DAP guna simbol bulan: BN tahu juga takut .... |
Posted on Sunday, April 28 @ 21:29:50 MYT by paktam
Oleh: Shirzad LifeboatMalah sekiranya keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke atas DAP dibuat tanpa satu milimeter pun campur tangan politik pemimpin berkuasa BN, rasanya hanya puak-pauk yang ‘kedunguan dan kebebalan’ sahaja yang boleh mempercayainya. Tak perlu tanya orang PAS, DAP atau KeADILan, tanya sahaja mereka yang non-partisan. Jawapannya sama, sekata dan dalam nada kisah "gembala kambing yang menipu penduduk kampung dengan cerita serigala". Apa saja yang boleh ditipu, akan ditipu. Misalnya pada hari penamaan calon, sebuah laman Facebook, ‘Isu Politik Semasa’ (diyakini diusahakan atau yang diupah Umno) dengan gambar profil foto Allahyarham pelakun Ahmad Nisfu, menulis kononnya penipuan KeADILan membawa individu menyerupai Anwar Ibrahim sebagaimana yang berlakon dalam video seks Ketua Pembangkang tersebut dan diterbitkan pemimpin Umno. Tentu sekali penulis FB itu tidak membaca bagaimana individu berkenaan ditahan polis dalam perjalanan ke tempat ceramah. Motif tahanan, "you know I know-lah". Siapa suruh tahan, lagi "you know I know-lah". Namun tak payahlah kita bincangkan tentang FB dungu ini kerana bentuk penulisannya bersifat picisan dan murahan. Dan mereka yang komen juga dua kali lima. Maka tak hairan kalau jumlah komen mencecah ratusan dan jumlah ‘like’ pula 12,000. Sendiri tulis, sendiri komen, sendiri ‘like’. Tapi tak ada gunanya cakap tentang mereka; buang masa saja. Saya sekadar bercerita tentang kebiasaan membohong yang menjadi tabiat pemimpin Umno dan mereka yang bersekutu dengannya. Mengenai ROS, saya cuma ingin menegaskan betapa penakut dan pengecutnya pegawai tinggi kerajaan apabila menerima suruhan orang politik. Saya kata ‘suruhan’ bukannya ‘arahan’. ‘Arahan’ adalah sesuatu yang melibatkan apa sahaja yang terkandung dalam undang-undang yang dipakai. Manakala ‘suruhan’ pula ialah perkara yang tidak terkundang dalam mana-mana undang dan juga prosedur, tetapi mahu dilakukan bagi menjaga kepentingan BN. Maknanya, kalau ada kes sekalipun terhadap DAP, tak payahlah tunggu sampai ‘the 11th hour’ untuk mengeluarkan surat tidak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). Mesyuarat bulan Disember tahun lalu dan bantahan rasmi dikemukakan kepada ROS, tidak lama kemudian. Bukan saja pemimpin dan ahli DAP, malah pemerhati politik dan masyarakjat umum juga bertanya kenapa lambat sangat ROS memberi respons? Apa yang ditunggu ROS sebelum mengeluarkan surat tidak mengiktiraf CEC? Nak dikatakan setiap sehari ada sejuta pertubuhan didaftarkan dengan setengah juga lagi menghadapi pelbagai masalah bersabit Akta Pertubuhan, tidak juga. Rupa-rupanya baru kita tahu jawapannya. ROS sebenarnya menantikan pengumuman tarikh PRU13 dan hari penamaan calon sebelum meluangkan masa beberapa minit untuk menderaf dan membalas surat mengandungi beberapa perenggan itu. Dan ada pegawai-pegawai tinggi tertentu kerajaan yang jabatannya ada kena mengena dengan pilihan raya, pendaftaran pertubuhan politik dan sebagainya, atas sebab kepentingan peribadi, perlu menerima dan melaksanakan suruhan pemimpin Umno-BN. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan