikan gambar ini...]

Pemuda UMNO Pasir Puteh buang poster Najib?

Berguni-guni poster BN belum lagi tamat PRU-13 telah dibuang dibelakang rumah orang kuat UMNO di Pasir Puteh ditempat pembakaran sampah. Kebanyakkan poster dan banner adalah bergambar PM Dato Seri Najib Razak.

Menurut sumber perkara ini berlaku kerana ada perbalahan antara orang muda dan orang tua UMNO di situ dan 'cah keting' berlaku sangat ketara.

APA SUDAH JADI!!!!... PRU 13 BELUM LAGI HABIS TAPI POSTER DAN BANNER BN BERWAJAH HJ NAJIB 1M'SIA SUDAH PUN MULA DIBUNGKUS !!!!!

SATU PEMANDANGAN YANG WAJAR DIFIKIRKAN SERTA MENDAPAT PENJELASAN DARI PIHAK YANG TERLIBAT.

Apa sudah jadi ni beb!!!!!.. Rakyat belum keluar mengundi longgokan sampah yang penuhpadat berisi banner BN dan Najib sudah pun mula kelihatan. ~ TKO

Terkini di Johor- dah goyah bebenor


Tuesday, April 30, 2013

Najib arahkan BN Johor buat apa saja untuk pertahankan Johor?


Kenyataan macam tu membayangkan yang Najib sendiri tak yakin boleh pertahankan negeri Johor melalui pilihanraya yang adil dan sanggup lakukan apa saja untuk pastikan Johor tak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

mStar semalam terbitkan satu berita bertajuk "BN Akan Lakukan Apa Sahaja Demi Pertahan Johor - PM."  
PEKAN NENAS: Barisan Nasional (BN) akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kubu kuat mereka di Johor daripada serangan hebat 'orang luar'.
Malangnya laporan berita yang aku yakin 'cukup menarik' tu dah diganti dengan laporan lain bertajuk "Rakyat Diminta Pastikan Johor Kekal Kubu Umno & BN - PM"
ePaper Harakah. Harakah cetak versi digital untuk langganan.
Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit Buntar
Aku tak sempat baca laporan tu, cuma sempat simpan link dalam facebook.
Carian di google pun ada tajuk laporan tu dan menunjukkan memang ada 'update' tak lama selepas laporan tu diterbitkan.
Mungkin kut editor mStar cepat perasan yang laporan tu boleh bagi kesan persepsi negatif kepada Umno BN Johor dan juga kepada Najib sendiri.

Apapun, memang tak heran kalau Najib keluarkan ayat macam tu pasainya mungkin Najib sangat tertekan dengan realiti keadaan politik di Johor sekarang ni. Penolakan rakyat Johor terutama sekali dari kalangan orang cina sangat jelas dan tak mustahil tsumani lebih besar bakal melanda Johor pada PRY13 nanti.

Lagi pun, Najib sebelum ni masa merasmikan Persidangan Agubg Umno tahun 2010 pernah keluarkan kenyataan yang lebih ekstrim dari tu:
"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan perhimpunan agung Umno di PWTC pagi ini. - Mkini.
Kenyataan macam tu membayangkan yang Najib sendiri tak yakin boleh pertahankan negeri Johor melalui pilihanraya yang adil dan sanggup lakukan apa saja untuk pastikan Johor tak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Kebelakangan ni memamg kerap keluar kenyataan dari Najib yang membayangkan Umno BNberhadapan laluan sukar di Johor.

Mkini melaporkan:
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak memberi amaran bahawa "rancangan besar" yang diatur kerajaan BN mungkin akan hilang sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri itu. - Mkini.
Tak pulak disebut apa "rancangan besar" najib tu. Tak mustahil ":rancangan besar" Najib tu adalah untuk memparaid harta rakyat di Johor dengan lebih hebat lagi berbanding projek Iskandar Johor dan Rapid Pengerang.


Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/04/najib-buat-apa-saja-untuk-pertahan-Johor.html#ixzz2RvT6sEyx

Musa kepada Zahid- Tunjukkan bukti


Lahad Datu: Kena tunjuk bukti, kata Musa kepada Zahid

Nazri Abdullah,30 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan semalam berkata pihak yang mengeluarkan kenyataan bahawa tiga pemimpin pembangkang mendalangi pencerobohan pengganas di Sabah baru-baru ini perlu mengemukan bukti.

Bercakap pada satu sidang media di sebuah hotel di sini semalam, beliau berkata adalah tidak wajar membuat sesuatu tuduhan tanpa menunjukkan bukti.

"Jangan cakap sajalah, tunjukkan bukti. Kalu you spaculate, ini akan membuat orang tidak berpuas hati ataupun orang curiga sama ada statement you itu betul atau tidak," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan behubung satu kenyataan yang dikeluarkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid beberapa hari lalu mendakwa kerajaan mempunyai bukti penglibatan tiga pemimpin popular pembangkang yang dipercayai mendalangi tindakan pencerobohan pengganas Kiram di Sabah baru-baru ini.

Beliau juga berkata bukti-bukti dari segi perundangan sedang dilakukan bagi membolehkan mereka diheret ke mahkamah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

Kenyataan Zahid itu kemudian dicabar oleh Pakatan Rakyat agar mendedahkan nama-nama pemimpin yang dikaitkan itu.

Zahid bagaimanapun berkata, Kerajaan tidak bercadang mendedahkan nama-nama tersebut sebaliknya akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk melakukan siasatan terperinci dan diselesaikan mengikut perspektif undang-undang.

Mengulas lanjut, Musa yang baru dilantik sebagai Penasihat Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat semalam berkata, mana-mana pihak khususnya autoriti perlu berhati-hati dalam membuat kenyataan.

"Baru-baru ini keluar kenyataan kata militan Sultan Sulu 'mungkin' sudah ditembak mati, tetapi kemudian kerajaan filipina menafikan.

"Pada saya kena hati-hati buat kenyataan. Buatlah kenyataan terhadap sesuatu yang benar berlaku, kalau spekulasi ini berkemungkinan bembuat ketakutan kepada rakyat," katanya.

Kepala Batas mesti menang



Untuk kegemilangan, Kepala Batas mesti menang - Presiden PAS

Mohd Sabri Said,30 Apr 2013

(Presiden PAS berucap di Kepala Batas mengajak semua bekerja keras bagi memastikan kegemilangan PAS)

KEPALA BATAS: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mahu PAS mengambilalih Parlimen Kepala Batas daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum ke 13 ini untuk mengembalikan kegemilangan PAS sepertimana di awal penubuhanya dulu.

Kepala Batas bagi PAS adalah satu lokasi yang sukar dipadamkan kerana di sinilah perbincangan bermula bagaimana untuk wujudkan PAS setelah Umno gagal melaksanakan tanggungjawab menjaga hak Islam pada tahun 1951.

"Kemenangan Kepala Batas nanti merupakan kemenangan untuk Islam.  Dulu Kepala Batas merupakan tempat lahirnya PAS apabila pendukung Islam berkumpul mencari jalan bagaimana untuk mengwujud dan mengerakkan Islam agar lebih terurus tidak sebagaimana yang dibuat oleh Umno ketika itu," ujarnya ketika berucap di majlis Hi Tea di Kampung Padang Benggali, Teluk Air Tawar, Buttwrworth semalam.

Menurut beliau lagi, hasrat gerakan  itu mesti diiringi gerak kerja yang bersungguh kerana PAS dari dulu belum pernah menang di Parlimen Kepala Batas apatah lagi ia ditandingi oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu cucu kepada Abdullah Fahim yang juga turut serta dalam gerakan penubuhan awal PAS.

Apabila penubuhanya, PAS berhadapan dengan onak dan duri yang berpanjangan sehinggalah sekarang.

(Anak muda membuat konvoi bermotor sambil membawa bendera PAS)

Bagi mencapai kamatangan sepertimana sekarang PAS terpaksa pula mengalami kehilangan beberapa orang kepimpinan samada yang meninggal dunia atau lari meninggalkan perjuangan.

Maka, lahirlah satu lebel yang mengatakan PAS parti kampungan yang tidak boleh ke mana sebaliknya berlegar untuk berdakwah serta 'syok sendiri' sahaja.

Tetapi sambung beliau, PAS kini nyata jauh meninggalkan apa yang dikatakan oleh kepimpinan Umno.

Ia sudah sebaris dengan gerakan Islam dunia cuma di Malaysia ia diremehkan oleh pucuk pimpinan pentadbiran Malaysia.

"Biarlah kepimpinan Umno dan gabungan mereka perkecilkan peranan dan imej PAS tetapi kita disanjung di mata luar.  Oleh itu, seandainya Pakatan Rakyat menang merampas Putrajaya, PAS yakin kita akan semakin disanjungi, " katanya yang juga mantan Menteri  Besar Trengganu.

Mengingati sejarah kemenangan Kelantan dan Trengganu selepas zaman penjajah ujarnya, PAS berjaya muncul sebagai sebuah negeri yang agak ke hadapan namun jatuh kembali apabila ia dikepung oleh Umno yang tidak senang dengan petadbiran yang dibawa.

Inilah terangnya, wajah sebenar Umno, mereka tidak senang duduk bila ada kerajaan yang lebih berjaya membawa perubahan.

Ada sahaja rekaan dan ciptaan jahat yang membuatkan rakyat termakan sehinggalah dua buah kerajaan Islam tumbang beberapa tahun kemudian, jelas Ustaz Hadi.

Berucap sama dimajlis berkenaan ialah calon PKR Dewan Undangan Negeri (Dun), Telor Air Tawar, Norhayati Jaafar, Calon PAS Parlimen Kepala Batas, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudin, Calon Penaga, Rosidi Husain dan tokoh agamawan, Ustaz Zakaria Haji Ahmad.

Mazlan - Komited dengan perjuangan (ikon) Felda.


Pakatan komited bela nasib peneroka - Mazlan

Salmiyah Harun,30 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Nasib 1.6 juta warga Felda akan terbela dan hak mereka akan dikembalikan di bawah Pakatan Rakyat selepas berjaya dalam PRU-13 ini nanti.

Mazlan Aliman yang juga calon PAS Dun Bukit Permai, Kulai berkata, Pakatan Rakyat akan menyemak semula hutang dan potongan yang dikenakan ke atas peneroka selama ini.

Malah katanya, penempatan Felda yang diuruskan bawah Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) akan menikmati subsidi input pertanian bagi mengurangkan kos sebagaimana dinikmati pekebun kecil.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan berkata 20 ribu unit rumah mampu daripada 150,000 rumah yang dibina oleh Kerajaan baru Pakatan Rakyat akan diperuntukkan kepada generasi ke-2 dan 3 Felda dengan hanya membayar sekitar RM150 sebulan.

Tambahnya, mekanisme dengan agensi Kerajaan Pusat seperti Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan kerjasama strategik melalui Felda serta Koperasi Permodalan Felda akan dimeterai.

Bukan itu sahaja, Mazlan turut memeri jaminan semakan dalam tempoh 100 hari terhadap masa depan FGVH menerusi pakar-pakar perundangan di mana segala perjanjian antara FGVH dengan Felda dan Kerajaan Negeri akan diteliti.

"Kedudukan 360,000 hektar Tanah Felda Plantation yg dipajak selama 99 tahun kpd FGVH akan di kaji semula. Dasar pengagihan tanah untuk rakyat akan dikembalikan semula," tegas Mazlan kepada Harakahdaily.

Justeru katanya, jawatan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda, Pengerusi FGVH, Pengerusi Felda Holding dan Pengerusi Anak Syarikat akan ditamatkan dan satu panel siasatan akan ditubuhkan untuk menyiasat beliau atas tuduhan salah guna kuasa dan penyelewengan wang Felda.

Doa Ustaz Fadhil semoga Mahathir menyaksikan kemusnahan UMNO.


Saya doa Tun M terus sihat untuk lihat.... - Anwar

Mohd Sabri Said,30 Apr 2013
(Anwar ketika bercakap dengan penduduk Permatang Pauh sebelum ini)

PERMATANG PAUH: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak pernah meminta mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mati cepat sebagaimana yang tuduh olehnya semalam.

Sebaliknya, memohon usia Dr Mahathir terus sihat untuk melihat kejatuhan segala yang pernah dibuat di zaman kegemilanganya.

"Saya masih ingat lagi apa yang didoakan oleh Almarhum Presiden PAS, Ustaz Fadhil Mohd Noor agar Tun Mahathir sihat  supaya dia dapat melihat sendiri kejatuhan yang pernah diimpikanya,"  ujar beliau.

Apa yang diucapkan ialah Dr Mahathir jangan hanya fikirkan kubur orang lain saja sebaliknya fikirkan kubur sendiri memandangkan usianya kini kian lanjut.

Beliau keliru, macamana Dr Mahathir boleh tertipu dengan kenyataan dari media yang mengatakan Anwar sanggup mendoakan kematian Perdana Menteri yang ke  empat itu.

"Ini semuanya mainan media seperti TV3. RTM dan akhbar pro Barisan Nasional (BN) yang sanggup bertindak menabur fitnah dan keburukan orang lain yang tidak sebulu dengan kepimpinan Kerajaan BN.

"Tak apa biarlah mereka tabur fitnah kerana lepas ini mereka tidak boleh buat lagi kerana kita sudah membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat.  Jika masih ada yang degil tak ikut cakap pasti dibicarakan, " katanya.

Beliau yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri menegaskan,  tidak pernah takut dengan individu bernama Mahathir Mohamad seperti mana Perdana Menteri sekarang,  Datuk Seri Najib Razak yang terlalu akur dengan kehendak Dr Mahathir walaupun apa yang diputuskan dalam mesyuarat berlainan.

Menjadi orang takut sambungnya,  menyebabkan rakyat tertekan ekoran semua keputusan dibuat berdasarkan kepada kepala otak mereka sahaja.

Berceramah sama dalam program anjuran PKR Cabang Permatang Pauh itu ialah calon PKR  Seberang Jaya,  Dr Afif, calon Penanti, Dr Norlela Arifin, calon PAS Permatang Pasir,  Datuk Saleh Man dan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri,  Ustazah Rahmah Mat Isa.

CALON PARLIMEN PUTRAJAYA BUAT SILAP BESAR






MENJELANG PRU-13... CALON PARLIMEN PUTRAJAYA BUAT SILAP BESAR

SEBAGAI RESPON DARIPADA SINDIRAN MAHATHIR SUPAYA DIA BALIK KE KELANTAN SEBELUM BERTANDING DI PUTRAJAYA.. HUSAM MEMINTA MAHATHIR TERLEBIH DAHULU PULANG KE KEDAH....

KOMEN BCW...

KESILAPAN BESAR HUSSAM MUSA ADALAH MEMINTA MAHATHIR PULANG KE KEDAH.....MAHATHIR TIDAK SESUAI "BALIK" KE KEDAH...

JIKA ANDA BIJAK CUBA SEBUTKAN TEMPAT YANG PALING SESUAI UNTUK MAHATHIR PULANG...

Tidak suka ·  ·  · Kongsi



Kertas undi keluar dua kali, PAS lapor polis


Kertas undi keluar dua kali, PAS lapor polis

Khairil Abdul Rahim,30 Apr 2013
TEMERLOH: PAS Kawasan Temerloh hari ini membuat laporan polis berikutan berlaku pengeluaran kertas undi dua kali kepada tujuh pengundi pos yang merupakan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Temerloh, Hassan Omar berkata, akibat pertindihan nama daripada senarai pemilih undi pos itu, pihaknya mengsyaki boleh berlaku manipulasi termasuk di kawasan-kawasan lain seluruh negara.

Beliau yang ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Temerloh berkata, PAS Temerloh membuat laporan polis mengenai ‘penipuan’ tersebut mendesak satu siasatan rapi kerana jika dibiarkan akan menyebabkan pengundian berganda bagi seseorang pengundi.

“Kejadian ini disedari agen calon PAS bagi Parlimen Temerloh, Roslan Ahmad, pada tengahari 23 April lalu semasa terlibat menjadi wakil calon ketika proses pengeluaran kertas undi pos.

“Roslan seorang yang berpengalaman dan berjaya mengesan pertindihan nama tujuh pemilih dan mendesak supaya dibatalkan tujuh nama tersebut daripada menerima kertas undi pos kedua,” ujarnya.

Hassan berkata, PAS juga mendesak polis menyiasat sistem pengkalan data SPR yang mungkin terdapat percubaan untuk menipu dan pecah amanah dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 ini.

Beliau juga mendesak, supaya sistem undi pos dikaji semula dan dihapuskan sama seperti tuntutan NGO Bersih, kerana wujudnya ruang-ruang tidak adil, boleh dimanipulasi dan berat sebelah dalam sistem demokrasi.

Mahathir hidup dalam keresahan dek kerana Husam


Husam buktikan Mahathir hidup dalam keresahan

Aspan Alias,30 Apr 2013
Mahathir terlalu ‘emotional’ dan ‘personal’ terhadap Husam Musa serta memandang rendah terhadap calon PAS di Putrajaya itu. Mahathir sememangnya seorang yang angkuh tetapi saya tidak pernah terfikir keangkuhan bekas Perdana Menteri itu tiada batasannya. Saya ingatkan hanya Firaun sahaja yang berkata tiada siapa yang boleh menyainginya dalam dunia ini.

Mahathir cuba merendah-rendahkan Husam Musa dengan meminta Husam duduk diam-diam di Kelantan dan jika dah berjaya di Kelantan barulah minta izin untuk bekerja di Putrajaya. Siapa Dr Mahathir ini untuk menyekat Husam ke Putrajaya? Meminta Husam meminta izin sebelum ke Putrajaya itu menampakkan sikap ego besar bagi melindungi perasaan ‘desperate’ beliau sehingga sanggup bercakap begitu peribadi terhadap seorang warga negara sebuah Persekutuan yang lain.

Mahathir telah menunjukan ‘desperation’ beliau dengan begitu ketara. Husam tidak perlu menjawabnya, kerana pengundi Putrajaya akan menjawabnya tidak lama lagi. Husam hanya perlu berdiam diri. Anggap sahaja Mahathir itu sebagai seorang yang sedang sakit. Putrajaya itu bukannya kepunyaan Dr Mahathir dan beliau terlupa yang Putrajaya itu dibina di atas hasil Petronas dan bukannya hasil dari keluarga beliau.

Mahathir bercakap seolah-olah Kelantan itu terlalu miskin dan Husam wajar duduk di Kelantan diam-diam. Siapa Dr Mahathir untuk meminta Husam berdiam diri? Negara ini negara demokrasi dan sesiapa sahaja boleh bertanding di mana-mana. Kita boleh mengkritik lawan kita dalam politik tetapi kena adalah sedikit etika lebih-lebih lagi beliau pernah menjadi pemimpin utama negara suatu ketika dahulu.

Sebenarnya Dr Mahathir ini tidak ada siapa yang boleh menolongnya untuk memulihkan status beliau sebagai seorang bekas pemimpin yang ulung. Kesilapan ini bukan kesilapan sesiapa tetapi kesilapan beliau sendiri. Beliau sendiri memilih untuk merasa resah gelisah dalam kehidupannya. Tiada siapa yang menyuruh beliau untuk melakukan kesalahan demi kesalahan semasa menjadi pemimpin utama negara dahulu.

Beliau sendiri yang suka untuk melakukan keganasan terhadap partinya dan dirinya sendiri. Beliau jugalah yang telah memecat hakim-hakim yang tidak bersalah. Kesalahan hakim-hakim Mahkamah Agung dahulu semata-mata hakim-hakim semasa itu bersikap adil dan terhormat. Mahathir tidak suka kepada hakim yang mengutamakan keadilan. Bagi Mahathir keadilan hanyalah jika keuntungan berpihak kepada beliau. Apabila beliau merasakan hakim akan memberikan ‘verdict’ yang tidak memihak kepada beliau, maka hakim itu akan mendapat penghakiman dari beliau pula.

Entah apa yang menyebabkan Dr Mahathir terlalu ghairah untuk mempertahankan UMNO itu sedangkan beliau sendiri pernah keluar dari UMNO yang beliau tubuhkan di Sri Perdana dahulu. Kita juga tidak faham kenapa beliau tidak pula mahu UMNO bertanding di Pasir Mas dan meminta pula calon UMNO yang tidak menyerahkan kertas pencalonannya jangan diambil tindakan. Kita sedang menunggu tindakan UMNO terhadap Dr Mahathir kerana menyokong calon bebas. Mahathir sepatutnya dipecat bersama 61 ahli UMNO yang lain kerana bertanding bebas dan menjadi penyokong kepada calon-calon bebas itu.

Kenapa Dr Mahathir tidak dipecat? Kenapa UMNO biarkan Mahathir bermaharajalela tanpa sebarang sekatan daripada jawatankuasa disiplinnya? Jika Dr Mahathir sendiri membunuh peluang UMNO untuk menang di Pasir Mas kenapa beliau beriya-iya sangat mempertahankan UMNO di Putrajaya? Kenapa Dr Mahathir mahu beriya-iya sangat untuk meruncingkan keadaan negara ini? Apakah niat sebenar Dr Mahathir ini?

Apa salahnya jika UMNO kalah di Putrajaya? Adat pertandingan mestilah ada kalah menangnya. Dr Mahathir mahukan UMNO bersifat seperti beliau mengendalikan UMNO dahulu. Beliau tidak berani bertanding sekali lagi dalam pemilihan UMNO maka beliau terus mengharamkan UMNO itu. Apabila dirasakan akan kalah dalam pertandingan tinju beliau akan musnahkan pentas tinju itu dan akan membina pentas tinju yang lain. Jika dirasakan kalah dalam pertandingan bola sepak, beliau akan alihkan tiang gol ke mana beliau suka.

Mahathir mahukan semua manusia mengikut kehendak beliau dan jangan ada yang menentangnya. Mahathir telah mengalahkan semua musuh-musuhnya sehingga tiada siapa yang beliau hendak kalahkan lagi. Sekarang Mahathir sedang berhadapan dengan ‘nature’ dan saya merasakan jika semua orang membantu beliau sekali pun, beliau tidak akan dapat diselamatkan lagi. Beliau akan terus dengan keresahannya sampai bila-bila.

Sekarang kita doakan Mahathir ini agar beliau kembali berada dalam ketenangan hidup. Beliau ini sebenar-benarnya memerlukan pertolongan dari kita. Seperti yang saya sebut tadi tiada siapa yang boleh membantu beliau lagi selain dari kita berdoa untuk beliau mendapat ketenangan yang amat-amat beliau perlukan sekarang ini.

Ini menjadi pengajaran kepada pihak Pakatan Rakyat jika diberikan mandat untuk berkuasa. Perdana Menteri gantian nanti janganlah melakukan kerja seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir semasa beliau berkuasa dahulu. Jika melakukan perkara yang sama keterlaluan maka zaman persaraan kehidupannya akan dihimpit dengan perasaan seperti yang dialami oleh Mahathir sekarang ini.

Beringat-ingatlah. Jika keresahan ini boleh dialami oleh Dr Mahathir, ia akan juga dialami oleh sesiapa yang lain jika melakukan perlakuan yang sama seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir itu. -http://aspanaliasnet.blogspot.com

Isnin, 29 April 2013

DAP guna simbol bulan: BN tahu juga takut ....


DAP guna simbol bulan: BN tahu juga takut ....
Posted on Sunday, April 28 @ 21:29:50 MYT by paktam
Oleh: Shirzad Lifeboat
Malah sekiranya keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke atas DAP dibuat tanpa satu milimeter pun campur tangan politik pemimpin berkuasa BN, rasanya hanya puak-pauk yang ‘kedunguan dan kebebalan’ sahaja yang boleh mempercayainya.



Tak perlu tanya orang PAS, DAP atau KeADILan,  tanya sahaja mereka yang non-partisan.  Jawapannya sama, sekata dan dalam nada kisah "gembala kambing yang menipu penduduk kampung dengan cerita serigala".
Apa saja yang boleh ditipu, akan ditipu.  Misalnya pada hari penamaan calon, sebuah laman Facebook,  ‘Isu Politik Semasa’ (diyakini diusahakan atau yang diupah  Umno)  dengan gambar profil foto Allahyarham pelakun Ahmad Nisfu, menulis kononnya penipuan KeADILan membawa individu menyerupai Anwar Ibrahim sebagaimana yang berlakon dalam video seks Ketua Pembangkang tersebut dan diterbitkan pemimpin Umno.
Tentu sekali penulis FB itu tidak membaca bagaimana individu berkenaan ditahan polis dalam perjalanan ke tempat ceramah.  Motif tahanan, "you know I know-lah".  Siapa suruh tahan, lagi "you know I know-lah".
Namun tak payahlah kita bincangkan tentang FB dungu ini kerana bentuk penulisannya bersifat picisan dan  murahan.  Dan mereka yang komen juga dua kali lima. Maka tak hairan kalau jumlah komen mencecah ratusan dan jumlah ‘like’ pula 12,000.  Sendiri tulis, sendiri komen, sendiri ‘like’. 
Tapi tak ada gunanya cakap tentang mereka; buang masa saja.  Saya sekadar bercerita tentang kebiasaan membohong yang menjadi tabiat pemimpin  Umno dan mereka yang bersekutu dengannya.
Mengenai ROS,  saya cuma ingin menegaskan betapa penakut dan pengecutnya pegawai tinggi kerajaan apabila menerima suruhan orang politik.  Saya kata ‘suruhan’ bukannya ‘arahan’.
‘Arahan’ adalah sesuatu yang melibatkan apa sahaja yang terkandung dalam undang-undang yang dipakai.   Manakala ‘suruhan’ pula ialah perkara yang tidak terkundang dalam mana-mana undang dan juga prosedur, tetapi mahu dilakukan bagi menjaga kepentingan BN.

Maknanya, kalau ada kes sekalipun terhadap DAP, tak payahlah tunggu sampai ‘the 11th hour’ untuk mengeluarkan surat tidak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).  Mesyuarat bulan Disember tahun lalu dan bantahan rasmi dikemukakan kepada ROS,  tidak lama kemudian.
Bukan saja pemimpin dan ahli DAP, malah pemerhati politik dan masyarakjat umum juga bertanya kenapa lambat sangat ROS memberi respons?  Apa yang ditunggu ROS sebelum mengeluarkan surat tidak mengiktiraf CEC?  Nak dikatakan setiap sehari ada sejuta pertubuhan didaftarkan dengan setengah juga lagi menghadapi pelbagai masalah bersabit Akta Pertubuhan, tidak juga.

Rupa-rupanya baru kita tahu jawapannya.  ROS sebenarnya menantikan pengumuman tarikh PRU13 dan hari penamaan calon sebelum meluangkan masa beberapa minit untuk menderaf dan membalas surat mengandungi beberapa perenggan itu.
Dan ada pegawai-pegawai tinggi tertentu kerajaan yang jabatannya ada kena mengena dengan pilihan raya, pendaftaran pertubuhan politik dan sebagainya, atas sebab kepentingan peribadi, perlu menerima dan melaksanakan suruhan pemimpin  Umno-BN.

Catatan Pengalaman Penjawat Awam menghadiri ceramah Husam Musa


Posted on Monday, April 29 @ 12:29:28 MYT by paktam
Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas peluang dan kesempatan yang diberi kepada saya sekeluarga menghadiri sesi ceramah politik oleh Pakatan Rakyat amnya dan PAS khasnya yang berlangsung di Presint 3, Putrajaya. Terima kasih kepada pihak JPA yang membenarkan penjawat awam untuk hadir ke acara demikian bagi memberi peluang kepada kami membuat penilaian sebelum memangkah pada Pilihanraya ke-13, 5 Mei 2013 nanti.

Berikut merupakan sebahagian kesimpulan yang dapat saya rumuskan sebagai seorang rakyat marhaen yang pertama kali hadir ke sesi penerangan oleh parti bukan kerajaan yang belum memerintah.

1. Sikap kesemua anak-anak muda yang saya temui amat menginsafkan saya. Waktu kami baru sampai sebaik meletakkan kereta di bahu jalan, tiba sekumpulan konvoi bermotor yang memegang bendera PAS dan PKR dalam keadaan yang aman. Mereka sama2 meletakkan motorsikal dalam keadaan tersusun dalam suasana yang sungguh tertib, tiada hiruk pikuk atau jerit pekik sebelum mereka mengambil gambar bersama bendera parti masing2. Saya, suami dan anak2 terkedu...

Cara berpakaian dan adab anak2 muda dan orang ramai yang hadir juga amat menyejukkan mata dan hati yang memandang. Semuanya dalam keadaan tenang dan mengukir senyuman.
Terdapat sekumpulan anak2 muda yang bertugas sebagai sukarelawan yang memakai vest Unit Amal yang tugasnya mengutip sampah sarap yang tertinggal di kawasan ceramah. Saya masih ingat, sebelum sempat pengacara mengingatkan supaya hadirin tidak meninggalkan sebarang sampah di kawasan ceramah semasa sesi berakhir, beberapa orang hadirin sudah mula mengingatkan ahli keluarga supaya mengutip sampah dan bersihkan tempat duduk sebelum beredar.

2. Tiada sebarang kata-kata kesat, caci maki atau fitnah yang dikeluarkan sepanjang majlis oleh kesemua penceramah. Ini sangat jauh berbeza dengan apa yang sering dipaparkan di tv arus perdana yang sering mengatakan pihak mereka ini suka menyebarkan fitnah dan menakut-nakutkan orang ramai. Semua kenyataan yang diberikan contohnya mengenai hutang adalah berdasarkan fakta. Mereka lebih banyak menyatakan tawaran dan perubahan yang akan ditawarkan kepada rakyat dan penjawat awam khasnya jika diizinkan Allah untuk memerintah. Antara yang saya ingat selain dari pembinaan maahad tahfiz sains dan bonus empat bulan (penjawat awam):

i. Rumah kuaters yang diduduki akan ditawarkan secara sewa beli dan boleh menjadi hak milik penjawat awam.
ii. Pinjaman kenderaan dan perumahan sebanyak 4% akan dihapuskan sebagai mana yang dibuat di negeri Kelantan.
iii. Lebih banyak program keagamaan dan berbentuk kekeluargaan berlandaskan syarak akan diadakan di Putrajaya.

3. Ramai hadirin yang hadir bersama keluarga dan membawa sekali anak2 yang masih kecil dan berpiknik di sana. Menurut laporan, kehadiran dianggarkan seramai 20,000 orang bukan sahaja dari Putrajaya, malahan kawasan sekitarnya. Suasana pada malam itu meleset daripada apa yang saya jangkakan. Pada anggapan saya, sudah tentu akan berpeluh dan panas kerana orang yang ramai. Tetapi alhamdulillah kuasa Allah suasana terasa nyaman dan mendamaikan walaupun dalam suasana berpuluh ribu manusia. Ada hujan rintik2 sekejap tapi tidak ada seorang pun yang berganjak bila hujan turun.

4. Sebelum majlis dimulakan, lagu qasidah dipasang untuk diperdengarkan. Sebelum dan sesudah majlis diiringi dengan doa dan menyerahkan segalanya kepada Allah.

5. Alhamdulillah anak2 tidak banyak meragam dan masing2 tidur sendiri bila mengantuk. Keberkatan dan aura dalam majlis bersama ulama menjadikan suasana di situ tidak dapat saya gambarkan dengan kata2.

6. Sejak kecil lagi saya mengimpikan suasana dan kehidupan sebegini yang menjadikan ulama sebagai ikutan dan Al-Quran dan hadith sebagai panduan tidak kira parti mana yang memerintah. Semoga Allah perkenankan impian hamba yang lemah lagi hina ini...

60 Cawanagn Umno di Selangor Akan Dibubar?


Posted on Monday, April 29 @ 08:28:46 MYT by paktam
Oleh Mohd Sayuti Omar
Maklumat belum sah. Umno Selangor terus menghadapi masalah dan jalan untuk merampas Selangor jadi semakin sukar sekiranya berita ini benar. Katanya terdapat 60 cawangan di seluruh Selangor bersiap sedia untuk dibubarkan dan ahlinya akan menyertai Pakatan Rakyat.


Tindakan itu dibuat kerana cawangan Umno berkenaan tidak suka dengan Mohd Zain Abdullah, calon UBN Sepang. Tidak dijelaskan kenapa Mohd Zain menjadi punca kemarahan?

Perkara ini diceritakan oleh seorang wartawan akhbar arus perdana 'khulub' kepada saya semasa ditemui di lokasi ceramah Merampas Putrajaya di Presint 19 malam tadi.

Menurut wartawan itu ada orang tertentu menghubunginya untuk membuat pendedahan perkara itu di media arus perdana kelmarin tetapi ia tidak dapat dilakukan kerana ada sedikit masalah. "Media arus perdana tidak mungkin akan menyiarkannya," ujarnya.

Beliau tidak menyebut siapakah yang menjadi dalang di sebalik protes besar-besaran itu. Apakah kesediaan 60 buah cawanagn itu ekoran penyertaan Muhammad Mohd Taib ke dalam PAS? Muhammad antara pemimpin Umno Selangor yang berpengaruh.

Tambah wartawan itu sekiranya media arus perdana enggan menyiarkan kemungkina berita pembuburan 60 cawangan itu Umno itu akan dibuat menerusi blog atau Facebook.

Puluhan cawangan Umno di Selangor akan dibubar?


Posted on Monday, April 29 @ 08:25:57 MYT by paktam
Oleh Aspan Alias
Berita yang mengatakan UMNO akan menghadapi masalah besar dalam sehari dua ini telah saya dengar seminggu dulu. Semalam saya mendengar pula banyak cawangan UMNO akan dibubarkan di Selangor terutamanya akan berlaku dalam tempoh yang terdekat ini.


Jika benar berita ini ia tidak mengejutkan kerana saya telah menyebutnya setahun dahulu tetapi tidak pula menyangka yang keadaannya sampai ke tahap membubarkan cawangan-cawangannya. Saya selalu memberikan komen tentang hasrat Najib dan Muhyiddin yang kali ini UMNO akan menurunkan calon-calon yang ‘winnable’. Blog ini selalunya menyatakan yang mana mungkin UMNO boleh menurunkan calon yang ‘winnable’ sedangkan UMNO itu sendiri sudah tidak ‘winnable’ lagi. UMNO tidak ‘winnable’ lagi kerana pimpinannya tidak ‘winnable’.
 Jika kita lihat di Selangor, pemimpin yang sibuk untuk mengambil alih kerajaan PKR ini adalah pemimpin yang sama yang telah ditolak oleh rakyat Selangor dalam pilihanraya lalu. Tidak nampak ada pimpinan baru yang boleh meyakinkan rakyat Selangor. Malahan pimpinan UMNO Selangor telah kehilangan hidayah sama sekali dengan meminta Zulkifli Noordin sebagai calon bagi kawasan elit Shah Alam dan ini sekaligus menjadikan orang ramai tidak lagi yakin terhadap kewibawaan UMNO Selangor itu.
 Penyertaan Zulkifli Noordin itu bukan sahaja menjatuhkan imej UMNO itu di Selangor tetapi menjatuhkan keyakinan ramai terhadap UMNO di seluruh negara. Itu belum ditambah lagi dengan isu yang berlaku di Pasir Mas dalam mana UMNO sendiri telah berperanan untuk meletakkan Ibrahim Ali sebagai calon UMNO melalui pencalonan Bebas di sana. Semakin hampir kepada pilihanraya semakin banyak perkara yang buruk dihadapi oleh UMNO itu.
 Di sebaliknya pihak PAS telah mendapat lonjakan yang besar di Selangor dengan penyertaan TS Muhammad Muhd Taib dalam PAS yang sekaligus meninggalkan UMNO buat selama-lamanya. UMNO telah mengabaikan ramai pimpinan kerana ramai pimpinan yang tidak bersetuju dengan pucuk pimpinan tidak diendahkan oleh UMNO. Semangat PAS dan rakan Pakatan telah naik mendadak dengan penyertaan Muhammad Taib. Jika berita banyak cawangan UMNO akan dibubarkan di Selangor itu terjadi dalam masa yang terdekat ini, ia tentunya sedikit sebanyak kerana pengaruh Muhammad Taib itu tadi.
 Itulah keadaan sebenarnya walaupun cuba diselindungi oleh UMNO sendiri. Keadaan ini telah menyebabkan UMNO itu tidak mungkin berjaya meletakkan calon ‘winnable’ dalam pilihanraya kali ini kerana UMNO itu sendiri bukan parti yang ‘winnable’.
 Apa yang dihadapi UMNO sekarang ini bermula tiga puluh tahun dahulu. Penyakitnya sudah berada dalam parti itu sejak itu dan penyakit itu beransur-ansur merebak keseluruh tubuh UMNO itu sendiri sehinggakan ia sudah melumpuhkan seluruh tubuh parti itu.
 Sejak hampir tiga dekad dahulu saya mengkritik dari dalam kerana di setiap peringkat pemimpin-pemimpin yang ‘winnable’ telah dihapuskan oleh sistem berparti yang dimulakan oleh Dr Mahathir. Ramai pimpinan UMNO di peringkat bahagian telah diketepikan dan hasilnya UMNO terpaksa memilih calon-calon ‘winnable’ dari kumpulan pemimpin yang tidak ‘winnable’ dalam sebuah parti yang sudah lama tidak ‘winnable’ lagi.
 Rupa-rupanya kami terpaksa mengambil masa hampir 30 tahun untuk membuktikan kebenaran ini. Bagi ahli-ahli UMNO yang sedar, dan sebagai orang Melayu saudara-saudari sekalian wajar memberikan dukungan kepada PAS kerana PAS sahajalah yang ada sebagai pilihan kepada orang Melayu sekarang ini.
 Kewajaran orang Melayu untuk beramai-ramai memberikan sokongan kepada PAS itu tidak boleh dinafikan oleh sesiapa kecuali mereka yang sudah hilang segala hidayah politik mereka. PAS sahajalah nampaknya sampai ke saat ini membuktikan segala janji-janjinya ditepati.
 Yang lain itu mungkin masih bergelumang dengan masalah-masalah masing-masing, dari masalah berebut-rebut jawatan kerana masih mempunyai DNA UMNO itu, dan masalah parti yang masih rasis yang masih tidak dapat dipecahkan dalam ‘mindset’ mereka.
 Oleh kerana yang lain itu masih dengan cara mereka yang lama maka rakyat harus memilih parti yang sudah benar-benar terbuka untuk perubahan yang dimahukan oleh rakyat sekarang ini.

Usaha Hj Razman - Semoga di kabulkan Allah.


Foto



















Calon Tuan Haji  @[100000100216021:2048:Razman Zakaria]  melambai kepada semua pengguna jalanraya yang membunyikan hon.... Allahu Akbar, sokongan pengundi sangat diluar dugaan.


Ya Allah Menangkan Hj Razman



Cara-cara memangkah undi dengan betul. Maklumlah, 5 tahun sekali. Pengundi baru yang tak pernah mengundi, sila ikut seperti dibawah untuk undian yang betul.