Monday, May 13, 2013
CNN pula lapor tentang pilihanraya Malaysia.... aduh!!!!
Dunia luar sudah mengesyaki terdapat sesuatu yang tidak kena dengan sistem pilihanraya Malaysia. Segala keraguan rakyat Malaysia turut dikongsi oleh media-media antarabangsa.
CNN dalam laporannya menyatakan kemenangan Pakatan Rakyat telah ‘dicuri’ berikutan banyak penyelewengan dan salah laku oleh pengendali pilihan raya Malaysia, iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Pembangkang Malaysia menolak keputusan pilihan raya. Pembangkang Malaysia menyatakan SPR dicemari campur tangan kerajaan.
“Bukan sahaja Anwar Ibrahim menyatakan ada berlaku penyelewengan pilihan raya, malah NGO Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih) menjangkakan penipuan beberapa hari sebelum pilihan raya berlangsung.
“Ia (pilihan raya) takkan dijalankan secara adil,” lapor koresponden CNN yang berpangkalan di Singapura, Liz Neisloss.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan