Tarian separuh bogel: Pemuda MCA Johor pula tolak pandangan PAS
Harakahdaily, | 05 Jun 2013 |
"Tetapi tarian jenis ini perkara biasa di negeri yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi seperti Tuki, Iraq dan Mesir," kata Haw Chin Teck, Ketua Pemuda MCA Johor itu.
Beliau mengulas bantahan PAS Segamat ke atas 'tarian belly' (tarian ala padang pasir) yang berpakaian separuh bogel yang dipersembahkan di sebuah pasar raya di Segamat.
(Di Mesir, Turki dan Iraq, tarian seperti itu tidak diadakan di pasaraya tetapi di kelab-kelab malam dan kawasan khas di sana - editor.)
Bagi Pemuda MCA Johor, bantahan PAS ini adalah tindakan menghakis hak-hak bukan Islam secara perlahan-lahan ke atas seni yang liberal dan persembahan kebudayaan.
"Bantahan dari PAS Segamat terhadap belly dancers di Segamat mall membayangkan tindakan PAS mahu memaksa pandangan kerasnya terhadap aktiviti kebudayaan dan ke atas orang bukan Islam," kata Chin Teck dalam kenyataannya.
Sebelum ini, MCA Segamat turut memberikan pandangan yang sama.
Harakahdaily sebelum ini menyiarkan pandangan PAS Segamat terhadap persembahan separuh bogel di tempat awam itu.
"Kami amat menyesali penganjuran tersebut diadakan secara terbuka yang ternyata menyalahi tatasusila adat dan budaya masyarakat Malaysia," kata Haji Firdaus Masod, Yang Di Pertua PAS Kawasan Segamat dalam kenyataannya.
Rata-rata yang menya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan