ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Isnin, 27 Mei 2013

Biarpun guruh berdentum ????


Mendengar guruh di langit, bunga tak disiram

Subky Latif,27 Mei 2013
Kira-kira dua minggu, sejak lepas pilihan  raya 5 Mei, Kuala Lumpur hari-hari panas terik. Rumput naik kuning. Tetapi sebelah petang, biasanya lepas Asar cuaca mendung, berguruh lalu kadang-kadang hujan lebat.

Sudah hampir seminggu, petang mendung dan berguruh, tetapi di tempat saya tidak hujan.

Sepanjang tengah hari, air paip bukan lagi suam,  lebih  dari suam. Siapa mandi macam mandi air panas.  Berapa lama panas itu? Bergantung panjang mana paip  di permukaan bumi. Kalau panjang paip, lama juga panasnya. Kalau pendek, kira setengah minit panasnya.

Sepanjang minggu ini, bila melihat cuaca redup dan mendengar pula guruh di langit, bunga pun tidak disiram dengan andaian hujan akan  turun. Jika bunga disiram juga, apa kata hujan tak jadi? Tidakkah membazir air paip itu sekali pun di Selangor air percuma.

Dulu orang kata, mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. Ia satu perumpamaan. Harapkan berita baik yang nak datang, atau dengar janji pilihan raya yang menarik, maka yang ada tidak dipeduli lagi.

Seperti kejadian berlaku pada bapa saya. Ada orang memberi beberapa biji buah durian. Cadangnya lepas Asar kami akan makan durian itu. Tiba-tiba datang pengembara menyampaikan salam dari seorang anggota keluarga dari jauh dan kata pengembara itu pengirim salam itu mengirim durian. Durian itu ada dalam lori yang ditinggalkan di bandar.

Bapa  saya pun kata kepada kami, ’Makanlah durian yang ada itu.’ Bapa nanti ada ganti duiran yang banyak. Rupanya durian itu tidak ada. Pengembara itu sendiri hilang. Perumpamaan yang terjadi pada bapa itu adalah ibarat mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.

Tetapi asasnya ada. Setiap rumah dulu ada tempayan untuk menakung air. Di dapur ada tempayan untuk air memasak dan membasuh pinggan. Di tepi tangga ada tempayan buat tetamu yang tak berkasut membasuh kaki sebelum naik ke  rumah.

Saya masih ingat ramai anggota masyarakat tak berkasut. Biasa bagi penghuni rumah turun ke tanah tak pakai kasut. Bila hendak naik ke rumah semula, mereka basuh  kaki dengan air di tempayan yang selalu berisi.

Tetapi sekarang sesudah setiap  rumah ada bekalan air bersih,  tempayan sudah tidak ada lagi. Orang pun tidak peka hendak menakung air lagi. Apabila bekalan air terganggu, air untuk basuh kencing pun tak ada.

Mungkin genarasi baru ada yang tidak tahu lagi apa bendanya tempayan. Sudah tiada lagi rumah yang menyimpan tempayan. Pembuat tempayan sudah beralih membuat pasu bungga. Ada pasu bungga yang  sebesar tempayan untuk menemam pokok hiasan yang besar.

Orang sekarang semuanya berkasut.  Kanak-kanak pun tak tahu berkaki  ayam bermain di luar rumah. Maka budaya basuh kaki sebelum masuk rumah sudah berakhir. Maka tempayan tidak diperlukan lagi.

Maka masing-masing tidak lagi sibok mengosongkan tempayan bila mendengar guruh dan apabila cuaca mendung. Mereka mengosongkan tempayan bagi menggantikan air yang lama yang tidak lagi bersih bagi diganti dengan air yang lebih bersih.

Orang yang hendak keluar ketika cuaca mendung, mungkin perlu membawa payung.

Biasanya orang Kuala Lumpur setiap pagi dan petang menyiram bunga di luar rumah. Ia kegiatan mesra alam dan mencari peluh lepas balik pejabat.

Saya pun sama. Petang saja, saya pun menyiram bunga. Apabila melihat cuaca mendung, dan mendengar pula guruh berbunyi,  saya pun tidak menyiram bunga. Hujan tak jadi turun. Petang esok pula baru hendak menyiram bunga. Apa yang terjadi? Layu semua pokok bunga.

Dulu orang mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. Di  zaman yang sudah berubah ini, mendengar guruh di langit, bunga tidak disiram.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan