Presiden PAS hantar surat sokong Khalid sebagai MB
Harakahdaily, | 10 Mei 2013 |
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad dalam ucapannya malam tadi berkata, PAS Selangor telah menerima surat dari Presiden PAS itu.
"Surat itu ditujukan kepada Tuanku Sultan dan akan disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani kepada Tuanku Sultan," beritahu Khalid yang juga anggota Parlimen Shah Alam malam tadi.
Khalid berkata, surat itu diterima oleh PAS Selangor dua hari lalu (7 Mei) yang menyokong Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.
Khalid memberitahu hal ini ketika berucap dalam majlis kesyukuran Pakatan Rakyat Selangor, di Dataran Shah Alam.
Majlis yang bermula dengan solat Maghrib berjamaah itu diikuti dengan majlis jamuan kesyukuran dan diikuti dengan ucapan para pemimpin Pakatan Rakyat Selangor yang diketuai Khalid Ibrahim.
Semasa berucap di Rusila, Marang Rabu lepas, Tuan Guru Abdul Hadi memaklumkan beliau telah menandatangani surat kepada Tuanku Sultan Selangor menyokong perlantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan