ULAMA WARASATUL AMBIA

ULAMA WARASATUL AMBIA

Wahyu

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
-Surah Al-Mukmin ayat 60

Peringatan Ilahi

Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Surah al-Saff ayat 10-12:

Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Surah al-Saff ayat 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."

Pringatan

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Hadis peringatan

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Beriman orang yang bertaqwa

Firman Allah

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

Tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

Doa

YA ALLAH KAMI YANG HINA INI MENADAH TANGAN DAN MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ENGKAU YA ALLAH:-

KAMI MEMOHON ENGKAU MEMPERI PERINGATAN ATAU HUKUMAN KEPADA TANGAN-TANGAN DAN ORANG-ORANG YANG JAHAT YANG BERUSAHA MENIPU RAKYAT SEMASA MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA DENGAN MENGADAKAN PELBAGAI CARA YANG SEMATA-MATA UNTUK MENIPU.
YA ALLAH BERILAH PERINGATAN ATAU PEMBALASAN KEPADA ORANG YANG BERTINDAK GANAS KEPADA RAKYAT. SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA PERKASA DAN MAHA MENGETAHU.


YA ALLAH KAMI MENDERITA SEDIH DENGAN KEPUTUSAN ITU. YA ALLAH KEPUTUSAN ITU ADALAH SATU UJIAN YANG AMAT PERIT BAGI KAMI. MOHON TETAPLAH PENDIRIAN KAMI

YA ALLAH KAMI MEMOHON ENGKAU TUNJUKKANLAH HIKMAH KEHAKIMAN ITU SEMOGA AKAN MELEGAKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN DIHATI KAMI.

YA ALLAH CELAKA DAN BINASALAH MEREKA YANG ZALIM ITU DENGAN KEHINAAN DAN KEPEDIHAN.

Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan Islam
- Dr Asri Bekas Mufti Perlis

Peringatan AL HUJURAT: - AYAT 6

AL HUJURAT: - AYAT 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Ustaz Azizan Razak

Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah.

Khamis, 9 Julai 2009

Pakatan Rakyat.

PR is not based on “fear of the master” but partnership based on equality, mutual respect and commitment on agreed principles- Lim Kit Siang
In recent weeks, Barisan Nasional component parties, particularly Umno, MCA and Gerakan had tried to fan discord and engender distrust among Pakatan Rakyat component parties but so far to no avail.
One favourite gambit of Barisan Nasional component parties is to accuse the Pakatan Rakyat component of being subservient to the other parties – betraying a mindset ingrained for over three decades of the real relationship in the Barisan Nasional between Umno and the rest in BN as well as reflective of a modus operandi in the BN which could not conceive of a coalition of political parties based on equality, mutual respect and commitment on agreed principles.
In recent weeks, different language media will carry statements like Umno accusing PAS of being afraid of PKR or DAP, of DAP being afraid of PAS or PKR, as well as of PKR being afraid of DAP or PAS.
This is course the only relationship the BN component parties could understand in the Barisan Nasional – the political hegemony of Umno over the other BN component parties with Umno undergirded by the factors of “the fear of the master” and greed
more klik the green

Minta Fatwa Mufti Perak

Khamis 9 Julai 2009 16 Rajab 1430 Hijrah Berita dari harakah mohon keizinan untuk terbitkan.
Menteri buat tuntutan elaun ketika datang berkempen?
Lanjusoh Wed Jul 08, 09 1:14:40 pm MYT
KUALA KRAI, 8 Julai (Hrkh) - Mungkinkah kedatangan begitu ramai menteri ke Manek Urai sekarang menggunakan wang hasil cukai dibayar rakyat. Malah pernah berlaku pemimpin kerajaan dari Melaka membuat tuntutan elaun ketika berkempen pada pilihan raya kecil di utara.
Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, PAS bimbang dengan kehadiran begitu ramai menteri ke Manek Urai sekarang dikhuatiri menggunakan wang kerajaan.
"Ada kes di mana pemimpin yang datang berkempen membuat tuntutan perjalanan dan pelbagai elaun lain. Ada rekod mengenai perkara itu. Ini yang kita bimbang sekiranya berulang di Manek Urai sekarang.
"Ini secara jelas menggambarkan penggunaan jentera kerajaan begitu berleluasa sekali dalam pilihan raya," katanya pada persidangan media di Markas Induk PAS di sini, hari ini.
Penggunaan secara berleluasa jentera kerajaan dapat dilihat dari awal di Manek Urai apabila banyak kenderaan milik agensi kerajaan pusat keluar masuk kampung.
Antara yang sering dilihat termasuk Kesedar, Kemas, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi-agensi lain.
Malah menteri dan pengerusi lembaga pengarah termasuk Risda secara jelas datang berkempen di Manek Urai dengan menawarkan bantuan kerajaan kepada rakyat.
Manakala menteri pula datang saling berganti menganjurkan pelbagai program bersama masyarakat.
Manakala esok difahamkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Ismail Sabri Yaakob menganjurkan program bersama pengguna di sebuah kedai di Kampung Manek Urai Baru.
Wan Abdul Rahim yang juga anggota parlimen Kota Bharu berkata, berlainan dengan PAS tidak ada program besar dianjurkan kerajaan negeri melibatkan banyak peruntukan.
Dan katanya, kedatangan pemimpin kerajaan negeri ketika berkempen tidak pernah membuat tuntutan perjalanan dan lain-lain elaun sebagaimana dilakukan pihak lawan.
Menurutnya penggunaan helikopter oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dianggap sebagai berleluasa setiap datang ke Manek Urai.
"Sehingga kini sudah beberapa kali Timbalan Presiden Umno datang ke Manek Urai. Setiap kali datang tiga helikopter digunakan. Tidakkah ini dinamakan sebagai salah guna jentera kerajaan.
"Rakyat di sini boleh melihat sendiri apa yang berlaku. Dan mereka dapat menilaikan. Tetapi kalau di negara lain sudah lama rakyat memberontak," ujar beliau.
Beliau juga memberitahu belum ada wakil rakyat di Manek Urai yang menang pada pilihan raya sebelum ini mempunyai pendidikan tinggi kecuali Dato' Afiffin Said pada 1982.
Kata beliau apa yang dimahukan rakyat iaitu mempunyai wakil rakyat yang dekat dengan kehidupan harian mereka terutamanya mampu menyelesaikan masalah pemilikan tanah.
Beliau juga melahirkan rasa kesal kerana pihak lawan menggelarkan calon PAS, MOhd Fauzi Abdullah sebagai peraih ikan, sedangkan beliau ialah pemborong. Terdapat perbezaan yang jelas di antara dua istilah tersebut.
"PAS dukacita dengan gelaran yang diberi. Sebab itulah pada Jumaat ini Persatuan Pemborong Ikan Kelantan akan menghimpunkan ahli dari seluruh Kelantan untuk menyatakan sokongan padu kepada Abe Uji. - mj _

Pilihanraya Presiden Indonesia


Gambar pembuangan undi oleh calon preseden Yusof Kala dan penggunaan dakwat. Dengan bangganya beliau menunjukkan jari kelingkingnya yang telah dicelup dengan dakwat tersebut. Tidak pula kita dengar terpaksa bermesyuarat para mufti repablik itu dalam menentukan keabsahan penggunaan dakwat tersebut. Macam malaysia telah berkumpul semua mufti duduk dan berbincang dan dah setuju tiba-tiba lagi 3 hari pembuang undi dibatal terus penggunaan dakwat kekal. Pelbagai alasan diberi. Pembaziran beli dakwat tak dikira. Alasan kata ada anasir dah beli dakwat untuk tujuan menipu. Kalau nak menipu cara itu di Indonesia lagi mudah sebab pengundi yang akan membuang ratusan juta. Lagi mudah sedangkan di Malaysia pengundi tak sampai 20 juta. Dimana rasional pembatalan penggunaan dakwat tidak boleh diterima akal oleh rakyat. Rakyat yang bijak bestari pasti dapat mengatakan pembatalan penggunaan dakwat adalah untuk menjaga kepentingan umno dan bn. Kerana itu jika SPR telus penggunaan dakwat kekal mesti diadakan sebagai permulaan di PRK Manik Urai.
Kerajaan tiada pilihan mesti membenarkan kerana parlimen telah meluluskan.

Rabu, 8 Julai 2009

Cerita Di Lenggong

Ramai penduduk lenggong boleh tengok hari-hari akan bangunan itu. Dewan Che Teh. Bila Pakatan Rakyat berkuasa di Perak, kunci dewan tersebut telah diserah kepada waris pemilik tanah tersebut. Ada ketua kampong yang bertanyakan status bangunan tersebut. Ada pihak yang menjelas bahawa kos pembinaan datang dari Dato Nazri. Jika benar baguslah jika tak benar rakyat nak kata apa?
Begitu juga dewan orang ramai kampong temelong tertulis bilik gerakan umno kampong temelong. Barangkali pembinaan dewan tersebut atas sumbangan orang umno dan diatas tanah geran umno.
Nampak perkara tersebut remeh sahaja tapi apa yang mampu disuarakan oleh rakyat. Kalau yang sedikit dan kecil itupun tiada ketelusan masakan yang besar-besar tiada penyelewengan. Dalam keadaan semua orang boleh nampak penyelewengan, dan semua orang juga boleh nampak bagaimana penyelewengan itu di sembunyikan. Rakyat yang peka akan marah kepada pelaku dan yang berkompromi dengan penyelewengan.
Tidak mampu dengan tangan, mereka akan berkata dan tak mampu dengan kata-kata mereka akan bertindak dengan hati sambil menyumpah menyeranah dan juga mengangkat tangan berdoa. Sesiapa yang tergamak dan lazat dengan penyelewengan itu mereka akan menerima padah dari doa-doa yang dizalimi dan diinayai.
BUBAR DUN PERAK

Selasa, 7 Julai 2009

Perencanaan Media yang tersembunyi

Media perdana sememang telah jelas niat mereka walaupun tersembunyi. bagaikan sudah terang lagikan bersuluh. Dan media perdia perdana elektronik dan cetak sememang sudah ditolak. Rakyat sudah ramai yang tidak membeli akhbar perdana tersebut. Diwaktu prime orang ramai sudah tidak menonton berita dari media elektronik perdana. Tambahan pula kini remote telah ditangan. Rata-rata semua media elektronik ada perencanaan mereka. TV1 dan TV2 almaklum. yang lain juga dalam ketegory dan degri yang sama.
Akhbar perdana dikatakan mahal untuk dibeli tetapi ramai yang lebih suka membeli metro. Sinar harian harganya RM1.00 banyak berita juga. Di awal dulu dilenggong beritanya berselang hari dengan muka depan berita PAS dan hari lain muka depan berita umno. Namun walaupun muka depan gambar PAS tapi dalamnya mengeluarkan berita yang tidak tepat. Sekali duakali terpedaya juga penyokong PAS dan PR beli lama kelamaan malas mereka nak beli. Lebih baik simpan duit walaupun seringgit. sebab itu tiada heboh dikalangan orang lenggong dengan berita fitnah sinar harian berkenaan ucapan YB lubuk merbau kerana depa tak baca sinar harian. Tapi bekas prajurit yang sekadar mendengar/membaca berita tersebut terpedaya dengan berita fitnah itu. Kegelojohan mereka bertindak tanpa memeriksa terlebih dulu menjadikan hilang respektasi ramai kepada bekas perajurit.
Dalam qur an ada menyebut "Jika datang kepada kamu orang fasik yang membawa berita hendaklah kamu siasat terlebih dahulu" jadi apakah halangan bagi bekas perajurit untuk berjumpa dengan pemimpin PR? Sememang tiada apa halangan tetapi kenapa mereka menghebahkan tuntutan kepada umum? tidak lain dan tidak bukan kerana ada sesuatu yang tersembunyi dan berselindung dalam organisasi mereka. Orang lenggong kenal mereka ini. orang lenggong juga ada ahli bekas perajurit. Keaktifan bekas perajurit di lenggong juga diketahui umum.
Orang lenggong yang juga ahli bekas prajurit juga berada ketika dalam ceramah YB lubuk merbau tersebut.
Jadi suluhlah diri dan jangan jadi tunggangan orang lain atau puak lain.

Ahad, 5 Julai 2009

Strategi jahat UMNO

Strategy umno/bn untuk melemahkan Pakatan Rakyat
Menoleh kepada sejarah Kelantan dalam isu perlantikan YDP MPKB dengan kesah mengunci pintu pejabat kepada persidangan DUN bawah pokok di Perak. Kesah SUK Terengganu Cik Mat Jusuh kepada SUK Perak. Kesah ada pegawai persekutuan dalam urusan dengan pegawai kerajaan negeri diselangor hinggalah yang terbaru kini ialah di kedah perobohan pusat sembelihan babi dan perumahan di kampong buah pala.
Peristiwa-peristiwa tersebut merupakan sebahagian kecil dari karenah yang dilakukan oleh umno dalam mengganggu urusan kerajaan negeri yang dikuasai oleh PR. Banyak lagi peristiwa dan tindakan yang mereka lakukan. Kelakuan yang sedemikian rupa kerana kebanyakan pegawai kerajaan yang terbibat itu tidak professional malah mereka juga merupakan ahli umno. Kerana itu mereka akan berusaha menjadi dalang dalam sebarang urusan pekerjaan yang bersifat talam dua muka. Mereka akan menjadi duri dalam daging serta gunting dalam lipatan.
Bn/umno melalui kader-kader mereka dalam kerajaan akam menjalankan strategi halus mereka untuk mengujudkan suasana tak harmoni dalam pentadbiran kerajaan negeri itu. Perobohan pusat sembelihan babi itu sebagai contoh terbaik. Persoalannya bila rumah itu didirikan. Semasa kerajaan PR atau dalam masa BN. Kalau dalam masa kerajaan PR pasti sesuatu yang tak kena disitu. Kenapa pengusaha rumah tersebut mendirikan rumah tersebut di tanah kerajaan? Itu memang salah dan silap pengusaha rumah tersebut. Tapi kalau dibina zaman bn memerintah maknanya PR yang terpaksa menanggung karenah itu. Kerana itu jarum bn akan digunakan atas nama perbandaran mereka merobohkan konon atas arahan kerajaan negari dan MB kedah akan terpaksa menjawb begian-begian sehingga wujud cakap-cakap yang boleh mengeruhkan keadaan. Suasana ini yang amat diingini dan dinanti.
Awas BN tidak tidur untuk mencari jalan menidurkan PR
Berinteraksi secara terus dan telus adalah kunci kesepakatan dalam PR
Rakyat sekarang bijak dan PR perlu bijak menggunakan kebijaksanaan rakyat untuk menolak rancangan jahat umno/bn melalui aksi pegawai kerajaan yang menjadi ahli umno.
Contoh terbaik ahli umno yang menjadi pegawai kerajaan ialah Jamil Khair . Bagaimana boleh lantik dia jadi menteri kalau dia tidak umno? Ramai lagi dan majority rakyat tahu keadaan ini.

Membaca Pemikiran Pemimpin DSA

05Jul
Serang Hendap Media Umno-Bn Tidak Berjaya
By Anwar Ibrahim 0 Comments
Categories: Analisis, Anwar, Catatan, Demokrasi, Hebahan, Isu Semasa, Malaysia and Pakatan Rakyat
Saya tidak sering membelek akhbar atau menonton tv milik umno-bn. Namun dari beberapa teks pesanan ringkas dan emel yang diterima ternyata serang hendap media umno-bn terhadap Pakatan Rakyat terutama di Kedah dan Pulau Pinang menimbulkan sedikit keresahan. Dan berbeda dari telahan media tersebut seolah-olah PR mulai retak akibat isu pusat penyembelihan babi di Alos Star, Majlis Perbandaran Seberang Perai atau Kampung Buah Pala, mereka lebih menyesali lagak wakil parti PR menangani media dan membiarkan diri terjebak dengan agenda media lawan.
Walhal permasalahan dalaman komponen bn ternyata parah, krisis Trengganu, puak dalam Mca, Mic, gerakan, ppp dan akhirnya kegelisahan rakyat Sabah dan Sarawak. Disebaliknya isu hangat dalam kerajaan PR tidak menyentuh isu dasar tetapi pentadbiran daerah dan beberapa isu tempatan. PR pastinya berkeupayaan meleraikan permasalahan tersebut sebaiknya.
Sayugia diingat bahawa kenyataan gopoh atau melulu tidak akan membantu malah akan diperbesar atau diperguna media mereka. Untuk memberikan gambaran negatif terhadap PR
ANWAR IBRAHIM

Sabtu, 4 Julai 2009

Untuk Pemimpin dan Penyokong PR

Duri Dalam Daging kepada Pakatan Rakyat.
Saya tercari-cari tajuk yang sesuai untuk menulis artikel ini. Adakala boleh dikatakan sesuai dengan musuh dalam selimut. Namun kedua-dua tajuk ini pada persepsi awal akan menimbul kecurigaan kepada ahli dan penyokong PR sendiri. Penulisan dan persepsi ini tidak kepada ahli dan penyokong PR.
Setelah kemenangan dalam PRU 12 dan setelah PR dijelmakan, kita boleh melihat rentetan ujian yang kita hadapi. Kita panjatkan kesyuluran kepada Ilahi kerana memberikan kapada PR pemimpin yang bijak menangani ujian-ujian yang diterima. Begitu juga kesyukuran kepada ahli kerana faham akan keadaan dan bijak dalam menghadapi sebarang ujian.
Rentetan Ujian Kepada PR
1. Sejak fitnah liwat keatas DS Anwar,
2. Muzakarah umno dan PAS
3. Masalah di Selangor ,
4. PRK Kuala Terengganu,
5. Tahanan ISA kepada Tresa Kok
6. Rampasan kerajaan Perak,
7. PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau
8. Tuduhan rasuan TKM1 Pulau Pinang,
9. Cadangan Kerajaan Perpaduan
10. Peruntuhan Rumah penyembelihan babi di kedah dan
11. Masalah Perumahan Pulau Pinang
Dari rentetan tersebut ada ujian-ujian lain yang juga turut mencemaskan ahli dan penyokong PR.
Kesemua 9 ujian dapat dilalui dengan natijahnya menambah kesepakatan PR. Kita berdoa semoga ujian-ujian yang sedang dan akan kita hadapi akan mengukuhkan perpaduan dalam kesepakatan PR.
Kita boleh tunjuk dan buktikan perpaduan yang kita bina dibina atas asas yang kukuh iaitu persefahaman. Bukti yang hampir ialah
1. Majlis makan malam DAP di Air Kala ( Perkampungan cina)
Masyarakat melayu dan india turut hadir dan bergaul dalam suasana mesra dan ceria. Tiada rasa curiga dan takut serta prajudis bagi semua yang hadir.
2. Road Show Bubar dun Perak di markaz PAS Lawin (Kampong melayu)
Begitu kehadiran masyarakat cina dan india dalam keadaan aman dan mesra.
3. Semasa PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti, PRK KT dan nun jauh di Sarawak.
4. Sidang DUN bawah pokok.
5. Banyak lagi bukti dan contoh yang boleh dikemukakan.
Berbalik kepada topic asal penjurusan artikal ini ialah kepada tindakan pegawai kerajaan yang tidak professional malah lebih-lebih dari umno/bn. Fenomena ini desebabkan kebanyakan pegawai kerajaan ini yang menjadi ahli umno dan parti komponen bn yang lain disamping telah 50 tahun bn menguasai kerajaan. Sikap tidak professional ini juga disebabkan oleh factor konflik kepentingan peribadi yang dihadapi oleh pegawai kerajaan berkenaan.
Kita bincangkan Kerajaan dalam 4 dimensi
1. Kerajaan ( Yang dipertuan Agong/Sultan)- Jelas kuasa dalam perlembagaan
2. Kerajaan Persekutuan - Jelas kuasa dalam perlembagaan
3. Kerajaan Negeri- Jelas kuasa dalam perlembagaan
4. Kerajaan Tempatan - Jelas kuasa dalam perlembagaan
Kita focus kepada kerajaan PR Perak,
Perangai dan tingkahlaku SUK, Penasihat Undang-undang, Setiausaha dewan, Mufti, Setiausaha Sultan merupakan watak-watak yang amat jelas dan terlalu amat difahami oleh masyarakat. Pegawai-pegawai kerajaan yang lain seperti di kerajaan tempatan yang lain bagaimana?
Diluar system Kerajaan Negeri pula seperti yang tersenarai diatas ialah pegawai kerajaan yang tiga lagi. Segala tindakan tidak professional kakitangan kerajaan yang tiga lain itu menjadi penyumbang utama kepada kekusutan dan rampasan kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Perak.
Bagaimana RTM berperanan?
Bagaimana Polis berperanan
Bagaimana mahkamah berperanan
Bagaimana pentadbiran guru berperanan
Zahid hamidi buat JKKP
Semuanya diketahui dan kita boleh lihat dan fahami.
Sedangkan kita hanya menguasai satu dari empat.
YAB Lim Guan Eng pernah mendedahkan sukarnya untuk membuka akaun amanah untuk rakyat pulau pinang. Sedangkan Khir Toyol buat hotel di makkah atas namakerajaan negeri tapi duit tak masuk ke kerajaan negeri.
Mantan TKM1 Pulau Pinang disiasat SPRM. SPRM minta sumbangan dari MB N Sembilan dan selepas beberapa kes siasatan SPRM selesai.
Di Perak segala kecalaruan dan keharuan dan tak tentu hala dibiarkan saja. Bn buat dek saja. Bn buat nohin saja. Apa orang nak kata dilantakkan saja. Bn menodai sesuka hati saja. Kerana mereka mendapat sokongan yang kuat dari tiga kerajaan yang di atas.
Kerana itu semua ahli dan penyokong PR sepatut faham situasi ini. Pemimpin PR hendaklah berusaha menerangkan konsep pengasingan kuasa ini kepada rakyat dengan jelas. Bila rakyat dapat melihat ini dengan jelas maka rakyat akan bersama PR.
Keadaan yang berlaku disemua keadaan ujian yang PR hadapi sekarang ini ialah menifestasi dari tidak professional pegawai kerajaan yang tiga tadi. Dan keadaan tersebut memerangkap Ahli dan pemimpin PR dalam kemelut. Pemimpin PR terpaksa buat kerja banyak untuk menerangkan dan menempis segala tuduhan dan dakyah. Ahli pula berada dalam kerisauan dan ketakutan serta kebimbangan sesuatu petaka kepada PR.
PR juga berdepan dengan duri diluar daging seperti media-media. Sememangnya sejak dari dulu-dulu lagi media sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan kesepakatan kita.
Keadaan kecelaruan disemua negeri Pakatan Rakyat adalah disebabkan ketidak profesiaonal pegawai kerajaan negeri sendiri dan hasutan pegawai kerajaan persekutuan, dan ditambah oleh adu domba media.
Kes terbaru di Kedah dan Pulau Pinang ini juga dari tindakan penguasa kerajaan tempatan yang bertindak atas arahan bn. PR yang terdiri dari PAS, DAP dan PKR harus bijak menghidu kelicikan bn ini.
Kita nak buat sidang DUN depa kunci polis jaga depa panggil geng pakida lanyak pemimpin kita. Depa panggil sidang dun depa panggil polis angkut dan angkat speaker kita dengan panggil polis dan bawa pistol masuk. YB karpal Singh diserang oleh samsing umno diparlimen polis tak buat apa-apa. Ada orang nak minum di restorant dibawah pejabat DAP perak di Ipohkena heret dan tangkap. Macam-macam lagi.
Di Pulau pinang TKM1 dan TKM2 dah pergi untuk membincangkan penyelesaian. Pihak media hasut juga rakyat untuk memaksa YAB Lim Guan Eng terpaksa membuat kenyataan.
Jadilah begitulah juga keadaah dikedah sekarang. PBT yang lebih dengan dokongan kerajaan persekutuan memerangkap kerajaan negeri .
Kalau dipulau pinang mereka memerangkap antara DAP dan PKR, Dikedah mereka memerangkap DAP dan PAS. Di Perak ketiga-tiga terperangkap namun dalam perak kita amat berpakat. Kesepakatan kita diperak kental dan utuh. Kita hendaklah menjadikan kesepakatan kita diperak ini sebagai satu model.
Diselangor mereka tidak Berjaya memerangkap berkat dari kecekapan kepimpinan PR negeri Selangor. TS Khalid PKR dibantu dengan saff kepimpinan PKR. DR Hasan Ali dibantu oleh saff kepimpinan PAS Selangor manakala Tressa Kok dengan saf kepimpinan DAP Selangor. Di Selangor lega buat masa ini mungkin disebabkan setelah diserang kita menyerang. TS Khalid Saman SPRM. Tressa Saman Menteri Dalam Negeri dan lain-lain.
Jadi sebagai kesimpulan mengikut suatu teory dalam permainan bolasepak ada yang menyebutkan bahawa menyerang adalah satu strategy pertahanan yang baik.
Semoga kepimpinan PR sentiasa faham dan bijak mengenal tektik dan strategi bn/umno

Jumaat, 3 Julai 2009

Awas Perencanaan UMNO/BN dibawah seliaan media

Ingat Jika datang kepada kamu orang fasik membawa berita hendaklah kamu siasat. PR sentiasa dicemburui oleh umno. mereka akan gunakan apa saja untuk menyerang PR. dan anjing tunggangan mereka yang paling setia menyakak ialah media. samada akhbar atau radio TV.
Boikot akhbar dan TV. Tiada akhbar yang tidak berniat serong terhadap PR. Dan kini sinar harian juga berniat serong. walaupun harganya seringgit, elak dari beli.

Rabu, 1 Julai 2009

Mufti Harussani tak berani berkata benar.

Tok Guru menerang perbezaan antara umno tetapi yang pastinya mufti harussani tak akan menerima penerangan tersebut. sebab kerana beliau bukan penasihat agama kepada sultan tetapi bertindak bagi pihak umno. Sebabnya beliau yang lebih-lebih. bercakap begian-begian. kalau kita berhujah dengan beliau pasal najib tolak berdebat nescaya ada jawapannya.
Pasal kerajaan perpaduan yang diputar belitkan oleh umno beliau mengelabah beruk bila PR menolak. itulah rupa dan wajah harussani. sedutan harakah
Rabu 1 Julai 2009 8 Rajab 1430 Hijrah
Nik Aziz tegaskan perjuangan PAS dan Umno jauh berbeza
Muhammad Yusri Amin Tue Jun 30, 09 7:42:49 pm MYT
KOTA BHARU, 30 Jun (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak tanggapan pemimpin Umno yang mendakwa perjuangan PAS dan Umno adalah serupa.
"Saya tegaskan PAS dan Umno tidak serupa, bahkan dalam contoh orang yang sembahyang sendiri pun Allah swt menyediakan sebuah neraka.
"Mereka sembahyang, tetapi ada yang bersembahyang namun masuk neraka kerana lalai dalam sembahyang. Sesungguhnya orang yang bersembahyang ada (yang masuk) syurga dan (ada yang masuk) neraka, mana serupa," katanya ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dun semalam.
Beliau juga merujuk kelakuan bapa saudara Nabi Muhammad saw ketika Perang Badar.
Katanya, bapa saudara baginda datang kepada Nabi dan bertanya kenapa Nabi enggan menerimanya sedangkan dia membantu orang ramai dengan memberi air kepada orang ketika menunai ibadat haji.
Nabi menjawab bahawa adakah perbuatan itu sama dengan beriman, tentunya tidak sama.
"Dan dalam konteks Umno, mereka tidak ada 'aamana' (tidak beriman). Ada Islam sahaja. Mereka menolak Islam, nak dikatakan beriman macam mana.
"Pada zaman Nabi Muhammad saw, seorang sahabat membina masjid, yang disebut Masjid Dhirar. Nabi membina masjid, dia membina masjid juga, tetapi akhirnya masjid itu dibakar. Kenapa dibakar sedangkan itu sama-sama masjid.
"Ini perkara yang tidak ada dalam Umno. Umno menerima Islam tetapi mereka tidak beriman. Iman mesti ada, selain daripada Islam ialah iman," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Dr Mohd Fadzli Hassan berkata, manusia tidak boleh menutup perbezaan terutama perbezaan mengenai hukum hakam sebagaimana ditegaskan dalam Surah Al-Hujrat.
"Dan jika kamu terdiri dari golongan beriman, sekiranya berdepan dengan perselisihan faham dan berlaku peperangan di antara kamu, maka langkah pertama ialah mengambil sikap berbaik antara keduanya.
"Tetapi sekiranya masih bertelagah juga maka tempat rujukan untuk mencari penyelesaian dan perdamaian antara keduanya ialah kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.
"Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, peruntukan Persekutuan untuk kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak disalurkan mengikut sepatutnya.
Menurutnya menjadi persoalan apabila wang yang telah diberikan disalur ke Kelantan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
"Begitu juga setiap projek yang disalurkan ke Kelantan, keputusan pemilihan kontraktor ditentukan kerajaan Persekutuan," ujarnya.
Mengenai cadangan pembangkang supaya dilantik wakil rakyat Barisan Nasional dalam PBT, kata beliau ia boleh dipertimbangkan.
Bagaimanapun katanya, Menteri Besar Kelantan sejak 1990 sehingga sekarang tidak pernah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri.
"Demikian juga dalam Lembaga Kelantan Selatan (Kesedar), walau pun dalam Akta Kesedar peruntukan dua orang wakil kerajaan negeri mesti dilantik, tapi hanya dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri sahaja.
"Begitu juga dalam Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), dua orang wakil kerajaan negeri mesti menganggotai lembaga pengarah Kada, tapi tak pernah dilantik," katanya.
Mengenai dakwaan pembangkang pembalakan di negeri ini dilakukan secara tidak terkawal, beliau berkata dakwaan itu sebagai satu penghinaan kepada Jabatan Perhutanan kerana ia tidak berlaku.
"Ini kerana Majlis Perhutanan Negara yang menentukan catuan dan had tebangan dan kayu balak tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya," katanya. - mj _

Mufti Harussani tak berani berkata benar.

Dalam menghadapi pilihanraya, calon PAS dan PKR ada persamaan. Kedua-dua parti ini mendapatkan sumbangan dari ahli untuk menampong urusan pilihanraya. Dari wang deposit, kepada urusan kempen segala sumbangan dari akar umbi. Perkara ini telah disahkan oleh Mat Sabu dalam ceramah yang menyebut beliau adalah wakil rakyat dan wakil bn ialah wakil taukeh. Ahli bertungkus lumus mencari dana dan bertungkus lumus juga dalam berkempen. Berbeza dengan calon umno yang sememang dah ada duit sendiri. Bagi dah jadi wakil rakyat bila bertanding penggal kedua atau seterusnya barangkali sumbangan ahli kurang tetapi sumbangan tetap ada. Kerana itu pendapatan dari gaji sebagai wakil rakyat itu dari parti dan penyokong parti.
Bila perbuatan lompat parti berlaku, orang yang lompat parti sepatutnya tak menerima gaji mereka itu dan yang paling betul ialah letak jawatan. supaya pilihan raya semula bagi peluang orang tu bertanding sekali lagi. Macam di changkat jering dan Behrang. dua ekor katak tu bertanding atas sokongan dan dokongan ahli PR. Behrang si jamaludin menentang jalon bn dari mic. umno tak lawan si jamaludin menang kerana sokongan masyarakat india dan cina disitu.
Jadi kedua-duanya makan elaun itu macam mana. pastinya Mufti tak berani kata makan haram. dan beliau tidak akan berkata begitu.
Jadi kerana itu ada masyarakat islam di perak dan malaysia tidak hormat kepada beliau.
Kokok berderai-derai tetapi ekor bergelomang dengan najis.
Bubar Dun Perak